Real Time data plan klse screener

Real Time Data Plan KLSE Screener

Sesetengah pelabur sudah ada yang tahu tentang real-time plan di KLSE Screener. Plan terbaru ini telah mula diperkenalkan sejak 1 Julai 2021.

Yang menariknya, real-time plan ini adalah antara yang termurah untuk langganan setahun bagi trader yang tercari-cari Live data untuk Intraday atau swing trader.

Bagi yang tertanya-tanya berkaitan Live data KLSE Screener ini, anda boleh baca FAQ di bawah.

FAQ Real Time Data Plan KLSE Screener

1. Features tersedia di KLSE Screener?

Dengan melanggan Real Time data Plan Bursa, anda akan mendapat harga saham terkini secara LIVE
– Real Time data yang cepat
– Harga & Volume terkini tanpa perlu Refresh
– Kemaskini Market Depth 3 Layer kepada 5 layer
– Live trade detail version v1.7.4+ dan keatas
– Live KLCI and Bursa Index, Top Active, Gainers, Losers, Sector Indices (web)
– Interactive Chart dengan real time auto refresh setiap 10 saat (normal: 120 saat) dan 15s resolutions
– Stock alert yang lebih cepat.

Sebahagian features akan ada di Aplikasi Mobile.

2. Adakah Real Time data ini boleh diakses di semua peranti (Web/Android/ iOS)?

Ya selagi login menggunakan akaun yang sama. Walaubagaimanapun, akses mungkin terhad untuk beberapa device sahaja.

3. Saya tak dapat akses features Real Time ini di Aplikasi Mobile

Kepada pengguna aplikasi mobile perlu kemaskini version terbaru iaitu v1.7.0 dan keatas. Anda boleh menggunakan BETA untuk dapatkan features terkini pada link dibawah ini:

Android: https://play.google.com/apps/testing/net.neobie.klse

iOS: https://testflight.apple.com/join/7ATac5cO

4. Adakah langganan ini membuang iklan?

Tidak. Anda boleh beli mobile App Store secara berasingan untuk membuang iklan.

5. Saya dah langgan tetapi tidak nampak apa-apa perubahan?

Pastikan anda login menggunakan akaun yang sama semasa melanggan. Pengaktifan adalah segera. Berkemungkinan status plan anda belum di refresh.

Layari My Plan untuk semak status plan anda.

6. Polisi Refund

Buat masa sekarang, klse screener tidak menyokong refund untuk sebarang pembatalan. Anda masih boleh menggunakan features ini sehingga akhir langganan anda.

7. Mengapa dikenakan caj untuk mengakses features ini?

Berdasarkan bayaran perlesenan, Bursa Exchange mengenakan caj bulanan kepada penerima Real-Time data ini.

Jadi untuk tujuan mengimbangi perbelanjaan ini pihak KLSE Screener mengumpulkan minimum yuran agar dapat terus bertahan dan membantu lebih ramai trader.

8. Pertukaran tempoh langganan?

Untuk menukar langganan sebulan kepada setahun, anda boleh batalkan langganan semasa. Selepas langganan semasa sudah tamat, subscribe semula kepada plan tahunan.

9. Polisi Refund ketas Duplicate Subscription?

Pihak KLSE boleh mengembalikan semula bayaran duplicate tolak kos online gateway.

Untuk mengelakkan berlaku duplicate subscription, pastikan kad anda mempunyai wang yang mencukupi pada tarikh pembaharuan langganan dan semak sama ada bayaran anda telah berjaya.

Jika terdapat sebarang persoalan lanjut berkaitan langganan anda atau features klse screener ini boleh terus hubungi di:

  1. klse screener: https://www.klsescreener.com/v2/contact
  2. Fb Messenger klse screener: https://www.messenger.com/t/143760695752177
Real Time data plan klse screener

Cara Subscribe / Langgan Real Time data Plan KLSE Screener

Pertama: Layari https://www.klsescreener.com/v2/plans dan klik Login

Real Time data plan klse screener

Kedua: Pilih sama ada nak sign in guna Google, Facebook atau Apple

Ketiga: Sebagai contoh jika sign in di Google, pilih akaun email anda yang aktif dan sah kerana sebarang resit bayaran atau notifikasi akan dihantar ke email ini.

Real Time data plan klse screener

Keempat: Pilih tempoh langganan anda sama ada bulanan atau tahunan. RM5 untuk bulanan dan RM50 untuk setahun.

Kelima: Klik ‘Purchase’ untuk mula melanggan.

Keenam: Masukkan detail maklumat kad bank anda dan klik Subscribe.

Selesai! Kini anda sudah boleh mendapatkan kesemua features Real Time data Plan KLSE Screener.

Anda boleh semak plan langganan anda di My Plan

Jika menghadapi sebarang masalah boleh hubungi;

Klse Screener: https://www.klsescreener.com/v2/contact atau,

FB Messenger KLSE Screener: https://www.messenger.com/t/143760695752177

Kesimpulan

Khas buat trader atau pelabur diluar sana, Real time plan klse screener ini boleh dikatakan antara Screener berbayar yang berbaloi jika anda mencari LIVE trading data.

Jika anda seorang trader, langganan hanyalah RM50 setahun dibandingkan dengan keuntungan yang mampu diperoleh dalam setahun.

Sangat berbaloi.

Bagi yang masih belum ada akaun CDS boleh mulakan pelaburan saham dengan buka akaun CDS secara Online. Boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Similar Posts