| |

Seminggu Tak Buat LIVE Sebab Melawat Jogja

Minggu cuti sekolah yang lepas, saya telah mengambil peluang untuk pergi melawat Jogjakarta, Indonesia. Selalunya saya memang jarang pergi berjalan ke mana-mana, memandangkan wife berhasrat nak pergi berjalan, saya yang tak ada masa ni beritahu, buatlah plan dari A sampai Z… baru lah benda tu boleh jadi.

Kalau harap saya, mungkin memang tak pergi la mana-mana agaknya.

.

Sebenarnya bagus juga lah pergi melawat tempat orang, meluaskan pandangan, belajar tentang budaya dan sejarah, melihat perkembangan atau kegiatan ekonomi di sesuatu tempat. Belajar juga membandingkan pertukaran matawang, menyelami taraf hidup atau harga barangan di sesuatu tempat.

Dalam masa yang sama, cuba mengasingkan diri daripada pelaburan saham atau pengurusan bisnes – yang bagi saya itu satu latihan yang baik, sebab matlamat kita adalah pendapatan pasif, jadi kena usahakan juga sekali sekala kita biarkan bisnes atau pelaburan berjalan sendiri.

.

Cumanya sebelum saya pergi seingat saya portfolio saya memang banyak ‘improvement’, pasaran bagus, portfolio saya telah berkurang kerugian daripada RM200k lebih kepada RM70k rugi. Ni bila balik semula tengok dah rugi banyak balik kepada RM110k lebih kurang.

.

Terima kasih atas ingatan daripada client yang rindu nak dengar LIVE petang-petang bersama saya. Jadi hari Selasa, LIVE petang dah pun bermula semula, dan alang-alang saya cover sekali topik IPO KTI Landmark yang tarikh tutup permohonannya adalah semalam.

.

Mari kita mulakan semula pembelajaran saham kita.

.

Sesiapa yang belum ada akaun CDS dengan saya, boleh ke akauncds.com

Saya sertakan sekali beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa di Jogja

Similar Posts