|

Sentimen Analysis & Kesan Pada Pasaran Saham

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang sentiasa setia bersama Mahersaham. Hari ni saya akan share artikel mengenai sentimen analysis & kesan pada pasaran saham.

Jom sediakan buku nota dan pen untuk mencatat.

FOMC

Sentimen pertama yang anda perlu tahu adalah sentimen FOMC. Sentimen ini adalah merupakan sentimen yang paling kuat yang akan berlaku di dunia.

Apa itu sentimen FOMC?

FOMC ini berkaitan dengan ekonomi. Sebarang kenaikan atau penurunan ekonomi tersebut akan memberi kesan kepada pasaran saham di US.

Apabila pasaran saham US terkesan maka ia juga akan memberi kesan kepada pasaran saham sekelilingnya sama ada Asia atau negara-negara lain.

sentimen
Goggle

Kesan Daripada Sentimen FOMC

Untuk pengetahuan korang..terdapat beberapa kesan atau sentimen yang akan berlaku selepas meeting FOMC ni

Kenapa FOMC membuat meeting dan apa yang disidangkan oleh organisasi ini?

Organisasi FOMC menganjurkan 8 mesyuarat dalam masa satu tahun dan mengkaji keadaan ekonomi dan kewangan. Ia juga menentukan pendirian dasar monetari yang sesuai dan menilai risiko terhadap matlamat jangka panjangnya iaitu mengenai kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi.

Bilakah FOMC ni akan bersidang?

Untuk yang terbaru FOMC ini akan bersidang pada 16 Mac- 17 Mac 2021

Contoh hasil daripada mesyuarat FOMC ini ialah interest rate akan naik dan akan ada juga beberapa instrumen yang akan naik atau turun.

a) Instrumen yang naik

Antara instrumen yang akan naik adalah USD iaitu duit USD tersebut akan naik nilainya. Selain itu bond juga akan naik iaitu pinjaman.

Akibat/kesan daripada FOMC ini bukan sahaja akan menyebabkan beberapa instrumen akan naik malah terdapat beberapa juga instrumen yang akan turun.

b) Instrumen yang turun

Instrumen yang akan turun pula selalunya adalah indices, komoditi dan metal.

Indices adalah seperti Dow Jones, S&P 500, Nasdaq dan lain-lain. Manakala komoditi pula adalah seperti soy bean oil dan juga corn. Selain itu, metal yang akan jatuh adalah seperti emas, silver dan lain-lain.

Jika interest rate FOMC turun pula instrumen yang akan turun juga adalah USD dan juga bond.

Manakala instrumen yang akan naik adalah indices, komoditi dan metal.

Nonfarm Payrolls- Sentimen NFP

Seterusnya adalah sentimen NFP.

NFP ini adalah key economic indicator US. Maksudnya ialah NFP ini adalah kunci utama untuk kita melihat ekonomi US stabil atau tidak

Dalam NFP dia akan beritahu tentang:


1) Number of jobs added
2) Excluding farm employees
3) Government employees
4) Private household employees
5) Employees of nonprofit organizations.

Sentimen NFP ini berkaitan dengan kadar pekerjaan yang ada di US sama ada ia bertambah atau berkurang.

Seperti yang kita tahu krisis COVID-19 ini telah membuatkan ramai individu yang diberhentikan kerja, jadi ia akan memberikan kesan kepada NFP ini dan juga terhadap pasaran saham.

Pada waktu bila NFP ni akan berlaku?

Result NFP ni akan berlaku/keluar sebulan sekali pada setiap awal bulan iaitu pada hari Jumaat pukul 8.30am.

Apa kesan daripada NFP ni?

Kesan daripada sentimen NFP ni akan mengoncangkan pasaran saham. Ia membolehkan pasaran saham itu naik ataupun turun

US Crude Oil Inventories

Yang ketiga ini adalah sentimen US crude oil inventories. Untuk sentimen ini setiap minggu US akan membuat perbincangan.

Meeting ini adalah bertujuan untuk melihat kenaikan/paras harga minyak.

Kesan kepada sentimen ini adalah berkait dengan minyak di dunia.

Selain itu, ia juga akan memberikan kesan kepada pergerakan harga minyak dunia dan kesan terhadap sektor tenaga

Website Kaji Sentimen

Anda boleh mengkaji dan melihat sentimen-sentimen ini di website yang saya berikan. Daripada dua-dua website nie anda juga boleh melihat update terhadap US stock.

Segala jenis isu semasa yang berlaku di luar negara sama ada di US atau negara-negara lain juga terdapat dalam website ini

  1. FINVIZ.COM
  2. INVESTING.COM

Kesimpulan

Kesimpulannya, anda boleh membuat kajian saham dengan melihat sentimen-sentimen yang akan berlaku di pasaran saham US kerana ia juga akan memberi kesan kepada pasaran saham di sekeliling anda sama ada di negara ASEAN atau negara-negara lain.

Jom lihat video Youtube di bawah untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih mendalam.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

JANGAN LUPA KOMEN, LIKE DAN SHARE.

TERIMA KASIH.

Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!


Similar Posts