Cuba Semak Adakah Saham Yang Anda Beli Patuh Syariah?
Bagi trader muslim, mereka wajib semak saham-saham itu PATUH SYARIAH ataupun tidak.
Jadi artikel kali ini menerangkan tentang penilaian patuh syariah yang di buat oleh Suruhanjaya sekuriti.
Kenapa Status Patuh Syariah Begitu Penting?
Kita sebagai muslim memang wajib untuk pilih saham yang halal.
Jangan ragu-ragu lagi untuk membeli saham patuh syariah, kerana ianya perlu melalui proses audit yang ketat.
Proses Audit Saham Patuh Syariah
Untuk makluman trader semua, proses audit yang di buat oleh SURUHANJAYA SEKURITI adalah 2 kali setahun iaitu pada bulan MEI dan NOVEMBER.
Bagi tahun 2018/2019 sehingga MEI keputusan audit telah keluar iaitu pada 30 NOVEMBER 2018 yang lalu.
Saham-saham yang dapat hak Patuh syariah
Dari gambar rajah ini kita boleh lihat 33 sekuriti yang mendapat patuh syariah.
Saham-saham yang jatuh hak Patuh syariah
Dari gambar rajah ini kita boleh lihat 34 sekuriti yang mendapat patuh syariah.
Ramai trader newbie akan bimbang tentang ini.
Jangan risau, untuk mengenali saham patuh syariah ianya mudah sahaja.
Bila anda login platform tidak kesah di HANDPHONE atau PC, anda dapati selepas nama kaunter tersebut ada simbol bulat. Ia bermaksud kaunter tersebut patuh syariah.
Rujuk gambar di bawah ini
Contoh gambar diatas ini kita ambil QL, selepas nama kaunter QL ada simbol bulat yang bermaksud QL itu adalah saham yang patuh syariah.
Siapa Yang Bertanggungjawab Audit Saham Patuh Syariah?
Kita biasa bukan mudah untuk tahu ia patuh syariah atau tidak, biasanya kita nak tahu siapa yang bertanggungjawab dalam audit.
Dalam suruhanjaya sekuriti pihak yang bertanggungjawab untuk audit adalah Majlis Penasihat Syariah Suruhunjaya Sekuriti. Antara-antara insan hebat dalam MPS ini adalah :
Mekanisma Yang Digunakan MPS Dalam Audit Saham Patuh Syariah
Dalam mengklasifikasikan sekuriti ini, MPS menerima input dan sokongan daripada SC yang mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut melalui, antara lainnya, laporan tahunan dan pertanyaan yang dibuat kepada pihak syarikat.
MPS melalui SC, akan terus mengkaji status syariah sekuriti-sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia pada setiap tahun, berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang diaudit.
Mereka mengadaptasi pendekatan kuantitatif dua peringkat yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan, dalam menentukan dan mengklasifikasikan status syariah sekuriti-sekuriti tersenarai.
Oleh yang demikian, sekuriti-sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh syariah sekiranya nisbah aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada di bawah tanda aras tersebut.
Tanda aras aktiviti perniagaan
Sumbangan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan kumpulan dan keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat akan dikira dan dibandingkan dengan tanda aras aktiviti perniagaan yang relevan seperti berikut:
Pertama: Tanda aras lima peratus
Diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:
- Perbankan konvensional;
- Insurans konvensional;
- Perjudian;
- Arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- Babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- Makanan dan minuman tidak halal;
- Hiburan tidak patuh Syariah;
- Tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- Pendapatan faedah-faedah daripada akaun dan instrumen konvensional(termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara)
- Dividen-dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah
- Aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah.
Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada lima peratus.
Kedua: Tanda aras 20 peratus
Guna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:
• jual beli saham
• pembrokeran saham
• sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah
• aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah
Perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 20 peratus.
Tanda aras nisbah kewangan
Bagi tanda aras nisbah kewangan, MPS mengambil kira perkara berikut:
(i) Tunai ke atas jumlah aset – Tunai yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun dan instrumen konvensional, manakala tunai yang ditempatkan dalam akaun dan instrumen Islam tidak diambil kira dalam pengiraan ini.
(ii) Hutang ke atas jumlah aset- Hutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah, manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan ini.
Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen berteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat, mestilah kurang daripada 33 peratus.
Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, MPS juga mengambil kira aspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti syarikat dari perspektif pengajaran Islam.
Syarikat Pemerolehan Kegunaan Khas (SPAC)
Dalam mengklasifikasikan sekuriti SPAC, MPS mempertimbangkan kriteria-kriteria berikut:
(i) Aktiviti perniagaan yang dicadangkan hendaklah patuh Syariah
(ii) Keseluruhan hasil kutipan daripada penerbitan tawaran awam permulaan hendaklah ditempatkan dalam akaun Islam
(iii) Sekiranya hasil kutipan dilaburkan, keseluruhan pelaburan berkenaan
hendaklah patuh Syariah.
Sekuriti-sekuriti patuh Syariah termasuk saham biasa dan waran (diterbitkan oleh pihak syarikat sendiri).
Ini bermakna waran diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah dengan syarat saham pendasarnya juga patuh Syariah.
Selain itu, stok pinjaman dan bon adalah sekuriti tidak patuh Syariah melainkan ianya distruktur berdasarkan keputusan, konsep dan prinsip Syariah yang diluluskan oleh MPS.
Kesimpulan
Bagi yang membuka akaun CDS jenis Islamik ia tidak menjadi masalah besar kerana hanya saham yang patuh syariah sahaja yang boleh dijual beli.
Sekiranya tersilap tekan beli saham tidak patuh syariah ia tidak akan berjaya.
Itu kelebihan bagi yang membuka akaun CDS jenis islamik dan kita tiada lagi rasa was-was dalam aktiviti jual beli.
Sumber yang kita dapat pun memang halal kerana akaun islamik jauh dari riba.
Boleh rujuk artikel jenis-jenis akaun CDS jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang jenis akaun yang digunakan untuk melakukan jual beli saham.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Download Ebook Saham PERCUMA sekarang!!
4.5
3.5