Reversal Chart Pattern

Assalamualaikum, hai dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog Mahersaham hari ini.

Korang apa khabar? Semoga korang sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Baik dari segi fizikal, emosi dan juga rohani.

Baik, hari ini kita akan belajar sedikit sebanyak mengenai chart pattern.

Jom mulakan!!!

Chart Pattern

Terdapat 3 jenis chart pattern yang wujud setakat ini iaitu:

  • •Reversal
  • •Continuation
  • •Bilateral

Hari ini, kita akan fokus kepada reversal chart pattern.

Apa itu Reversal Chart Pattern

Reversal chart pattern bermaksud perubahan trend harga saham daripada uptrend kepada downtrend dan sebaliknya.

Bagaimana ia berlaku?

Apabila kita menjumpai/melihat sesuatu pattern dekat chart itu semasa melakukan analisa teknikal, ada kemungkinan akan berlaku reversal dalam trend sesuatu pergerakan harga saham tersebut.

Sebagai contoh, mungkin kaunter tersebut sebelum ni tengah mengalami downtrend, kemudian keluar satu chart pattern

Maka daripada situ kita boleh expect daripada downtrend mungkin ia akan berlaku uptrend. Ini dipanggil situasi reverse.

Ataupun sebaliknya, mungkin sebelum ni kaunter tersebut sedang uptrend. Kemudian kita ternampak satu pattern jadi dia akan reverse menjadi downtrend

Jadi sebagai traders kita mestilah cekap dalam melihat chart pattern dan boleh identify chart pattern apa yang ada di dalam sesuatu chart itu dengan baik.

Justeru chart pattern merupakan petanda awal yang kita boleh identify sama ada harga saham uptrend ataupun downtrend.

Satu perkara penting yang kita kena ingat adalah chart pattern akan terhasil setelah breakout berlaku.

Selagi breakout belum berlaku maka, belum confirmlah sesuatu chart pattern tersebut.

Kemudian, bila kita dah lukis sesuatu chart pattern dan sudah breakout, kita sebenarnya boleh ukur target price kita.

Macam mana?

Jom kita rujuk contoh di bawah.

Major Reversal Chart Pattern

Terdapat dua jenis reversal chart pattern iaitu bullish dan juga bearish.

1.Bullish Chart Pattern

Sebaik sahaja complete chart pattern yang bakal terjadi maka harga saham akan menaik. Di mana orang selalu panggil sebagai breakout.

Contoh chart pattern untuk bullish adalah:

  • •Saucer / Rounding bottom
  • •Inverted head & shoulder
  • •Double bottom
  • •Triple bottom
  • •V bottom
  • •Falling wedge

Rounding Bottom

Bentuk rounding tidak semestinya betul-betul ikut lengkungan, cukup sekadar bentuk lebih kurang lengkungan.

Bentuk rounding bottom ini dikatakan sebagai salah satu chart pattern yang paling paduuu.

Sebab apa?

Bagi mereka yang pernah membaca/ belajar mengenai volume price analysis maka sudah tidak asing daripada 3 fasa yang selalu disebut iaitu fasa accumulation, fasa public participation dan fasa distribution.

Di mana di sepanjang bottom berlakunya fasa accumulation.

Fasa accumulation adalah fasa sideway di mana pada ketika ini golongan Smart Money atau Sindiket tengah mengumpul saham-saham tersebut.

Dan mereka akan kumpul sebanyak yang boleh.

Tadi saya ada bagi tahu yang kita boleh ukur target price kita setelah breakout kan.

Caranya mudah sahaja.

Rujuk gambar rajah di atas.

Kita ukur kedalaman rounding bottom sehingga breakout (bertanda X) kemudian kita letak ukuran tersebut di atas breakout (bertanda Y).

Jika ketinggian X bersamaan dengan 30 sen maka tinggi Y juga bersamaan dengan 30 sen.

Ukuran tersebut adalah minimum target price.

Boleh jadi akan lebih tinggi.

Inverted Head and Shoulder

Chart pattern ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahu kiri (left shoulder), kepala (head) dan bahu kanan (right shoulder) tetapi ia dalam keadaan yang terbalik.

Di mana kepala dan bahu (head and shoulder) berada di bawah.

Chart pattern ini sama juga seperti di atas, selepas breakout ia akan bullish.

Bagaimana pula ukuran untuk minimum target price pattern ini?.

Kita ukur kedalaman bahagian kepala sehingga neck line (bertanda X) kemudian kita letak ukuran tersebut di atas breakout (bertanda Y).

Hahhh nilai itulah minimum target price.

Double Bottom

Chart pattern ini membentuk seperti huruf W.

Mempunyai dua paras bottom yang sama atau yang menghampiri sama paras antara keduanya.

Selepas breakout ia akan bullish.

Kita ukur kedalaman bertanda X kemudian kita letak ukuran tersebut di atas breakout yang bertanda Y.

Hahhh nilai itulah minimum target price.

V bottom

Spike V bottom menunjukkan bentuk yang tajam di bawah. Ia membentuk tanpa memberikan apa-apa isyarat.

Situasi sebegini sukar untuk di perdagangkan dan cara yang terbaik keluar dahulu dari pasaran sebegini.

Jenis chart pattern sebegini kita tak dapat untuk ukur target price.

Falling Wedge

Bentuk wedge sama dengan diagonal. Selepas chart pattern rising wedge kebiasaannya harga saham akan menaik.

2.Bearish Chart Pattern

Bila complete chart pattern yang bakal terjadi maka harga saham akan jatuh.

Contoh chart pattern untuk bearish adalah:

  • Rounding top
  • Head and shoulder
  • Double top
  • Triple top
  • V top
  • Rising wedge

Head and Shoulder

Chart pattern ini sama seperti inverted head and shoulder terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahu kiri (left shoulder), kepala (head) dan bahu kanan (right shoulder).

Puncak kepala (head) hendaklah yang paling tinggi antara tiga bahagian ini.

Berbeza dengan inverted kerana selepas pecah support ia akan bearish.

Double Top

Chart pattern ini membentuk seperti huruf M.

Mempunyai dua paras top yang sama atau yang menghampiri sama paras antara keduanya.

Selepas pecah supportt ia akan menunjukkan pergerakan harga yang menurun.

V Top

Spike V top menunjukkan bentuk yang tajam di atas.

Sama seperti V bottom, ia membentuk tanpa memberikan apa-apa isyarat.

Rising Wedge

Wedge terhasil apabila korang letak dua lines (line yang curam) dan lines tersebut membentuk pattern wedge seperti gambar di bawah.

Apabila harga pecah support, bermaksud harga cenderung untuk jatuh lebih rendah dan mencipta paras support baru.

Kesimpulan

Sebelum membeli sesuatu kaunter anda perlu fahamkan teknikal analisis supaya anda boleh tahu di mana harga yang anda patut masuk (beli) dan keluar (jual).

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts