regulated short selling

Regulated Short Selling (RSS) Itu Apa?

Dalam dunia saham sebenarnya bukannya membuat keuntungan apabila beli murah dah jual mahal. Kita boleh membuat keuntungan apabila menjual dahulu kemudian membeli di bawah. Ini dinamakan “SHORT”. Tetapi kita kenal Bursa Malaysia dengan one way market. “Buy low sell high”.

Sebenarnya di Bursa Malaysia, short selling wujud iaitu dalam panduan Regulated Short Selling (RSS) dan Securities Borrowing and Lending (SBL). Ia wujud sejak Januari 2007 selepas diharamkan selama lapan tahun oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Apa itu Regulated Short Selling (RSS)?

RSS berlaku di mana seseorang itu menjual saham yang belum dia miliki dengan meminjam saham tersebut dari Central Lending Agency (CLA). Bila dah pinjam kiranya transaksi tersebut sah. Bila sudah menjual, seseorang itu akan membeli balik bila saham tu jatuh ke bawah.

 

Apa itu Central Lending Agency (CLA)

CLA adalah  syarikat yang diuruskan oleh Bursa Clearing, di mana transaksi dan proses pinjaman saham tersebut berlaku. Pelabur tidak akan berurusan secara terus dengan pihak CLA, tetapi mereka perlu melalui orang tengah seperti broker atau bank pelaburan yang terlibat seperti MPLUS, Maybank, Cimb dan lain-lain lagi.

 

Tempoh Regulated Short Selling (RSS) ?

Sumber gambar dari

Regulated Short-Selling of Securities in the Wholesale Money Market Bank Negara Malaysia issued on 20 November 2017

 

Dari gambar ini boleh lihat kotak merah saya highlightkan. Disitu BNM benarkna untuk tempoh RSS ini kurang daripada 12 bulan untuk sesuatu transaksi tersebut.

 

Kronologi Short Selling

Azizi meminjam dari Broker A unit sebanyak 10,000 dengan nilai RM1.00 per unit saham ABC BERHAD dan berjanji akan bayar balik kepada broker A dan tempoh yang dipersetujui bersama. Azizi menjual 10,000 unit saham tadi kepada Dr Choudry yang memerlukannya. Berlaku transaksi disitu.

Ingat yang azizi jual tadi adalah yang dia pinjam dari broker A. Jadi azizi perlu membeli balik untuk langsaikan hutang kepada broker A. Azizi menanti harga jatuh kerana market memang dalam downtrend. Bila saham ABC Berhad jatuh ke nilai RM0.80, Azizi terus membeli saham ABC Berhad sebanyak 10,000 unit dan pulangkan kembali kepada broker A.

Daripada aktiviti ini yang menyebabkan Azizi untung. Ini dinamakan short.

Macam pelikkan? Tak pelik dan taklah rumit tetapi kita yang tidak biasa kerana kita hanya tahu transaksi jenis ‘long’ sahaja.

Short selling adalah keuntungan dijana bila harga saham tersebut jatuh. Ia digunakan ketika saham saham tersebut dalam keadaan downtrend.

 

Apakah risiko Regulated Short Selling (RSS)

Risiko yang ada adalah anda tidak dapat memulangkan balik apa yang anda pinjam tadi. Sebab dalam perjanjian telah ada tempoh-tempoh tertentu yang anda perlu selesaikan.

Jangan risau, dari masalah ini munculnya Capital Market Services Act 2007 pada muka surat 159 iaitu berkaitan shortselling ada mengupasnya.

 

Regulated Short Selling

 

sumber dari Capital Markets and Services Act 2007

 

Bagaimana Nak Terlibat Dengan RSS?

Untuk RSS ia berbeza dengan akaun biasa. Perlu rujuk kepada broker masing-masing. Pelabur pelu meminjam saham dari CLA menerusi broker pelabur. Pelabur perlu menjual saham yang dipinjam tadi dengan harga lebih tinggi berbanding harga semasa. Ia dinamakan dengan “up-tick rules”. Sumber FAQ RSS

 

Saham mana terlibat dengan RSS?

Regulated Short Selling

Setakat 24 jun 2020 terdapat 256 dibenarkan untuk RSS. Rujuk Bursa Approved Securities 

 

Apa kriteria sesuatu saham tersenarai dalam RSS?

Regulated Short Selling

sumber di Bursa Malaysia

 

Dari sini terdapat 4 kriteria penting iaitu:

  1. Saham tersebut tersenarai secara rasmi yang di keluarkan oleh Bursa Malaysia
  2. Syarikat tersebut perlu mempunyai modal pasaran “Market Cap” melebihi RM500 juta untuk tempoh tiga bulan yang terkini
  3. Share float mesti sekurang-kurangnya 50 juta unit
  4. Purata jumlah saham yang didagangkan perlu lebih satu juta unit dalam tempoh 12 bulan terkini

Kesimpulan

Semoga bermanfaat perkongsian kali ini tentang Regulated Short Selling (RSS)

Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.

Artikel ini ditulis oleh Lukman

Similar Posts