Screener Saham Untuk Cari Kaunter Berpotensi?
Dalam pasaran saham Bursa Malaysia, terdapat lebih 1800 kaunter saham dan lebih 900 daripadanya merupakan kaunter patuh Syariah.
Masalahnya, saham yang mana satu anda NAK BELI?
Agak mustahil untuk semak kaunter satu persatu melainkan anda adalah full time trader dan ada masa yang banyak untuk buat kajian saham.
Jadi penyelesaian terbaik adalah dengan menggunakan market screener iaitu pengimbas saham yang dapat membantu anda mencari dan menapis kaunter yang sesuai untuk dibeli.
Pilihan Screener – Nak Yang Percuma atau Berbayar?
Terdapat beberapa screener dalam pasaran, ada yang berbayar dan juga yang percuma. Memandangkan rakyat Malaysia suka benda percuma, kami kongsikan dulu market screener yang anda boleh guna tanpa sebarang bayaran. Antaranya ialah menggunakan software Microsoft Excel.
Untuk menggunakan screener ini, anda perlukan trading platform terlebih dahulu.
Jadi jika anda belum mempunyai akaun CDS, anda kena buat terlebih dahulu.
Sangat mudah, daftar akaun CDS secara online sahaja bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Bagi membantu anda belajar mengenai screener saham menggunakan Microsoft Excel, kami telah sediakan video berdurasi 19 minit untuk anda jadikan rujukan.
https://www.youtube.com/watch?v=BrsRyHDmPQ0
Screener Saham Real Time Yang Menjimatkan Masa
Jika anda tidak ada sebarang skil dalam Microsoft Excel, video tutorial di atas pastinya memeningkan kepala anda.
Jika anda mempunyai atau berjaya mahirkan diri menggunakan teknik yang kita tunjukkan di atas sekalipun, hakikatnya anda akan menghadapi SATU LAGI MASALAH – bagaimana nak screen kaunter secara real time?
Takkanlah nak copy paste dan run excel untuk setiap page satu persatu?
Anda juga pastinya ada terdengar bahagian dalam video di mana kita telahpun beralih ke satu program – open source yang mana team Mahersaham dapat mengimbas kaunter-kaunter saham berpotensi dengan lebih pantas dan mudah.
Untuk itu, kami dah pun ‘release’ screener saham kami –
untuk anda cari kaunter Intraday atau pun BTST (buy today sell tomorrow) dengan LEBIH MUDAH.
Jika anda betul-betul berminat, anda boleh terus lawati Robotsaham – Intraday/BTST Scanner
3 Tips Lain Screen Kaunter Saham Berpotensi
-
Volume
Kriteria yang pertama adalah Transaction Volume. Ia menunjukkan saham yang paling banyak didagangkan pada waktu itu dan itu merupakan saham yang aktif.
Pelajari juga Kaitan Volume & Price serta Bagaimana Menggunakan Volume Dalam Analisa Saham.
Dengan senarai volume paling aktif ini, anda dapat senarai saham yang panas di pasaran.
Anda boleh pilih beberapa dalam senarai volume ini dan lakukan sedikit kajian latar belakang syarikat dan aktiviti syarikat, dan jika memuaskan, anda boleh letakkan ke dalam watchlist anda.
2. Top Gainer (%)
Kriteria kedua pula ialah Top Gainer % (Percentage). Ia menunjukkan saham yang meningkat harga dengan tinggi pada hari tersebut.
Penting juga untuk kita mendapat berapakah peratus kenaikan pada hari tersebut untuk menandakan sesuatu berlaku pada saham itu dan mungkin ia baik untuk dimasukkan ke dalam watchlist.
Anda boleh lihat kenaikan dalam satu hari boleh menjangkau 150% untuk warrant dan 20-30% untuk saham biasa.
Kebiasaannya untuk Top Volume dan Top Gainers % (Percentage) adalah saham saham murah yang mungkin berisiko tinggi. Jika anda ingin lihat kaunter blue chip dan stabil, anda perlu tukar kepada Top Gainers.
Di sini kita boleh melihat kenaikan dalam sen. Walaupun kenaikan peratusnya sikit, tapi kenaikan sen yang sikit pun sudah dianggap tinggi. Saham ini mahal kerana syarikatnya bagus dan kukuh.
3. Buying On Weakness
Kriteria ketiga yang boleh kita gunakan adalah Buying On Weakness. Fungsi ini boleh digunakan dalam platform Excelforce seperti BIMB online dan Malacca Securities.
Fungsi Buying on Weakness adalah saham yang sedang mengalami penurunan tetapi kemasukan demand pembelian ie money flow yang positif. Saham ini turun tetapi money inflow tinggi menandakan banyak pembelian dilakukan walaupun harga turun.
Ini boleh juga dijadikan indicator yang baik untuk sesuatu saham naik semula. Rujuk rajah di bawah.
Biasanya saham dalam kategori ini adalah saham yang sedang dalam uptrend, atau trend menaik dan ia sedang jatuh mungkin disebabkan sentiment atau pengambilan untung sementara. Jadi kita boleh mengambil peluang ini untuk memilih saham yang berpotensi ini untuk dimasukkan ke dalam senarai watchlist kita.
Tambahan Info: Bagaimana Mencari Saham Yang Stabil
Untuk mengurangkan risiko kerugian, pilih kaunter yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Syarikat menjalankan perniagaan yang kalis kemelesetan ekonomi. Sebagai contoh, industri food & beverages serta utilities sentiasa mempunyai permintaan kerana ia menjalankan bisnes keperluan.
- Syarikat mencatatkan keuntungan secara konsisten.
- Syarikat mampu memberikan dividen dengan kerap kepada pelabur.
Kredit: TSI
Kesimpulan
Perlu diingatkan, screener saham adalah alat yang hebat untuk membantu anda menapis kaunter dan mencadangkan pilihan berpotensi mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Tetapi ia masih tidak mencukupi. Seterusnya anda perlu menjalankan sendiri analisa saham bagi menentukan kaunter saham mana yang terbaik untuk dibeli.
Selain dari memilih saham yang patuh syariah, anda juga perlu memilih akaun CDS Islamik. Ada beberapa perbezaan ketara antara CDS Konvesional dan Islamik. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca Jenis-Jenis Akaun CDS.
4.5