bangunan-bank-negara
| |

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat

Rizab antarabangsa meningkat

Pada 15 Julai 2019, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan meningkat sebanyak 0.6% sejak 28 Jun yang lalu.

Jumlah itu meningkat daripada AS$102.7 bilion kepada AS$103.3 bilion dalam masa dua minggu.

Paras rizab pada 28 Jun yang lalu telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing.

Menurut BNM, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen yang terkandung dalam rizab antarabangsa

Berikut merupakan komponen yang terkandung dalam rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM):

⦁ Rizab mata wang asing : AS$ 97.1 bilion

⦁ Rizab simpanan dana kewangan antarabangsa : AS$1.1 bilion

⦁ Hak depositori khas : AS$ 1.1 bilion

⦁ Emas : AS$1.8 bilion

⦁ Rizab aset yang lain : AS$2.2 bilion

Kronologi prestasi rizab antarabangsa dalam tempoh 5 tahun

Berikut merupakan kronologi peningkatan dan penyusutan bagi rizab antarabangsa BNM dalam tempoh 5 tahun:

30 Jun 2015 :AS$ 105.5 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

30 Jun 2016 :AS$ 97.2 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

30 Jun 2017 : AS$98.9 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

29 Jun 2018 :AS$ 104.7 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

28 Jun 2019: AS$ 102.7 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Fungsi Bank Negara Malaysia

Tugas Bank Negara Malaysia bukan sahaja pengeluar mata wang dan mengawalselia aktiviti-aktiviti kewangan di Malaysia.

Berikut merupakan antara tugas-tugas Bank Negara Malaysia:

  • Menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan.
  • Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia.
  • Melaksanakan inisiatif bagi mengukuhkan pasaran kewangan termasuk pasaran pertukaran asing.
  • Mengekalkan kestabilan harga dan pada masa yang sama menyokong pertumbuhan.
  • Membangunkan sektor kewangan yang kukuh, berdaya tahan dan progresif.
  • Membangunkan infrastruktur sistem kewangan.
  • Menyelia infrastruktur sistem pembayaran negara.
  • Memberikan nasihat berkaitan dasar makroekonomi dan pengurusan hutan negara.
  • Menguruskan rizab antarabangsa negara.

Kesimpulan

Rizab antarabangsa dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia sebagai bank pusat.

Kebanyakan negara mewujudkan rizab antarabangsa bertujuan untuk persediaan sokongan kepada liabiliti termasuk mata wang tempatan serta deposit bank.

Setiap negara memerlukan sistem kewangan yang kukuh, stabil dan teguh sekiranya berlaku ketidakstabilan kewangan.

Setiap hari akan ada potensi risiko yang bakal melanda ekonomi negara.

Jadi, bank pusat perlu mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi kejutan kitaran ekonomi, gangguan yang tidak boleh diramalkan serta trend dan cabaran teknologi pada abad ini.

Persediaan menghadapi serangan teknologi, kegagalan sistem dan bencana semula jadi.

Sekiranya tiada pelan persediaan bagi menghadapinya, ia akan menelan kos yang sangat tinggi untuk membaikinya.

Selain itu, krisis-krisis ini akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi samada jangka pendek atau panjang.

Negara juga berkemungkinan bakal menghadapi krisis kewangan yang boleh melumpuhkan ekonomi.

 

Similar Posts