Saham Public Bank Meningkat Selepas Bonus Issue
Public Bank Bangkit Setelah Mengumumkan Bonus Issue Empat-Untuk-Satu
Hai dan Assalamualaikum! Hari ini saya akan share dengan anda semua isu semasa mengenai sebuah bank. Iaitu Public Bank.
Terdapat news dalam The Edge Market mengenai Public Bank ini. Berita ini beritahu kita bahawa harga saham syarikat ini telah naik pada hari ini.
Haaa..Tuan-tuan dan puan-puan, walaupun saham Public Bank ini tidak patuh syariah akan tetapi kita share juga isu semasa ini untuk pengetahuan dan knowledge tambahan untuk anda semua.

Berita di atas memberitahu kita bahawa saham syarikat ini naik selepas di announce mengenai bonus issue empat kepada satu.
Harga saham Public Bank Bhd meningkat lebih daripada 6% dalam dagangan Bursa Malaysia pada pagi ini setelah kumpulan itu semalam mengumumkan cadangan untuk bonus issue berdasarkan empat sekuriti bonus untuk satu unit yang ada.
Harga Saham Public Bank
Pada jam 9:02 pagi hari ini, Public Bank naik RM1.24 atau 6.72% kepada RM19.70. Pada harga RM19.70, syarikat ini mempunyai permodalan pasaran sekitar RM76.44 bilion berdasarkan jumlah saham terbitannya sebanyak 3.88 bilion unit.
Seperti yang korang maklum, dalam artikel pembelajaran yang lalu Mahersaham ada publish artikel mengenai bonus issue. Jadi, pada yang belum jelas apa itu bonus issue korang boleh baca artikel tersebut untuk tambahkan pengetahuan.
Ilmu mengenai bonus issue tersebut boleh di aplikasikan dalam isu semasa ini untuk anda nampak dengan lebih jelas apa yang sebenarnya berlaku dalam syarikat ini.
Tujuan Bonus Issue Diberikan
Kenapa ya syarikat nie nak beri bonus issue?
Haa.. mengikut news tersebut, bonus issue yang dicadangkan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pemegang saham syarikat
Dimana, pemegang saham ini sentiasa setia memberi sokongan.
Namun, berkata Public Bank:
“Terbitan bonus yang dicadangkan tidak akan memberi kesan ke atas pendapatan gabungan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020,
kecuali potensi pencairan dalam EPS akibat peningkatan jumlah saham Public Bank yang timbul daripada cadangan terbitan bonus.
Kesimpulan
Kesimpulannya, seperti apa yang telah dikatakan oleh Chan bahawa mereka positif dalam pelaksanaan ini kerana ia akan meningkatkan kecairan dan kebolehpasaran sahamnya,
Walaupun secara teorinya, tidak ada perubahan mendasar.
Selain itu, Imran Yassin juga berkata bahawa mereka melihat isu bonus ini sebagai suatu perkara yang positif selain dapat memberi penghargaan kepada pemegang saham
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.