hartanah

Reits-Cara Miliki Hartanah di Bursa

Saya percaya pasti ramai yang masih tak tahu tentang Reits di Bursa Malaysia.

Tahukah anda hanya perlukan RM112 sahaja untuk miliki pemilikan hartanah Healthcare di Malaysia dan Austria dalam Al-Aqar Healthcare REIT.

Apa Itu Reits ?

REIT adalah Instrumen yang membolehkan anda melabur dalam hartanah dengan mudah.

Ia merupakan dana atau sebuah tabung amanah yang menguruskan hartanah komersial untuk menghasilkan pendapatan.

REIT ini lebih kurang sama macam Amanah Hartanah Bumiputera yang ada gambar Neelofa tu. Cuma bezanya REIT ini diapungkan di pasaran saham.

Apakah Kelebihan Melabur di Reits ?

Pelabur berpeluang mendapat dua jenis keuntungan melabur di Reits ini.

Pertama keuntungan dari segi kenaikan harga (Capital Gain) dan kedua boleh dapat dividen.

Selain itu, kelebihan Reit adalah :

1. Lebih Murah

Kos untuk melabur di dalam REIT adalah lebih rendah berbanding kos pelaburan secara langsung dalam hartanah.

Kita boleh mula membeli serendah 1 lot sahaja.

Tapi jangan fikir dengan beli 1 lot anda sudah boleh pergi haji naik private jet. Memang tak ada macam tu ya.

2. Kecairan

Maksudnya disini anda boleh jual bila-bila masa di pasaran saham dan dapat semula dalam bentuk wang tunai.

Manakala kalau fizikal anda perlu tunggu hingga ada pembeli dan ada sedikit urusan perlu diselesaikan baru boleh terima wang tunai tersebut.

3. Aliran Pendapatan Yang Stabil

Kadar kenaikan dan penurunan harga (volatility) lebih rendah berbanding saham lain.

Pelabur REIT kebiasaannya akan menerima bayaran dividen yang konsisten dan stabil hasil yang diperolehi daripada sewa yang dibayar oleh penyewa harta REIT.

4. Diuruskan Secara Profesional

Jika anda membeli hartanah fizikal anda perlu fikirkan cara mencari penyewa, kerenah penyewa dan lain-lain lagi.

Tetapi untuk REIT ia diuruskan oleh pengurus dana yang profesional.

Jadi anda tak perlu pening kepala untuk berdepan dengan karenah penyewa dan segala jenis Agreement seperti dalam pelaburan real estate.

Jenis-jenis Reits

Terdapat 6 jenis REIT yang ada dalam industri hartanah iaitu:

1. Pejabat

REIT jenis ini adalah memiliki dan mengendalikan bangunan pejabat. Sebahagian besar penyewa jenis ini adalah daripada sektor kewangan seperti bank, agensi kerajaan dan syarikat antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.

REIT Pejabat mempunyai bangunan pejabat di kawasan pesat seperti di Lembah Klang iaitu Shah Alam, Subang Jaya dan Bangsar dan mampu menikmati kadar sewa yang lebih tinggi di masa hadapan.

Akan tetapi, penawaran ruang pejabat yang terlalu banyak di Lembah Klang menjadikan penyewa mempunyai pilihan untuk mendapatkan ruang pejabat yang lebih murah kerana wujudnya perang harga antara pemilik-pemilik ruang pejabat di Lembah Klang.

2. Kesihatan

Ia mengendalikan hospital dan harta khidmat penjagaan kesihatan semasa.

Sungguhpun keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan dan lembap, REIT Kesihatan tetap menjadi satu keperluan masyarakat dan tetap stabil.

Namun begitu, peluang untuk REIT Kesihatan berkembang adalah sangat terbatas kerana wujudnya pajakan jangka panjang yang mengurangkan potensi untuk meningkatkan kadar hasil sewaan.

Tetapi, potensi untuk mengembangkan REIT Kesihatan mampu dilakukan hanya dengan mengambil alih hartanah baharu penjagaan kesihatan sedia ada.

3. Hospitaliti

REIT Hospitaliti bukanlah instrumen yang dimiliki. Sebaliknya, REIT Hospitaliti adalah instrumen yang menguruskan hotel dan bangunan kediaman.

Contoh terdekat adalah YTL REIT yang memiliki dan menguruskan hotel JW Marriott ataupun SUNWAY REIT yang memiliki dan menguruskan hotel Sunway.

REIT Hospitaliti secara tidak langsung membantu meningkatkan sektor pelancongan di negara ini.

Kejatuhan mata wang turut membantu merancakkan lagi kedatangan pelancong luar negara ke negara kita.

Sungguhpun begitu, REIT Hospitaliti ini sangat mudah terjejas dengan perubahan ekonomi global dan keadaan politik semasa.

Kelembapan pertumbuhan ekonomi turut menjejaskan sektor pelancongan sekaligus mengurangkan pendapatan dalam industri perhotelan.

4. Runcit

hartanah

Mengurus, memiliki dan mengendalikan pasaraya, pusat membeli belah, kedai dan premis.

Dalam erti kata lain, REIT Runcit mendapat pulangannya melalui sewaan seperti KFC, BURGER KING dan lain-lain.

Ia menyewakan unit di dalam pusat membeli belah seperti IOI Mall Putrajaya atau gedung NIKE yang menyewa unit di KLCC.

Pertumbuhan pendapatan dalam pasaran REIT Runcit sangat bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

Ini kerana banyak unit di dalam premis tidak mampu disewakan apabila kuasa beli rakyat berkurang dan kurangnya permintaan terhadap sewaan.

5. Industri

hartanah

Reit ini adalah mengendalikan premis hartanah seperti gudang dan ruang kilang. Aliran tunai diperolehi daripada sewaan gudang dan ruang kilang.

Yang menarik ia tidak memerlukan perbelanjaan selenggara yang tinggi dan reka bentuknya juga adalah tidak mewah berbanding REIT lain. Jadi ini mengurangkan kos REIT Industri.

Sungguhpun begitu, jenis Industri ini adalah yang paling mudah terjejas dengan kemelesetan ekonomi kerana kos operasi kilang dan storan inventori akan dipotong.

6. Bercampur

hartanah

Ia mengendalikan pelbagai jenis hartanah dalam satu masa.

Contohnya adalah Sunway REIT ataupun dikenali sebagai Sun REIT di KLCI yang memiliki pelbagai portfolio hartanah di Malaysia seperti pusat membeli belah, pejabat, gudang, hotel dan juga bangunan.

Antara kelebihan REIT Bercampur adalah kepelbagaian jenis hartanah dan lebih berdaya tahan kepada turun naik pasaran dan keadaan ekonomi semasa.

Kesimpulan

Apa pun untuk mula melabur dalam Reits wajib ada akaun CDS dahulu. Kos buka akaun CDS hanyalah RM11.

Jika buka CDS dengan saya akan buka dibawah Remisier Maher Alias. Kos mula belajar saham semuanya Percuma!

Belum ada akaun CDS boleh daftar sekarang di Akaun CDS.

Nak belajar asas saham boleh mula dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga bermanfaat. 

Similar Posts