Saham Utusan Melayu bakal dinyah senarai dari Bursa?
Saham Utusan Melayu Berhad merosot
Saham Utusan Melayu telah beroperasi selama 80 tahun sejak 1939.
Syarikat ini memaklumkan akan berakhir dengan berhenti penerbitannya.
Hal ini kerana syarikat utusan menanggung hutang yang besar sebanyak RM139.19 juta pada 30 Jun yang lalu.
Selain itu, saham Utusan telah jatuh 27.27% hari ini (selasa) dan beberapa pihak turut menolak untuk mengambil bahagian disebabkan oleh liabiliti yang tinggi.
Jika syarikat Utusan gagal untuk mengemukakan pelan penstrukturan semula. Maka, Bursa Malaysia meneruskan langkah untuk menggantung urus niaga saham syarikat ini.
Dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh utusan menyebabkan kegagalannya untuk mencari pelabur bagi menyelamatkan syarikat mereka.
Oleh itu, Utusan tidak dapat memenuhi syarat Bursa Malaysia untuk memperbaiki prestasi daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
Sejarah Utusan Melayu
Semasa zaman kegemilangannya edaran surat khabarnya memuncak sehingga 350 ribu naskhah sehari pada 1990-an dan ia merupakan surat khabar terlaris di negara ini.
Walaubagaimanapun, ia semakin kurang mendapat sambutan selepas 2004.
Apabila edarannya merosot kepada 250 ribu dan terus merudum kepada 144 ribu naskhah pada separuh pertama 2016.
Utusan berdepan masalah sejak 2012 dan pada Ogos tahun lepas.
Ia memasuki kriteria PN17 selepas gagal membuat pembayaran prinsipal dan keuntungan kepada Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd berjumlah RM1.18 juta.
Punca pengurangan jualan naskhah
Penurunan yang ketara ini dapat dilihat mengikut peredaran masa sehingga hari ini.
Dunia teknologi yang canggih menjadi punca kepada pengurangan sambutan terhadap jualan naskhah surat khabar.
Mana tidaknya, kalau dulu boleh dikatakan 1 rumah mesti akan beli 1 surat khabar setiap hari.
Jika tidak, alamatnya ketinggalan lah daripada isu-isu dunia semasa.
Tetapi tidak lagi pada hari ini. Hari ini segalanya dihujung jari sahaja.
Nak tahu berita, politik, isu semasa, semuanya boleh cari online di youtube, website dan blog.
Malah surat khabar online sendiri pun telah diwujudkan bagi memudahkan masyarakat mengakses berita terkini dan isu semasa.
Jadi tidak hairanlah dengan permintaan yang semakin merosot pada surat khabar menyebabkan bekalannya juga turut terjejas.
Kemudian membawa kepada masalah kewangan dan seterusnya memberi kesan kepada harga saham syarikat.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !