Saham Mengasah Minda Di Zaman Persaraan

Ada seorang makcik ni datang dari Sri Gombak, sampai ke Melaka untuk belajar saham. Biasanya saya dengan yang lebih tua saya memang panggil kak atau puan, bergantung macam mana pihak lagi satu bahasa kan diri dia.

Cuma dengan client ni memang dia bersungguh suruh panggil dia makcik. Umur 70 tahun sudah.

Gambar dia suruh tutup takut nanti orang Sri Gombak dapat cam. huhu

Sebelum ni ada terlibat dalam scam atau produk ?pelaburan yang nampak legit tapi masih belum ada hasil.

Berbalik kepada tajuk, saham ni memang berisiko, kalau ikutkan tak sesuai untuk zaman persaraan. Namun, selalunya zaman sekarang ni, kalau betul-betul mengharapkan dana persaraan seperti KWSP, memang tak cukup.

.

Risiko memang ada, tapi kalau ada ilmu, risiko itu boleh diminimakan

Selalunya pesara ada modal yang besar, kena tahu teknik yang betul, dan dalam masa yang sama modal tu kena berada dalam portfolio yang selamat.

.

Kadang-kadang boleh untung lebih melalui IPO. Mungkin kadang-kadang dapat duit dalam bentuk dividen. Sekurang-kurangnya tak lah duit perbelanjaan bulanan mati-mati datang secara langsung dari duit KWSP. Kalau modal yang asal dapat dikembangkan, bertahan lama la duit KWSP itu dan diharapkan dapat membantu untuk zaman persaraan.

.

Kalau dulu client nak personal coaching, lagi-lagi golongan veteran, saya akan berat hati sedikit. Sebab saya waktu tu memang secara peribadinya, banyak gunakan laptop atau PC. Dalam kelas supertrader pun setup kelas atau dewan tu memang minta student bawa laptop.

.

Zaman sekarang ni, saya dah buat Telegram bot. Saya gunakan phone sahaja dah cukup. Ilmu tu memang mudah nak ajar golongan veteran dan juga orang yang tak pakai laptop atau PC.

.

Selalunya Orang Bersara Baru Mula Berniaga

.

Ini sebenarnya satu trend yang mungkin berlaku. Masa dulu muda memang bekerja dalam bidang yang dia pakar, dan tak ada masa untuk berniaga.

.

Bila dah bersara, dan ada modal, harapan untuk modal tu boleh bertahan lama, adalah tinggi. Antara pilihan yang mungkin diambil adalah buat perniagaan dan harapnya, modal tak akan berkurang, dan siap dapat keuntungan bulan-bulan.

.

Berniaga sebenarnya tak mudah, dan sama macam apa-apa perkara sekalipun, ia memerlukan latihan jatuh bangun yang berterusan. Belum tambah lagi nak hadap kerenah manusia yang pelbagai.

.

Akhir cerita, kalau rasa nak selamat, tak nak ambil risiko lebih, jangan lah terlibat dengan apa-apa perniagaan sekalipun, juga jangan menceburi saham atau pelaburan lain. Mungkin juga akaun persaraan dah mencukupi.

.

Namun kalau rasa berani nak letakkan sebahagian modal untuk belajar dan melabur dalam saham, sanggup hadap risiko dan mungkin rasa saham ni boleh juga mengisi masa lapang dari tak buat apa-apa, boleh buka akaun cds dengan saya dan saya akan guide pemilihan saham yang betul.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *