risiko perniagaan
|

Cabaran dan Risiko Perniagaan atau Pelaburan

Risiko dan Pulangan

Dunia perniagaan merupakan punca rezeki yang paling luas iaitu 9/10. Namun ada masa boleh diatas, dan boleh juga dibawah.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh hanya mempertimbangkan keuntungan semata-mata tanpa melihat pada risiko.

Risiko adalah ketidakpastian yang hadir seiring dengan pulangan yang ditawarkan.

Secara umumnya, semakin tinggi risiko, semakin tinggi keuntungan yang ditawarkan untuk menarik perhatian pelabur.

Pelaburan yang berisiko semestinya menjanjikan pulangan yang tinggi. Jika tidak, apa insentif pelabur mengambil risiko untuk modalnya?

Risiko yang dikaitkan dengan pelaburan pula berkaitan dengan pulangan yang diharapkan.

Secara logiknya, sudah tentu pelabur mahukan pulangan yang tinggi mengikut tahap risiko yang mereka inginkan.

Oleh itu, tidak kiralah anda seorang usahawan ataupun berniaga dalam pasaran saham sekalipun perlu ambil tahu risiko-risiko ini.

Risiko Kewangan (Financial Risk)

Kebanyakan syarikat mengumpul dana dengan mengeluarkan saham untuk diberi kepada pelabur dan membuat pinjaman wang.

Apabila syarikat membuat pinjaman, mereka akan terbeban kepada bayaran faedah dan prinsipal pada masa hadapan.

Dan bayaran tersebut pada umumnya tiada kaitan dengan keuntungan syarikat, sebaliknya ditetapkan mengikut kontrak yang telah dipersetujui.

Oleh itu, keadaan perniagaan yang baik dan memperoleh keuntungan yang tinggi, pemegang sahamnya mendapat kebaikan daripada pinjaman tadi kerana bayaran semula hutang tidak terjejas dan keuntungan juga banyak disalurkan kepada pemegang saham.

Tambahan pula, syarikat yang menggunakan hutang akan menjana keuntungan yang lebih tinggi untuk para pemegang sahamnya berbanding syarikat yang tidak menggunakan hutang.

Namun, apabila keadaan perniagaan teruk pula, nak tak nak syarikat perlu membayar hutang mereka walaupun syarikat tidak menjana keuntungan.

Dalam kes ini, hutang meningkatkan kerugian yang akan ditanggung oleh pemegang saham.

Jadi syarikat yang menggunakan hutang akan mengalami kerugian yang lebih besar berbanding syarikat yang tidak mempunyai hutang.

Jika dilihat 2 situasi ini, kita boleh katakan hutang meningkatkan risiko perniagaan sesebuah syarikat.

Syarikat dalam apa jua industri sekali pun terdedah kepada kenaikan dan penurunan kepada risiko perniagaan, tetapi syarikat yang menggunakan hutang akan lebih terdedah kepada banyak risiko.

Sebab itu, hutang merujuk kepada ‘leverage’. Keditakpastian akan lebih banyak berlaku apabila syarikat membuat pinjaman yang dipanggil risiko kewangan. Semakin besar hutang yang digunakan untuk membiayai syarikat, semakin tinggi juga risiko kewangannya.

Risiko Kadar Faedah (Interest Rate Risk)

Interest Rate risk banyak terjejas terutamanya kepada sekuriti.

Lebih-lebih lagi sekuriti yang menawarkan kadar pulangan yang tetap (Fixed Income Securities).

Risiko kadar faedah ini adalah perubahan dalam kadar faedah dan segali gus menyebabkan kemerosotan nilai sekuriti tersebut.

Perubahan kadar faedah ini memberikan kesan pada pemintaan dan penawaran (supply and demand) keatas wang.

Apabila kadar faedah berubah, banyak harga sekuriti akan turun naik dengan tidak menentu.

Risiko Perniagaan (Business Risk)

Secara umumnya, risiko perniagaan adalah ketidakpastian yang berkait dengan pendapatan pelaburan dan keupayaan pelaburan untuk menjana pulangan (faedah, dividen) kepada pelabur.

Sebagai contoh, pemilik syarikat mungkin tidak dapat keuntugan jika pendapatan syarikat tidak mencukupi untuk menampung bayaran pekerja.

Risiko Kuasa membeli (Purchasing Power Risk)

Perubahan yang tidak dijangka pada harga seperti inflasi atau deflasi akan menjejaskan pulangan pelaburan dalam risiko kuasa membeli (purchasing power risk).

Secara khususnya, risiko ini adalah kenaikan harga yang tidak dijangka (inflasi) dan menyebabkan pengurangan daya membeli.

Contohnya, pelaburan yang memberikan pulangan tetap mempunyai risiko kuasa membeli yang tinggi, dan pelaburan ini paling menguntungkan semasa deflasi atau penurunan harga.

Risiko Kecairan (Liquidity Risk)

Risiko kecairan adalah risiko kerana tidak dapat menjual sesuatu pelaburan dengan cepat pada harga yang berpatutan.

Mungkin ramai boleh menjual pelaburan mereka dengan mengurangkan harga secara ketara.

Walaubagaimanpun, pelaburan yang cair (liquid investment) adalah pelabur yang boleh menjual dengan cepat tanpa memberi kesan buruk terhadap harga pelaburan tersebut.

Sebagai contoh, sekuriti pelaburan yang bernilai $1000 tidak akan dilihat sangat cair (liquid) walaupun dijual dengan cepat tetapi dengan harga yang sangat rendah seperti $500.

Kecairan pelaburan penting untuk dipertimbangkan.

Secara umum, pelaburann yang didagangkan di pasaran dan mempunyai volume transaksi yang rendah adalah kurang liquid berbanding dengan yang didagangkan di pasaran luas.

Aset seperti saham dan bon syarikat yang tersenarai di New York Stock Exchange biasanya sangat liquid berbanding yang lain seperti barangan perabot antik dan karya seni yang tidak begitu cair.

Risiko Peristiwa (Event Risk)

Event Risk ialah apabila berlaku sesuatu kepada syarikat yang mempunyai impak yang mendadak dan besar terhadap keadaan kewangannya.

Ia tidak semestinya syarikat atau pasaran sedang dalam keadaan buruk. Sebaliknya, ia melibatkan peristiwa yang tidak dijangka yang mempunyai kesan yang signifikan dan biasanya terus memberi kesan kepada nilai pelaburan.

Contohnya, kematian CEO syarikat Micron Technology pada bulan Februari 2012.

Beliau dibunuh ketika dalam sebuah nahas kapal terbang. Apabila saham Micron dibuka untuk dagangan pada keesokan harinya, turun sebanyak 3.2%.

Risiko kejadian boleh terjadi dalam banyak bentuk dan boleh menjejaskan semua jenis pelaburan.

Similar Posts