Proses Pengubahan Wang Haram 1MDB
Proses Pengubahan Wang Haram 1MDB
Proses pengubahan wang haram yang digambarkan sebagai ‘dirty money episodes’ membabitkan skandal 1MDB sangat taktikal.
Sehingga ke hari ini, kes melibatkan wang berbilion ringgit yang dipindahkan ke beberapa akaun luar negara masih belum selesai.
Jenayah kewangan sangat berleluasa. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) melaporkan kegiatan pengubahan wang haram global telah meningkat sebanyak dua hingga lima peratus setiap tahun
3 Fasa Pengubahan Wang Haram
Penemuan terbaru oleh Jabatan Kehakiman Amerika mendapati bahawa dana 1MDB telah disalurkan melalui 3 fasa.
Pertama Akaun ‘Good Star’ – pemindahan lebih AS$ 1 bilion daripada 1MDB ke akaun bank Switzerland yang dipegang atas nama Good Star Limited.
Kedua ‘Aabar BVI’ – kira-kira AS$ 1,367 bilion, satu jumlah yang bersamaan lebih 40 peratus daripada jumlah hasil yang bersih yang diperoleh – untuk dipindahkan ke akaun bank Switzerland milik entiti British Virgin Islands yang dipanggil Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).
Ketiga ‘Tanore’ – lebih AS$ 1.26 bilion daripada sejumlah AS$ 3 bilion yang diperoleh 1MDB melalui penawaran bon ketiga dari Goldman Sachs dialihkan ke akaun bank Singapura yang dimiliki Tanore Finance Corporation, di mana Tan adalah pemilik benefisial syarikat tersebut.
Takrifan ‘Influential Person’
Penjenayah ini tentunya mempunyai banyak akses kepada pelbagai jenis maklumat dan yang paling utama mereka mestilah menjadi orang yang sangat berpengaruh ‘influential’ di dunia.
Orang yang berpengaruh selalu mengharapkan yang terbaik dalam segala hal.
Mereka percaya dengan kuasa yang dimiliki berupaya mencapai segala hajat dan impian.
Memiliki keyakinan bahawa orang lain juga berkongsi kuasa ‘power’ untuk mencapai impian ‘dreams’.
Tiada sesuatu yang boleh menghalang mereka mendapatkan sesuatu ‘nothing is out of reach’.
Perkara inilah yang memberikan inspirasi kepada orang sekeliling untuk mengejar impian yang sama.
1MDB satu inspirasi?
Ya, memang betul buang yang keruh, ambil yang jernih.
Tapi, kalau duit berbilion ringgit hilang begitu sahaja, takkan kita mahu lihat dan berdiam diri?
Kejahilan bukan alasan untuk kita membiarkan kemiskinan dan kesempitan menyelubungi hidup kita.
Sesiapa pun boleh jadi kaya jika ada kemahuan.
Pelaburan merupakan salah satu platform yang boleh mengubah kemiskinan hidup kepada kekayaan yang luarbiasa.
Kualiti Kepimpinan
Dahulunya, pemimpin adalah idola kepada setiap orang.
Persepsi ini berubah tatkala berlaku jenayah pelanggaran amanah ‘criminal breach of trust’ oleh pemimpin sendiri.
Tidak mudah untuk menjadi seorang pemimpin yang dikagumi.
Mereka haruslah memiliki ciri-ciri atau kualiti kepimpinan dalam segala aspek termasuklah pengurusan khazanah negara.
Wang negara mesti digunakan sebaiknya demi kepentingan negara dan rakyat.
Sauk harta orang lain untuk kegunaan peribadi adalah sikap yang tidak boleh dicontohi sama sekali.
Sebelum menjadi pemimpin di peringkat tertinggi, kita semua memainkan peranan sebagai pemimpin dalam kerangka dan konteks yang lebih kecil.
Perlu ada skil dan kemahiran dalam pengurusan kewangan agar kita boleh melatih diri sendiri supaya menjadi pemimpin yang berkaliber dan disanjungi oleh masyarakat setempat.
Kejayaan yang dimiliki berbekalkan usaha yang berterusan.
Semoga bermanfaat.