Malaysia Berpotensi Jadi Seperti France

Malaysia berpotensi untuk menerima nasib yang sama seperti France, bukan dari segi berjaya jadi negara maju akan tetapi dari segi berdepan dengan risiko rusuhan dari rakyat.

Rusuhan Rakyat Perancis

Satu pertembungan antara rakyat dengan pihak berkuasa Perancis telah berlangsung pada hari Labour Day. Pada hari tersebut rakyat telah berhimpun dalam usaha untuk memprotes Presiden Emmanuel Macron dalam isu yang berkaitan dengan reformasi sistem pencen.

Apa yang Macron nak bawa sebagai reformasi sistem pencen di France? Sebelum itu kita kena fahami dulu bagaimana sistem pencen di France sedia ada. Sistem pencen di France adalah berdasarkan sistem ‘pay-as-you-go’ di mana pekerja sedia ada yang mencarum dalam public pension scheme.

France juga menghendaki semua rakyat tanpa mengira sektor atau status, untuk bekerja dan mencarum dalam public pension scheme. Dari segi berapakah peratusan daripada gaji yang akan digunakan untuk dicarum dalam skim tersebut – jumlah peratusan tersebut adalah sebanyak 28.12%. Di France, pekerja boleh bersara pada umur 62 sekiranya mereka sudah pun berkhidmat selama 41tahun setengah atau umur 67tahun tanpa sebarang syarat.

Dari segi jumlah faedah yang bakal diperolehi apabila pencen nanti – agak lumayan di mana pesara akan menerima rata-rata lebih kurang 74.4% daripada gaji mereka sebelum bersara.

Keperluan Reformasi Sistem Pencen

Namun isunya sekarang, adakah ini semua ‘sustainable’ atau dalam erti kata lain, boleh berterusan pada masa akan datang? Isu yang saya dah kupas sebelum ni ketika saya ada buat video berkaitan KWSP, point yang sama dapat dilihat di sini, iaitu :

  • Tidak sustainable disebabkan akan berlakunya defisit USD18.3billion pada tahun 2025 dan USD 77.6billion menjelang 2050
  • faktor utama defisit adalah populasi yang semakin tua (aging population) dan kurangnya perkembangan ekonomi

Macam mana kerajaan nak dapat duit untuk bayar pesara sekiranya populasi pekerja tidak lagi bertambah – dalam kes ni sedikit sebanyak nampak macam skim Ponzi, duit peserta yang baru masuk akan digunakan untuk bayar peserta yang dah masuk awal.

Penentangan Kepada Reformasi

Antara isu lain yang menyebabkan rakyat membuat demonstrasi adalah :

  • reformasi skim pencen ingin menaikkan umur bersara daripada 62 kepada 64tahun menjelang tahun 2030
  • tempoh wajib berkhidmat dinaikkan daripada 41.5tahun kepada 43tahun menjelang tahun 2037
  • reformasi skim pencen adalah kegagalan kerajaan menyelesaikan isu lain yang mendasar seperti tidak ada peluang pekerjaan, gaji rendah, orang lari cukai

Tambahan pulak zaman sekarang ni dengan generasi muda mula nak melaung-laungkan work-life balance, mental health, maka makin benganglah mereka kalau reformasi sistem pencen ini dilaksanakan.

Di Malaysia pula, rakyat nak keluarkan KWSP tapi duit KWSP dah susut banyak dan kerajaan tak bagi. Dah biasa ada subsidi, sekarang ini nak fokus subsidi bersasar. Gaji tak naik-naik dalam masa yang sama banyak juga majikan dah bungkus dan gulung tikar sebab tak dapat nak ‘maintain’ bisnes.

Rujukan

https://www.expatica.com/fr/finance/retirement/french-pension-830117/
Best Countries for Pensions and Retirement
The World Bank Pension Conceptual Framework
Raising retirement age may improve fiscal sustainability buy also create social resistance and hardship for some workers


Similar Posts