RHB: Malaysia Sebagai Pelaburan Safe Haven Pada 2021
RHB: Malaysia Akan Menjadi Tempat Selamat Untuk Para Pelabur
Hai dan Assalamualaikum! Telah keluarnya berita dalam The Edge Market pada hari ini berkenaan negara kita Malaysia dari penyataan RHB Bank
RHB mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia akan menjadi satu tempat atau negara yang dimana para pelabur luar negara akan tertarik untuk melabur pada tahun 2021.

.
Seperti yang korang maklum, pada beberapa hari lepas negara kita telah dikejutkan oleh statement Fitch Ratings yang telah downgrade Malaysia punya sovereign
Malaysia telah di downgrade rating daripada A- kepada BBB+
Namun, Malaysia bukan hanya diberi ratings oleh Fitch tetapi S&P Global Ratings dan Moody juga akan memberi rating.
Walaupun rating Malaysia telah direndahkan tetapi RHB Bank percaya bahawa rating dari S&P Global Ratings dan Moody ini tidak akan mengikut jejak langkah yangs sama macam Fitch Ratings.
Kenapa Rating Nie Penting?
Hal ini kerana, setiap investment Bank ni ataupun mereka yang mengkaji market, mereka akan ada model ekonomi sendiri.
Jadi mereka akan cuba untuk menimbangkan segala apa perkara yang berlaku dalam pasaran sama ada di dalam negara, luar negara, interest rate US, atau kadar OPR Malaysia
untuk menghasilkan satu ekonomi model. Kemudiannya mereka akan decide untuk melabur dalam asset jenis apa.
Dari sini mereka akan lebih tahu asset mana yang berisiko atau tidak berisiko. Jadi itulah kenapa pentingnya rating ini.
Model RHB Bank
Menurut RHB, model mereka menunjukkan dalam sebarang kejadian ataupun event yang mana akan timbul volatility.
Mata wang yang sudah rendah nie akan menjadi satu buffer untuk menyerap volatility tersebut
Hal ini kerana, walaupun mata wang Malaysia nampak merosot berbanding mata wang lain tetapi sebenarnya kalau dikira secara interest rate yang sebenar, Malaysia dan US ianya ada perbezaan.
Dalam kata lain yang mudah difahami….
“Mata wang tidak menggambarkan keadaan ekonomi semasa sesebuah negara”
Berdasarkan keadaan domestik sekarang dan juga capital market yang liquid di Malaysia, dia yakin yang government akan pulih semula selepas berakhirnya COVID-19 nie.
Jadi mereka masih prefer untuk melabur dalam government bond dan securities dalam negara Asean.
Untuk Malaysia pula, RHB menyatakan mereka masih prefer melabur dalam 50 year government bond.
Hal ini kerana ia masih rendah risiko sebab kerajaan masih mampu menampung rate ataupun pulangan yang dijanjikan menerusi bond tersebut.
Berbanding dengan negara lain seperti Indonesia, Thailand ataupun Filipina, Malaysia adalah lebih bagus kerana capital market, bonds dan currency negara lain adalah tidak berapa liquid berbanding Malaysia.
Penganalisis RHB berkata, mengikut correlatively dibandingkan dengan negara-negara ASEAN, Malaysia adalah antara negara no 1.
Selain itu, dikatakan juga di mana ringgit berbanding dengan US dollar akan steady dan stabil.
Selain itu, RHB meramalkan dia akan trade dalam range 4.10/20 pada pertengahan tahun hadapan.
Kesimpulannya.
Kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa walaupun Malaysia mendapat ratings yang rendah tetapi ia tidak akan memberikan kesan terhadap para pelabur dari luar negara
untuk terus melabur di dalam Malaysia seperti pernyataan yang dikeluarkan oleh RHB Bank di mana ia menyatakan Malaysia akan menjadi tempat yang selamat untuk para pelabur melabur pada tahun 2021.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.