Setel Petronas

Setel Petronas – Aplikasi Terbaik di Petronas!

Setel telah diperkenalkan sejak tahun 2018 oleh syarikat Setel Venture Sdn Bhd.

Pada mulanya Aplikasi Setel ini bertujuan memudahkan pelanggan Petronas membuat pembayaran secara digital.

Pelanggan tidak perlu lagi beratur di kaunter pembayaran untuk mengisi minyak petrol.

 

Kelebihan Menggunakan Setel Petronas

  1. Kurangkan sentuhan/contact, tingkatkan keselamatan dengan hanya bayar di dalam kenderaan.
  2. Kumpul ganjaran mesra point.
  3. Peka budget perbelanjaan minyak petrol bulanan anda.

 

Dengan kemudahan Setel Petronas ini telah mencatatkan rekod transaksi lebih 3 juta oleh penggunanya serta mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.

Ia juga menjadikan aplikasi Setel ini adalah paling banyak dimuat turun pada tahun 2020.

Kini, Setel Petronas ini dilihat sangat membantu seluruh pengguna Petronas terutamanya dalam keadaan Pendamik Covid-19 yang melanda negara hari ini.

 

Delivery2Me – Features Baharu Setel Petronas

Yang menariknya lagi, kini aplikasi Setel Petronas telah menambah features terbaru yang mempunyai fungsi baharu iaitu pembelian barangan di rangkaian Kedai Mesra Petronas.

Dengan pembelian melalui Setel ini, anda boleh membuat pesanan secara Pandu Lalu di Petronas dengan features Delivery2Me.

Servis Delivery2Me hari ini telah tersedia di 30 cawangan stesen Petronas sekitar Klang Valley.

Dan ia masih dalam usaha untuk menambahbaik kemudahan Delivery2Me di seluruh 1,000 Petronas lain-lain di Malaysia.

Untuk menggunakan Servis Delivery2Me, anda boleh semak lokasi Petronas yang menyediakan servis ini.

Pastikan anda sudah Download Aplikasi Setel di Playstore atau IOS.

Kemudian klik bahagian search untuk tapis kedai petronas yang menyediakan perkhidmatan ini.

 

Daripada senarai Petronas ini, anda boleh singgah ke mana-mana Petronas yang berdekatan anda.

 

Tebus RM5 Percuma Anda!

Dengan menggunakan kod ‘ufbcc’ semasa register Setel anda akan mendapat percuma RM5 selepas menggunakan Aplikasi Setel.

Caranya mudah, masukkan kod ‘ufbcc’ sahaja.

Setel Petronas

Kemudian dapatlah Free RM5!

Setel Petronas

 

Cara Guna Aplikasi Setel Petronas boleh rujuk panduan Cara Guna Setel.

 

Kesimpulan

Dalam keadaan Pandemik ini, amatlah digalakkan untuk menggunakan Aplikasi Setel ini teruatamnya apabila berada diluar.

Ingat! Jaga SOP, cuci tangan selalu dan ingatlah orang yang tersayang. Bersama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.

“Kata Era Baharu, buat apa isi minyak stail dulu”

Anda bukan sahaja menggunakan Setel Petronas, tetapi anda boleh miliki saham Petronas di Bursa Malaysia. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

Nak jadi pemegang saham Petronas? Mudah sahaja buka Akaun CDS terus di akauncds.com.

Semoga bermanfaat. Artikel ini ditulis oleh Shafiqah.

 

Similar Posts