Sebab Syarikat Nak Tersenarai di Bursa Malaysia
Menjadi syarikat berdaftar di pasaran saham adalah cita-cita yang diimpikan oleh ramai usahawan. Ini kerana keuntungan yang besar boleh diperoleh apabila syarikat berjaya disenaraikan di pasaran saham. Di Malaysia, pasaran sahamnya ialah Bursa Malaysia. Terdapat beberapa sebab mengapa sesebuah syarikat ingin menjadi syarikat yang tersenarai di pasaran saham Bursa Malaysia.
Sebab Syarikat ke Bursa Malaysia
- Memperoleh dana untuk memperluaskan perniagaan
Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham akan memperoleh dana daripada penjualan saham kepada orang awam ketika proses IPO dilaksanakan. Dengan memperoleh dana, syarikat boleh membiayai projek-projek baru, memperluaskan pasaran, dan meningkatkan kemampuan untuk bersaing.

Tidak lupa juga, dengan modal yang diperolehi, kebanyakan syarikat juga menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang yang ada. Dengan cara ini, syarikat dapat mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka dan mencapai matlamat mereka lebih cepat.
- Meningkatkan profil syarikat

Disenaraikan di pasaran saham membolehkan syarikat untuk meningkatkan profil mereka. Mereka boleh mendapat liputan media yang lebih meluas dan diiktiraf sebagai syarikat yang berkualiti tinggi.
Ini akan memberi keyakinan kepada pelanggan, pembekal, dan pelabur mengenai kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.

- Meningkatkan kemampuan untuk menarik bakal pekerja yang berkualiti
Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham akan dianggap sebagai syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi. Ini akan membuat syarikat lebih menarik untuk bakal pekerja yang berkualiti tinggi.
Selain itu, syarikat juga boleh menawarkan skim saham pekerja (atau nama yang lebih dikenali ‘Employee Share Option Scheme’ (ESOS). Saham yang diberikan kepada pekerja boleh menjadi insentif untuk meningkatkan prestasi pekerja dan kesetiaan mereka kepada syarikat.
- Memperbaiki struktur korporat
Proses untuk disenaraikan di pasaran saham memerlukan syarikat untuk memperbaiki struktur korporat mereka dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Ini akan membantu syarikat membangunkan sistem pengurusan dan kawalan yang lebih kukuh, dan memastikan bahawa syarikat mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, menjadi syarikat berdaftar di pasaran saham mempunyai banyak kelebihan yang besar. Syarikat boleh memperoleh dana untuk memperluaskan perniagaan mereka, meningkatkan profil syarikat, menarik bakal pekerja yang berkualiti tinggi, dan memperbaiki struktur korporat mereka.
Namun, syarikat perlu mempunyai rekod kewangan yang kukuh, prospek yang baik, dan struktur korporat yang kukuh sebelum memulakan proses untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan apa itu saham, boleh teruskan membaca Panduan Penuh Pelaburan Saham.
Tak tahu macam mana nak melabur saham? Anda boleh bermula dengan membuka akaun CDS di akauncds.com.