pound-dolar-new-zealand-catat-kadar-pertukaran-terburuk-kerana-tiada-kesepakatan-brexit
|

Pound-Dolar New Zealand Catat Kadar Pertukaran Terburuk

Pound-Dolar New Zealand Catat Kadar Pertukaran Terburuk Kerana Tiada Kesepakatan Brexit

Pound-Dolar New Zealand catat kadar pertukaran terburuk dengan jangkaan Brexit tiada perjanjian di bawah pimpinan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. Boris Johnson memberitahu perjanjian pengeluaran Brexit sedia ada tidak dipersetujui tetapi menegaskan akan terdapat susunan baharu.

Ahli Parlimen menentang Brexit, namun kemungkinan Johnson cuba mendesak parlimen untuk memaksa Brexit menjelang akhir Oktober, atau pilihan raya baru yang mungkin sebagai referendum kedua.

Perkara tersebut membawa Dolar New Zealand bertambah pada paras tertinggi berbanding pound Britain dengan NZD1.83.

Pound Britain dilihat jatuh berbanding kebanyakan mata wang. Baru-baru ini turun 1.3% dengan US pada USD1.22.

Para pelabur melihat ianya peluang yang besar untuk Britain meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa kesepakatan.

Bagaimana Perubahan Kadar Pertukaran Mata Wang dalamĀ  Negara itu diukur?

Setiap pergerakan atau perubahan kadar pertukaran mata wang akan menjejaskan nilainya disebabkan oleh jumlah aliran masuk tunai (cash inflow) yang diterima daripada mengeksport produk atau perkhidmatan. Manakala aliran keluar tunai (cash outflow) pula diperlukan untuk membayar import ke atas sesuatu produk.

Kadar pertukaran (exchange rate) merujuk kepada nilai sesuatu mata wang dalam unit mata wang yang lain.

Apabila ekonomi berubah, kadar pertukaran boleh berubah dengan ketara.

Jika berlaku penurunan dalam nilai mata wang dikenali sebagai susut nilai (depreciation).

Contohnya apabila Pound Sterling menyusut berbanding Dolar NZ, New Zealand.

Ini bermakna Dolar NZ kukuh berbanding Sterling. Pengukuhan nilai mata wang ini dikenali sebagai appreciation.

Faktor-Faktor yang mempengaruhi Kadar Pertukaran:

Faktor-faktor yang menyumbang kepada pertukaran mata wang (Exchange rate) akan dibincangkan dan akan diaplikasikan setiap faktor ini dengan ‘supply and demand curve’.

  • Kadar Inflasi:

Perubahan kadar inflasi boleh mempengaruhi aktiviti perdagangan antarabangsa di mana memberi kesan kepada mata wang supply dan demand. Oleh itu menjejaskan kadar pertukaran.

Contohnya, jika inflasi New Zealand, NZ tiba-tiba meningkat secara mendadak sementara inflasi Britain kekal sama.

Peningkatan Inflasi New Zealand menyebabkan beberapa pengguna New Zealand membeli lebih banyak produk Britain berbanding produk New Zealand sendiri.

Dalam pertukaran mata wang, terdapat kenaikan permintaan mata wang Dollar NZ untuk barangan Britain, iaitu mewakili peningkatan untuk Pound Sterling (daripada D ke D2).

Di samping itu, kesan inflasi New Zealand yang tinggi mengurangkan keinginan pengguna Britain terhadap barangan New Zealand.

Dengan itu, ianya mengurangkan bekalan (supply) Pound dijual pada kadar pertukaran tertentu (daripada S ke S2).

Peningkatan permintaan New Zealand untuk Pound dan penurunan bekalan Pound menyebabkan tekanan ke atas nilai Pound, daripada $1.55 kepada $1.57.

Manakala jika Inflasi Britain meningkat pula, kesan yang berlaku ini akan bertentangan.

Perubahan dalam kadar faedah mempengaruhi pelaburan di mana melibatkan kepada permintaan dan bekalan mata wang. Oleh yang demikian memberi kesan kepada kadar pertukaran.

Contohnya, kadar faedah New Zealand dan Britain sama pada mulanya. Kemudian, kadar faedah New Zealand meningkat manakala kadar Britain tetap sama.

Pelabur New Zealand akan mengurangkan permintaan terhadap Pound kerana harga Dolar NZ kini lebih menarik berbanding harga Pound, Britain.

Oleh itu, bekalan (supply) Pound daripada pelabur Britain meningkat kerana mahu melabur lebih banyak deposit pada bank New Zealand.

Bagi menggambarkan situasi ini, permintaan Pound berkurang (daripada D ke D2) manakala bekalan pound meningkat (daripada S ke S2).

Ini menyebabkan keseimbangan kadar pertukaran Pound, Britain menjadi susut (depreciate) daripada $1.55 kepada $1.50.

Faktor ketiga yang mempengaruhi kadar pertukaran adalah tahap pendapatan negara kerana pendapatan boleh menjejaskan permintaan jumlah import. Ia juga boleh mempengaruhi kadar pertukaran.

Contohnya, sekiranya pendapatan New Zealand meningkat dengan ketara sementara tahap pendapatan Britain kekal tidak berubah.

Pertama, permintaan Pound akan terus meningkat (daripada D ke D2) kerana kenaikan pendapatan New Zealand merancakkan aktiviti mengimport barangan British ke New Zealand dan peningkatan bagi barang/produk Britain.

Kedua, bekalan Pounds dijangka tidak berubah (S). Oleh itu, kadar pertukaran keseimbangan Pound, Britain akan meningkat.

Similar Posts