Risiko Warrant Yang Anda Perlu Tahu
Risiko Warrant Tidak Boleh Dielakkan, Tapi Boleh Dikawal
Warrant merupakan salah satu tempat yang ada dalam saham untuk membuat keuntungan.
Namun begitu bukan semudah minum teh tarik sambil sembang kedai kopi untuk buat PROFIT 6-10% sehari.
Jika ada yang cakap memang terjamin 100% untung itu nampak BENORRR MAU SCAM.
Sebab SAHAM ini kita tidak mampu jangka 100% pergerakan harga naik maupun turun, tapi dengan ilmu kita tahu nak elak risiko kerugian.
Bagi yang follow posting man, man ada cerita tentang “Apa itu warrant” , “Cara Convert Warrant bagi yang nak expired” dan “5 Perkara wajib tahu sebelum beli warrant”
Antara sebab para trader suka trade warrant adalah MURAH, CEPAT DAPAT UNTUNG DAN UNTUNG SEHARI TINGGI jika kena gaya.
Ini merupakan antara faktor utama.
Jenis-jenis Risiko
Namun begitu artikel kali ini bukan benda itu man nak ceritakan. Man nak kongsi antara RISIKO yang ada dalam WARRANT
- 1.Expired date/Maturity date
Setiap warrant yang dikeluarkan mempunyai tarikh luput. Semakin dekat warrant dengan tarikh luput semakin kurang keuntungan kita kerana beberapa faktor seperti, HARGA MAHAL, MANIPULASI 3rd PARTY dan lain-lain lagi.
- 2.Risiko penerbit warrant
Risiko ini jika syarikat yang menerbitkan warrant itu tidak mampu memenuhi tanggungjawabnya ketika pelaksanaan warrant. So yang rugi adalah para traders.
- 3.Risiko pasaran
Kerana harganya yang murah berkemungkinan berlakunya WARRANT MANIPULATION.
Pelabur yang ada duit banyak akan membeli dalam VOLUME yang banyak untuk mengerakkan harga.
Bila harga dah bergerak pelabur lain pun akan terfikir yang WARRANT tersebut memang menguntungkan maka mereka mula masuk.
Namun sebenarnya volume besar-besaran itu adalah satu taktik untuk jerung-jerung ini mengambil profit.
Sebab itu sebelum masuk kita kena kaji terlebih dahulu.
Warrant yang dah nak ‘expired’ biasa akan berlaku WARRANT MANIPULATION, seperti yang man dah cerita di atas.
Oleh sebab itu, dalam nak memilih WARRANT, tuan puan perlu tengok balik posting man tentang “5 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI WARRANT”.
Adakah tuan puan rasa ada risiko lain berkaitan warrant yang man belum tulis?
Jika ada, boleh isi pada ruangan komen.
Jika ada persoalan lain pun boleh kemukakan, man akan cuba yang terbaik untuk menjawab persoalan tersebut.
Bacaan lanjut
Dalam siri warrant kita sudah hasilkan beberapa artikel lain dalam usaha untuk menjelaskan kekeliruan ramai orang dalam pengiraan ataupun risiko yang terlibat dalam jual beli warrant.
Antara artikel yang tuan puan boleh baca :
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
5