rsi
|

RSI- Analisis Dengan Screener Mahersaham

Apa itu RSI

RSI atau nama penuhnya Relative Strength Index adalah indikator teknikal yang mengukur perubahan harga dalam masa tertentu untuk menganalisa keadaan di market capai oversold atau overbought.

Default setting ialah 14, iaitu perkiraan selama 14 hari.

Angka bawah 30 menunjukkan harga telah mencapai Oversold. Terlalu banyak penjualan menyebabkan harga menjadi terlalu murah atau underprice.

Angka atas 70 menunjukkan harga telah Overbought. Terlalu banyak pembelian menyebabkan harga menjadi terlalu tinggi atau overprice.

Screener Mahersaham

Pertama:

Layari laman web app Mahersaham di https://app.mahersaham.com/

Paparan seperti di bawah akan keluar, log in guna emel dan password anda bagi yang ada akaun.

Bagi mereka yang tiada akaun boleh gunakan akaun free yang di sediakan, pastikan anda sign up terlebih dahulu.

Kedua:

Setelah log in, anda akan masuk pada home page, klik pada screener dan anda akan lihat paparan seperti di bawah.

Pelbagai indikator yang tersedia untuk anda, terpulanglah kepada anda nak guna indikator yang mana satu semasa membuat analisis.

Tetapi kali ini akan fokus kepada indikator RSI.

RSI cross up 30

Pertama:

Klik pada indikator RSI cross up 30

Setelah itu, paparan seperti di bawah akan keluar.

Senarai di atas adalah kaunter-kaunter yang terlibat dengan indikator RSI cross up 30 pada waktu yang dinyatakan.

Kalau anda perasan, kaunter yang berada di dalam kotak berwarna merah mempunyai tanda [S].

Tanda tersebut merupakan tanda bahawa kaunter itu adalah Shariah-compliant.

Bagi kaunter yang tiada tanda [S], bermakna kaunter tersebut bukan Shariah-compliant.

Kedua:

Anda buka tab baru dan layari laman web https://www.tradingview.com/ .

Kredit gambar: Google

Paparan akan seperti di atas akan muncul kemudian anda klik sign in bagi yang ada akaun.

Kepada mereka yang tiada akaun, anda boleh daftar secara percuma tetapi ada sedikit kekurangan la.

Kredit gambar: tradingview.com
Kredit gambar: Google

Terpulang pada anda nak sign in guna platform yang mana satu sama ada google, facebook, twitter atau mana-mana yang tersenarai pada gambar rajah di atas.

Setelah sign in, anda akan berapa pada home page, klik pada chart.

Paparan seperti di bawah akan keluar.

Ada beberapa perkara yang perlu di ubah, jika rujuk gambar rajah di atas.

Kotak berwarna merah

Klik icon fx indicator –> di bahagian search taip RSI –> pilih Relative Strength Index.

Kotak berwarna biru

Klik kat kotak biru kemudian taip nama kaunter yang anda nak cari berdasarkan indikator RSI cross up 30 dalam screener Mahersaham pada step pertama tadi.

Dalam artikel ni pilih kaunter AirAsia berdasarkaan nama-nama kaunter dalam step pertama.

Kotak berwarna kuning

Klik icon dalam kotak kuning kemudian tukar kepada Malaysia (MYX)

Setelah ubah, paparan akan berubah seperti di bawah ini.

Berdasarkan gambar rajah, dalam bulatan merah itulah yang di maksudkan dengan RSI cross 30.

Anda boleh rujuk video yang telah kami sediakan agar dapat memahami dengan lebih mendalam.

RSI cross up 70

Pertama:

Klik pada indikator RSI cross up 70

Setelah itu, paparan seperti di bawah akan keluar.

Senarai di atas adalah kaunter-kaunter yang terlibat dengan indikator RSI cross up 70 pada waktu yang dinyatakan.

Kemudian ikuti step 2 dalam RSI cross up 30, kali ini kaunter yang di pilih adalah POHUAT.

Paparan seperti di bawah akan keluar.

Berdasarkan gambar rajah, dalam bulatan merah itulah yang di maksudkan dengan RSI cross 70.

Anda boleh rujuk video yang telah kami sediakan agar dapat memahami dengan lebih mendalam.

Semoga bermanfaat!


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !

Similar Posts