Semak Lesen Remisier Atau Perancang Kewangan Anda

Bagus juga bila ada orang tanya saya atau client-client saya, di mana nak semak jika seseorang itu berlesen ataupun tidak. Dalam artikel ini saya akan tunjukkan cara-caranya.

Kewujudan suruhanjaya sekuriti

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah sebuah badan yang bertanggungjawab untuk ‘monitor’ pelaburan di Malaysia. Nama lain bagi Suruhanjaya Sekuriti adalah SC. SC kena melapor dengan Menteri Kewangan dan dalam masa yang sama juga dia kena bekerjasama dengan Bank Negara dalam urusan-urusan tertentu seperti pelaksanaan akta berkaitan money laundering.

Untuk mereka yang sama ada dalam bidang kewangan sebagai remisier, dealer, financial planner dan unit trust advisor, SC adalah nama yang biasanya ditakuti. SC adalah badan yang akan melihat sebarang salah laku oleh orang yang berlesen – sama ada mereka bertindak luar daripada skop lesen mereka ataupun tidak.

Dalam bidang kewangan di Malaysia, bagi nak memastikan kebajikan rakyat secara umumnya, mereka yang nak mempromosikan sesuatu pelaburan mestilah berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Jenis-jenis Lesen

Lesen yang dikeluarkan oleh SC ada dua, iaitu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan Lesen Perwakilan Pasaran Modal (CMSRL).

Lesen ini ada beberapa skop yang spesifik, berikut antaranya adalah :

  • Urusniaga dalam sekuriti / ekuiti / saham
  • Urusniaga dalam derivatif – contoh FCPO
  • Perancangan kewangan (Financial Planner)
  • Pengurus Dana

Kebiasaannya bila sebut CMSL biasanya kita refer kepada syarikat broker sebagai prinsipal, manakala orangnya barulah ada lesen CMSRL.

Semak Di website Suruhanjaya sekuriti

  1. Laman web SC boleh dilawati di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Laman Utama (sc.com.my)
  2. Tekan menu Kawal Selia (Regulation) dan pergi kepada sub menu Perlesenan (Licensing)
  3. Scroll ke bawah dan pergi ke Daftar Awam Pemegang Lesen
  4. Tekan gambar tertulis Public Register of License Holders
  5. Masukkan nama orang yang anda berurusan. Macam dalam kes saya, saya masukkan nama Maher.
  6. Terus keluar hasilnya – ada atau tidak orang yang dicari. Tanpa perlu terkejut memang nama saya ada dalam senarai tersebut. Klik nama untuk maklumat lebih lanjut.
  7. Daripada gambar ini boleh difahami saya bekerja dengan Malacca Securities Sdn Bhd sebagai seorang yang berlesen dalam bidang ‘Dealing in Securities’ – Remisier saham.

Kesimpulan

Begitulah langkah-langkahnya untuk mencari dan mengenal pasti sama ada seseorang itu berlesen atau pun tidak untuk menjalankan aktiviti berkaitan pelaburan di Bursa Malaysia.

Kadang-kadang orang yang anda nak cari mungkin bekerja sebagai Marketing Representatives, jadi pada langkah no 4 anda kena scroll lagi ke bawah dan klik Marketing Representatives di bawah bahagian Registered Individuals.

Kelemahan tempat search ini adalah dia tidak menunjukkan sama ada entiti atau orang yang anda cari itu mungkin ada keluar dalam Investor Alert List – SC Investor Alerts | Securities Commission Malaysia

Jika anda berminat nak tahu tanggungjawab dan skop kerja seorang remisier, boleh klik Tugas dan Tanggungjawab Remisier

Similar Posts