|

Sebelum Grad Dah Banyak Buat Untung Dalam Saham

Hari ini saya kena hadiri majlis kahwin saudara di Iris Hall area Bangi.

.

Dia menegur,asalnya dia kata tak berapa cam sebab hari ini terlalu kemas manakala sebelum ni kadang-kadang serabut.

.

Saya anggap itu sebagai pujian dalam saya nak menjiwai tagline “Tak hensem takpe janji kaya” oleh seorang sifu saham yang lain.

.

Dia pun cerita,asalnya dia buka akaun CDS dengan satu broker ni, *** tapi remisier tu tak beri sokongan. Lepas tu bertukar buka akaun dengan saya, remisier Mplus.

.

Saya mula-mula dalam hati pun, ” ah sudah, entah-entah saya pun tak ada function juga agaknya kat dia”. Sebab saya dah sediakan flow, kadang-kadang mungkin ada yang terlepas pandang.

.

Saya tanya, ” Habis saya sebagai remisier apa yang saya ada bantu?”

.

Dia pun dengan muka teruja beritahu saya, lepas dia join buka akaun dengan saya, dia dapat akses Mahersaham app.

.

Baguslah sebab ada banyak video pembelajaran… Tapi dia still pening nak pakai teknik mana satu ni? Sampai satu masa saya beritahu dalam group,siapa yang masih lagi tak tahu guna indikator jerung, message saya..

.

Jadi dia salah seorang yang message saya dan saya ajar dia step by step melalui whatsapp.

.

Daripada situ dia mula konsisten untung. Mula-mula tu bila dah 10% dia take profit, padahal teknik tu saya kata boleh hold dan take profit sekurang-kurangnya 20%.

.

Lama kelamaan dia naikkan lagi level dia take profit. Ada dia beritahu,paling tinggi setakat ni dah 50% dia take profit.

.

Hebat hebat… Saya ingatkan dia dah bekerja, mungkin engineer dan tinggal area Bangi ni… Rupa-rupanya baru grad dari universiti di Kelantan,cuma belum konvo je lagi. Datang sebab kawan yang kahwin.

.

Saya rasa, saham ni boleh mematangkan manusia. Dia akan belajar nak dapat duit ni tak mudah,tapi kena timba ilmu. Kena berdisiplin. Mungkinlah itu yang buat dia nampak matang.

.

Dia kata tak pernah loss lagi selepas belajar indikator jerung dan gunakan telegram bot yang saya buat.

.

Part ni, saya memang kena step in. Saya ingatkan dia yang market tak selamanya bagus macam ni. Saya juga kata, teknik indikator jerung tu bukan 100% hanya tunggu saham naik dan profit.

.

Ada masa kita mungkin dah masuk pada harga yang tinggi..kalau jerung dah keluar banyak,kita kena keluar juga. Jangan sampai yang profit tu bertukar jadi loss.

.

Saya juga ajar dia pasal IPO. Dia kata dia takut. Dia tak tahu yang kalau apply melalui online banking sebenarnya kalau berjaya dapat,bukannya semua portion yang apply IPO tu ditolak jadi IPO.

.

Hanya sebahagian kecil sahaja. Risiko juga kecil.

.

Begitulah apa yang saya sempat kongsikan dalam masa tak sampai 20minit dengan dia.

.

Flow belajar indikator jerung saya memang dah masukkan dalam step by step guide di whatsapp untuk client baru daftar.

.

Ada yang rasa whatsapp pun susah nak faham, saya ada sediakan personal coaching.

.

Apa-apa pun daftar dulu akaun cds dengan saya di https://mahersaham.onpay.my/order/form/cdsmplus/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *