Saham Khazanah Nasional Berhad
Portfolio Saham Khazanah Nasional Berhad
- Axiata Group Berhad
- CIMB Group Holdings Berhad
- Tenaga Nasional Berhad
- Telekom Malaysia Berhad
- Malaysia Airports Holdings Berhad
- IHH Healthcare Berhad
- UEM Sunrise Berhad
Turutan Penjualan Aset Khazanah
November 2018,
- Jual 16% saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co. Ltd bernilai RM8.42 bilion bersamaan USD2 billion.
- Anak syarikat Khazanah, Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd merupakan pemegang saham terbesar sebanyak 40.8%.
- Pemegang saham kedua terbesar ialah Mitsui & Co. Ltd bernilai 18.3%.
- penjualan 16% saham kepada Mitsui Co & Ltd menjadikan ianya pemegang saham terbesar sebanyak 34.3% dan Pulau Memutik 24.8%.
September 2019,
- Keseluruhan saham IHH Healthcare Berhad telah dibeli oleh Mitsui & Co. Ltd dengan harga RM1.02 bilion untuk mengambilalih kepentingan Prince Court Medical Centre (PCMC)
Apa Rasional Pencairan Aset Negara?
Berdasarkan kenyataan yang diambil daripada laman sesawang Khazanah, kita memahami bahawa ianya sebuah badan yang menyimpan dana milik Malaysia untuk mengembangkan harta jangka panjang.
Hasilnya adalah untuk diraih oleh rakyat Malaysia bukan untuk kepentingan-kepentingan lain.
Jadi, kalau saham Khazanah Nasional Berhad semakin berkurangan, bagaimana ia dapat memberi jaminan yang harta ataupun dana ini akan bertambah?
Adakah proceeds daripada penjualan saham tersebut akan dilaburkan ke saluran lain yang lebih menguntungkan atau sebaliknya?
Apa sebenarnya perniagaan teras atau ‘core business‘ Khazanah sehinggakan kerajaan rela jual kebanyakan pegangan saham yang terbesar?
Apakah dakwaan yang mengatakan bahawa Khazanah telah menyimpang daripada ‘‘core business‘ itu benar?
Tiada jawapan yang pasti. Kesemuanya masih samar-samar dan tiada kejelasan atau clarity terhadap perkara yang dianggap mustahak oleh kita semua.
Kita juga tidak mahu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak sekiranya ada dakwaan bahawa kononnya ini adalah konspirasi.
Konspirasi atau agenda yang kononnya ingin menggadaikan aset negara kepada warga asing.
Sebagai rakyat Malaysia yang sangat prihatin, kita mahukan jawapan yang rasional oleh kerajaan namun hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar masih disembunyikan.
Tanggungjawab Kerajaan
Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan pengurusan dana negara ditadbir urus dengan baik.
Kita hanya mampu mengharapkan yang terbaik agar tiada sebarang unsur konspirasi seperti yang digembar-gemburkan oleh sebahagian pihak.
Sebenarnya, perkara ini sangat membimbangkan kita sekiranya perkara yang tidak diingini oleh kita semua terjadi seperti nasib yang dialami oleh negara-negara lain disebabkan oleh permainan politik.
Sudah pasti ada dalang yang memainkan peranan di sebalik penjualan saham secara berperingkat ini.
Sekiranya ‘dalang’ yang baik akan menatijahkan perkara yang baik untuk negara.
Tapi, apa yang kita takuti pada hari ini ialah ‘dalang’ yang berniat jahat.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !