Produk Pelaburan Dalam Bursa Malaysia

Bursa Malaysia adalah sebuah syarikat pemegang urusniaga yang diluluskan di bawah Seksyen 15 Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007.

Kebanyakan orang hanya mengetahui Bursa Malaysia hanya menawarkan pembelian dan penjualan saham.

Tapi tahukah anda terdapat banyak lagi produk pelaburan lain yang ada? Kami kupaskan satu-persatu.

1. Saham (Mother Share)

Bukti hak milik ke atas sesuatu syarikat atau perusahaan dalam bentuk ekuiti merupakan definisi saham . Saham terbahagi kepada dua iaitu saham biasa dan saham keutamaan.

Masih baru dengan pasaran saham? Ini perkara yang anda wajib tahu. 

1. Saham Biasa

Juga dinamakan saham ekuiti, iaitu modal risiko syarikat. Saham biasa memberikan pemegang hak pemilikan dalam syarikat itu, seperti hak untuk berkongsi keuntungan, hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung, memilih dan memecat pengarah.

Kewajipan pemilikan juga diberikan dan ini boleh menyebabkan kehilangan wang pelabur jika syarikat itu tidak berjaya.

Lazimnya saham membentuk sebahagian besar modal syarikat dan tidak mempunyai hak istimewa ke atas saham lain.

Sekiranya berlaku pembubaran, saham biasa adalah selepas semua liabiliti lain dalam syarikat.

2. Saham keutamaan

Saham ini memberi hak bagi dividen (biasanya tetap) yang berada pada kedudukan pembayaran sebelum pemegang saham.

Apabila berkaitan dengan pembahagian aset setelah pembubaran syarikat,Saham keutamaan lebih digemari.

Umumnya saham keutamaan tidak memberi hak mengundi,tetapi hak mengundi boleh dibuat bergantung pada kegagalan untuk membayar dividen ke atas saham keutamaan bagi tempoh masa yang tertentu.

2. Waran

Waran memberi pemegangnya hak tetapi bukan kewajipan, untuk melanggan saham biasa baru pada harga kuatkuasa yang telah ditetapkan dalam tempoh masa tertentu.

Selepas tempoh masa yang ditetapkan  waran tidak bernilai lagi 

Apabila membeli waran, bayaran yang dijelaskan biasanya lebih rendah daripada harga saham atau aset pendasar yang diliputinya.

Justeru, ia tidak memerlukan modal yang tinggi berbanding membeli saham atau aset pendasar daripada pasaran secara langsung.

Oleh itu, waran memberi anda hak untuk membeli instrumen dasar pada harga yang telah dipersetujui dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Perlu diingatkan waran tidak bernilai lagi selepas tamat tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.

Baca 5 perkara wajib tahu sebelum beli warrantperbezaan antara warrant WA, WB, WC dan CA serta cara kira premium warrant.

3. REITs

Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) adalah dana atau sebuah tabung amanah yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial untukmenghasilkan pendapatan (kompleks membeli-belah, hospital, ladang, harta industri,hotel dan blok pejabat).

REIT memberikan pilihan kepada pelabur untuk melabur dalam harta tanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli harta tersebut secara langsung, menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan hasil pengagihan pendapatan yang menarik.

Contoh REITs yang tersenarai di Bursa Malaysia ialah Starhill REIT, Sunway REIT, UOA REIT, KLCC REIT dan banyak lagi.

4. Derivatif

Derivatif ialah instrumen kewangan yang digunakan untuk mengurus pendedahan seseorang itu kepada kemeruapan pasaran pada masa ini.

Nilai produk derivatif bergantung kepada dan diperoleh daripada instrumen pendasar, seperti komoditi, kadar faedah, indeks dan saham.

Dalam perkataan lain, derivatif ialah kontrak kewangan dengan nilai yang dikaitkan dengan pergerakan harga hadapan yang dijangka dengan aset asas dikaitkan.

la digunakan sebagal alat untuk melindung nilai, membuat spekulasi dan arbitraj.

Futures dan Options ialah produk derivatif asas yang kebanyakannya didagangkan di Bursa.

Suatu kontrak hadapan ialah perjanjian antara dua pihak untuk membeli atau menjual instrumen pendasar pada masa tertentu atau pada masa hadapan dengan harga tertentu yang ditetapkan pada hari ini.

Antara contoh derivatif di Malaysia ialah Crude Palm Oil Futures (FCPO) dan FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures (FKLI).

Rujukan: Bursa Malaysia


Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Similar Posts