Rights Issue Dan Bonus Shares Untuk PWORTH
Saham Priceworth baru-baru ini telah mengalami gap down yang ketara pada 18 julai 2018. Hal ini dikaitkan dengan pemberian rights issue dan bonus shares yang dilaksanakan oleh PWORTH.
Rights Issues
Rights issues merupakan salah satu cara syarikat hendak mendapatkan modal tambahan dari para pelabur di Bursa Malaysia selain daripada melalui IPO – ketika syarikat pertama kali hendak disenaraikan dan diniagakan di Bursa Malaysia.
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan kepada orang ramai bahawa segala trading atau jual beli saham di Bursa Malaysia yang berlaku hari-hari, sama ada harga saham tersebut naik atau jatuh tidak memberikan sebarang ‘cashflow’ kepada syarikat secara langsung.
Perniagaan syarikat akan berjalan seperti biasa. Modal syarikat tidak akan bertambah sekiranya harga saham naik, dan syarikat tidak jatuh bankrap disebabkan harga saham jatuh ke paras terendah.
Definisi
Rights issues adalah hak untuk membeli saham syarikat pada harga tertentu, kebiasaannya lebih rendah daripada harga pasaran. Rights issues ini pada awalnya hanya akan diperoleh ‘existing shareholders’.
Jumlah rights issues yang akan diperoleh ‘existing shareholders’ adalah berkadaran dengan bilangan unit saham yang dipegang oleh ‘shareholder’ atau pemegang saham tersebut.
Rights issue hanya berlaku dalam tempoh yang singkat, di mana ianya akan tamat atau ‘expired’ sekiranya tidak digunakan atau ‘exercised’.
Sebagai contoh, saham syarikat ABC sedang diniagakan pada harga 80sen. Syarikat ABC membuat pengumuman setiap pemegang saham mereka akan mendapat rights issue (RI) – satu RI untuk satu saham yang mereka miliki.
RI ini tadi pula boleh digunakan untuk membeli saham syarikat ABC pada harga 50sen, tetapi promosi satu unit saham berharga 50sen hanya layak untuk 4 unit RI (sebagai contoh).
Senang cerita, Ali memiliki 1000 unit saham ABC. Ali seterusnya memiliki 1000 unit Rights Issues. Ali berpeluang membeli saham ABC sebanyak 1000unit/4=250unit saham tambahan pada harga 50sen.
Bonus Share
Bonus share pula adalah saham percuma tambahan yang diberikan kepada pemegang saham sedia ada. Misalnya, syarikat ABC memberikan 1 bonus share kepada setiap 4 unit saham ABC yang dimiliki.
Abu mempunyai 2000 unit saham ABC, maka selepas pemberian bonus share, Abu akan mempunyai:
Unit saham sedia ada : 2000 unit
Bonus yang diperoleh : 2000/4 = 500 unit
Jumlah saham keseluruhan : 2500 unit
Walau bagaimanapun harga saham akan diubahsuai atau ‘adjusted’ agar nilai saham yang dimiliki sehari sebelum ex-date Bonus Issue sama dengan nilai saham yang dimiliki selepas bonus.
PWORTH
Untuk kita memahami situasi PWORTH, kita wajar membaca segala announcement yang berkaitan.
Kita boleh akses maklumat tersebut di Bursa Malaysia.
Ada lima announcement penting yang kita boleh baca:
06 Jul 2018 – “Important Relevant Dates for Renounceable Rights”
06 Jul 2018 – “Rights Issue”
09 Jul 2018 – “PWORTH – Notice of Rights Entitlement (Ratio)”
09 Jul 2018 – “PWORTH – Notice of Rights Entitlement”
20 Jul 2018 – ayat paling panjang … blablabla
06 Jul 2018 – “Important Relevant Dates for Renounceable Rights”
06 Jul 2018 – “Rights Issue”
09 Jul 2018 – “PWORTH – Notice of Rights Entitlement (Ratio)”
09 Jul 2018 – “PWORTH – Notice of Rights Entitlement”
20 Jul 2018 – ayat paling panjang … blablabla
disertakan sekali dengan dua pdf files:
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
1