Sejarah dan Kepentingan Candlestick
Candlestick dalam Teknikal Analisa
Dalam teknikal analisa, CANDLESTICK adalah NADI UTAMA. Kita akan trace pergerakan kaunter dari penilitian CANDLESTICK.
Jadi post kali ini kita belajar dahulu Sejarahnya dan kenapa begitu penting dalam pelaburan. Orang tua pernah kata “Tak Kenal Maka Tak Cinta” .
Sejarah
Candlestick ini telah wujud pada abad ke 17 di Jepun dan abad ke 19 di Amerika Syarikat.
Permulaan ia ini apabila di Jepun adanya Perdagangan beras sekitar 1654, diikuti emas, perak, minyak dan bijih timah.
Munehisa Homma ( Sokyu Honma), seorang perniaga beras yang lahir awal 17000-an. Beliau memahami tentang SUPPLY & DEMAND serta emosi memain peranan dalam penetapan harga.
Beliau ingin mengesan emosi pemain pasaran dan ia merupakan Asas. Kerana kerja beliau, beliau sangat di hormati dan dinaikkan pangkat sebagai SAMURAI.
Ilmu CANDLESTICK ini di jaga rapi oleh orang jepun supaya ORANG BARAT tidak tahu ilmu ini sehinggalah pada tahu 1980, berlaku pertembungan besar bank dan institusi kewangan seluruh dunia.
Orang Jepun melakukan pekerjaan yang sangat baik untuk menjaga agar candlesticks tetap tenang dari dunia Barat, sehingga tahun 1980-an, ketika tiba-tiba di sana adalah pendebungaan besar bank dan institusi kewangan di sekitar dunia.
Pada tahun inilah beberapa PENGANALISIS BARAT berminat dengan ilmu CANDLESTICK. Di UK, MICHAEL FEENY, yang ketika itu menjawat ketua TA di LONDON untuk SUMITOMO telah menggunakan CANDLESTICKS dalam kerja hariannya dan mula memperkenalkan idea ini kepada PROFESIONAL LONDON.
Pada tahun 1989 bulan disember , editor kepada FUTURE MAGAZINE iaitu Steve Nison telah mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan “series of candlestick reversal patterns” dan menerangkan tentang ramalannya.
Daripada usaha inilah ilmu CANDLESTICK tersebar sehingga kini.
Kenapa Candlestick begitu penting dalam PELABURAN?
1.Ia di anggap sebagai satu cara untuk kita tengok apa yang sedang berlaku di pasaran .
2. Fleksibel yang bermaksud CANDLESTICK ini boleh digabungkan dengan teknikal analisa yang lain seperti MOVING AVERAGE , MOMENTUM OSCILLATORS.
Selain itu ia juga boleh digabungkan dengan Dow Theory dan Eliot Wave Theory.
3. Ia juga boleh membantu kita untuk memahami perubahan psikologi tingkah laku manusia berhubung dengan wang seperti TAMAK, TAKUT & HARAPAN yang menggunung tinggi.
So dengan ilmu ini kita dapat tahu bagaimana pembeli & penjual berinteraksi antara satu sama lain dalam perdagangan.
4.Candlestick juga memberikan kita maklumat lebih penting berbanding BAR CHART dengan mengunakan situasi “WIN WIN” kerana dengan CANDLESTICK kita dapat tahu semua isyarat dagangan yang berlaku di PASARAN.
5. Candlestick banyak di gunakan oleh PROFESIONAL TRADER, BANK & Hedge Fund. Mereka di kategorikan dalam PROFESIONAL yang setiap hari mereka berdagang berjuta juta nilainya.
Mereka ini boleh mengerakkan harga pasaran apabila mereka ingin disebabkan modal mereka terlalu besar.
Macam Mana Nak Belajar Candlestick Dengan Lebih Lanjut?
1.Belajar Di Youtube
Kalau tuan puan memang suka belajar melalui video, kami sarankan tuan puan pergi sahaja ke youtube.com dan search ‘candlestick’. Cuma kandungannya banyak dalam bahasa Inggeris, dan mungkin tidak mengulas dengan jelas pasaran saham Bursa Malaysia.
2.Pergi ke Babypips.com
Ini adalah antara laman web yang biasa dilawati suatu ketika dahulu. Dalam salah satu silibus yang dibuat di babypips.com, ada mengajar tentang candlestick. Cara penyampai santai, dan mudah difahami.
3.Sertai Group Premium Student Mahersaham
Ini adalah pilihan sekiranya tuan puan ingin memahami ‘candlestick’ dalam Bahasa Melayu. Modul pembelajaran adalah online, dengan melihat video yang telah kami rakamkan.
Juga contoh-contoh yang ditunjukkan lebih rapat dan relevan dengan pasaran saham Bursa Malaysia.
Kesimpulan
Menggunakan CANDLESTICK ia dapat membantu kita memahami apa yang Jerung atau INSTITUSI sedang lakukan. Kita boleh lihat bila mereka ENTRY mahupun EXIT dari Pasaran.
Nak atau tak nak, kita perlu belajar ilmu ini kerana penggunaanya yang meluas dan mempunyai kelebihan dari segi visual berbanding chart jenis bar atau pun ‘line chart’.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.
4.5