Prospek Pasaran Saham Lebih Baik
Petunjuk Kepada Prospek Pasaran Saham
Terdapat pelbagai petunjuk atau indikator kepada prospek pasaran saham.
Antaranya kita boleh lihat melalui kenaikan atau penurunan “indeks petunjuk pasaran saham” di Bursa Malaysia sama ada FTSE Bursa Malaysia KLCI, FTSE Bursa Malaysia Emas Index, dan beberapa indeks yang lain.
Apa itu indeks pasaran?
Ringkasnya, syarikat-syarikat tertentu yang disenaraikan di dalam indeks-indeks tertentu dijadikan sebagai penanda aras kepada prestasi pasaran saham secara keseluruhan.
Misalannya, apabila nilai indeks dikatakan meningkat dari 1,000 mata ke 2,000 mata, ini bermakna harga saham syarikat-syarikat yang tersenarai dalam indeks juga meningkat.
Selain itu, antara perkara lain yang turut sama merangsang pasaran saham ialah kemasukan pelaburan langsung asing yang kukuh, bertambahnya projek mega kerajaan yang akan dilaksanakan serta cadangan untuk mengambilalih lebuh raya tol.
Bagaimana Cara Pengiraan Indeks?
Mudah sahaja.
Nisbah digunakan dalam pengiraan indeks.
Kita ambil contoh harga gula sekitar RM2.80 sekilo. Indeks awal bersamaan dengan 1.
Jika harga gula naik RM0.60 menjadikannya RM 3.40 sekilo, ini bermakna, telah berlaku kenaikan harga sebanyak 21%.
Indeks terbaru yang dihasilkan adalah bersamaan dengan 1.21.
Dalam pengiraaan purata indeks saham pula, caranya ialah dengan menambah kesemua harga saham syarikat dan dibahagikan dengan jumlah syarikat yang tersenarai.
Alamak, macam mana nak kira, syarikat dekat Malaysia terlalu banyak!
Jangan risau, Bursa Malaysia dahpun buat kira-kira indeks dan buat pemberitahuan (“announcement”) kepada kita melalui akhbar ataupun di website Bursa Malaysia.
Rajin-rajinlah buka aplikasi akhbar atau Bursa Malaysia di telefon pintar anda untuk tahu kedudukan indeks pasaran saham ya!
Syarikat Mana Yang Merangsang Kepada Kenaikan Indeks Pasaran Saham?
Selalunya, syarikat berkaitan kerajaan yang tersenarai telah menunjukkan prestasi yang positif.
Jadi, pendek kata, sumbangan semua syarikat-syarikat berkaitan kerajaan sangat besar kepada Malaysia dalam membantu mengukuhkan ekonomi yang mampan.
Seterusnya, memastikan pasaran saham Malaysia sentiasa berdaya tahan (“resilient”).
Dan, secara tidak langsung, ia juga dapat menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam negara.
Berdasarkan kepada rekod, negara telah mencatatkan kenaikan 48% dalam pelaburan langsung asing iaitu sebanyak RM80.5 billion tahun lepas.
Ini merupakan kenaikan yang boleh dikatakan agak memberangsangkan dan merancakkan lagi perkembangan ekonomi dalam negara.
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mendukung aspirasi dan harapan negara, kita seharusnya segera menggarap peluang yang ada untuk mula melabur dan yakin dengan prospek pasaran saham seiring dengan peningkatan indeks Bursa Malaysia.
Sebelum melabur, ketahui dahulu panduan melabur dan download aplikasi yang perlu ada dalam telefon pintar anda.
Selamat beramal!
Sekian.
5