Prestariang menukar nama sebagai AWANTEC

Hai dan assalamualaikum! Hari nie saya akan share dengan anda semua mengenai satu syarikat di Bursa Malaysia iaitu Prestariang. Ia dikatakan akan menukar nama kepada AWANTEC.

Pada 28 Dis 2020, telah keluar satu berita dalam akhbar The Edge Market berkaitan syarikat Prestariang. Berita tersebut memberitahu kita bahawa syarikat ini akan diperdagangkan sebagai AWANTEC setelah ia menukar nama menjadi AwanBiru Technology Bhd.

Penjenamaan ini akan berkuat kuasa pada hari esok iaitu 29 Dis. Syarikat ini beroperasi sebagai penyedia perkhidmatan perisian ICT yang sebelum ini namanya Prestariang Bhd.

Berikutan perubahan namanya menjadi AwanBiru Technology Bhd (Awantec) maka di Bursa Malaysia namanya akan menjadi AWANTEC

Anda dah tahu mengenai syarikat ini? Jom kita ambil tahu sedikit informasi dan latar belakang mengenai syarikat ini.

AWANTEC
Kredit Gambar: The Edge Market

AWANTEC merupakan Main Market dalam pasaran Bursa Malaysia. Ia juga termasuk dalam sub-sector digital services di bawah sector technology. Macam yang anda dapat lihat namanya telah bertukar menjadi AWANTEC code 5204

Kenapa AWANTEC Menukar Nama?

Kenapa ya syarikat AWANTEC ni nak tukar namanya?

Haaa.. syarikat ini nak tukar nama kadang-kadang disebabkan oleh startegi Marketing dia. Antara salah satu strateginya ialah rebranding. Jadi syarikat Prestaring nak tukar namanya atau brand baru untuk target audience yang baru.

Selain itu, antara sebab pertukaran ini adalah kerana ia nak expand perniagaannya.

Kelebihan Pertukaran Nama

Untuk sesebuah syarikat yang menukar nama atau rebranding pastinya ada kelebihan yang dia akan dapat. Antaranya ialah jika syarikat itu mengalami kerugian maka syarikat ini boleh bangkit semula melalui penukaran ini.

Disamping itu, pertukaran ini juga dilihat dari sudut pertukaran management ataupun hala tuju AWANTEC untuk dia revise dan selamatkan syarikat dia tersebut.

Ini memberikan satu peluang kepada pelabur-pelabur yang suka nak melabur dalam syarikat yang cuba nak bangun semula daripada kerugian ni.

Untuk lebih detail..jom tengok macam mana prestasi saham AWANTEC ni.

AWANTEC
Kredit Gambar: MalaysiaStock.Biz

Berdasarkan chart di atas, dapat kita lihat bahawa saham AWANTEC sekarang sedang uptrend sejak dari bulan Oktober yang lalu.

Selain itu, pada bulan November juga banyak berlaku shareholding changes dalam kaunter ini. Dan…untuk latest quater report pada 26 Nov menunjukkan ia mula mengurangkan kerugiannya. Jadi ini menunjukkan kemungkinan ada potensi untuk keuntungan yang baru.

Kesimpulan

Kesimpulannya, news seperti ini sangat penting untuk anda ambil tahu dan cakna agar apabila berlaku sebarang perubahan sama ada pada nama, management, atau saham syarikat itu sendiri anda dapat membuat kajian dengan lebih awal.

Selain itu, penukaran nama ini jelas menunjukkan tanda-tanda positif kepada syarikat tersebut dan juga industri teknologi.

_______________________________________________________________________

Moga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts