Rubberex Corp- Untung Bersih 3Q meningkat 13 kali ganda

Rubberex Corp (M) Bhd- Profit pada 3Q yang berakhir 30 September 2020 melonjak 13 kali ganda

 

Hai dan salam sejahtera! Tuan-tuan dan Puan-Puan, tahu ke anda semenjak pandemik COVID-19 telah melanda dunia ini beberapa sektor ekonomi telah terjejas dengan teruknya. 

Namun, terdapat sektor ekonomi yang agak membangun kesan daripada pandemik ini. Sektor ekonomi ini telah mendapat permintaan yang tinggi daripada dunia. Antaranya ialah permintaan terhadap sarung tangan. 

Isu semasa yang saya akan share dengan korang adalah mengenai syarikat Rubberex Corp. Rubberex Corp telah melonjak naik keuntungan bersihnya sebanyak 13 kali ganda.

Iaitu kepada RM39.52 juta daripada RM3.11 juta pada suku 3Q. Keuntungan yang diperoleh ini disebabkan oleh peningkatan permintaan produk secara keseluruhan iaitu sarung tangan pakai isi rumah, perindustrian dan nitril.

Selain itu, pendapatan untuk suku syarikat itu juga melonjak 75% kepada RM109.03 juta daripada RM62.23 juta tahun sebelumnya.

Rubberex
Kredit Gambar: The Edge Market

 

Keuntungan bersih meningkat kepada 860% menjadi RM71.74 juta daripada RM7.47 juta untuk 9 bulan terkumpul yang berakhir pada 30 Sept 2020

&

Pendapatan meningkat 57% kepada RM263.56 juta daripada RM168.33 juta

Untuk melangkah ke hadapan, Rubberex Corp akan memfokuskan pada bahagian sarung tangan pakai nitril yang kini beroperasi dengan kapasiti penuh dan ini akan berterusan hingga sisa tahun 2020.

Selain itu, Rubberex Corp juga berharap dengan pengembangan kapasiti ini akan dapat menyumbang kepada pendapatan syarikat pada suku keempat 2020.

Perjanjian Jual Beli Rubberex- Prisma Lengkap Sdn Bhd

Rubberex mengatakan anak syarikatnya yang dimiliki sepenuhnya oleh Rubberex Alliance Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Prisma Lengkap Sdn Bhd.

Perjanjian ini bertujuan untuk memperoleh dua bidang tanah di Perak dengan harga RM11.39 juta.

Kedua-dua keluasan bidang tanah itu merangkumi 35.260 meter persegi dan seluas 12.839 meter persegi di Sungai Terap, Kinta, Perak

Ianya akan dibeli dengan harga RM8.35 juta dan RM3.04 juta.

Pembelian tanah ini akan digunakan untuk tujuan memperluaskan pembuatan dan penjualan sarung tangan pakai nitril.

Kesimpulan

Kesimpulannya, segala perancangan untuk Rubberex Corp ini termasuklah pengambilalihan tanah diharapkan dapat memberi sumbangan positif terhadap pendapatan kumpulan Rubberex kerana permintaan sarung tangan tetap meningkat semasa musim COVID-19 ini.

Selain itu, syarikat ini juga menjangkakan dapat menyelesaikan pemerolehan ini pada suku pertama 2021. 

_________________________________________________________________________________________

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Similar Posts