POS Jatuh 11.25% Dalam Masa Dua Hari Disebabkan Untung Merosot 86%
Keuntungan POS Malaysia Merosot 86%
1. Saham POS telah pun jatuh sebanyak 11.25% selepas mengumumkan keuntungan untuk kuarter pertama tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2018 susut kepada rm4.98juta.
2. Sebelum ini dibandingkan dengan suku tahun yang sama pada tahun kewangan sebelumnya, keuntungan POS adalah RM35.92 juta.
3. Keuntungan merosot adalah sebanyak 86%
4. Kenanga Research mengaitkan untung berkurang itu dengan prestasi keseluruhan segmen bisnes POS yang semakin merosot.
Sumber : The Star Online
Keuntungan Merosot Disebabkan Bilangan Hari Cuti Yang Banyak
1. Pendapatan merosot disebabkan jumlah ‘business days’ yang sedikit, antaranya disebabkan oleh pilihanraya umum dan juga Hari Raya Aidilfitri.
2. Pengurusan sentiasa cuba untuk mendapatkan harga terbaik daripada pelanggan besar seperti Lazada bagi meningkatkan margin keuntungan.
3. Peningkatan kapasiti IPC dijangka dapat memperbaiki ‘operating efficiency’ dan juga margin keuntungan.
4. IPC adalah Integrated Parcel Centre. IPC 1 sudah disiapkan di Shah Alam pada Julai 2018.
5. IPC 2 (hampir dengan KLIA) dijangka siap pada Mei 2019.
6. Kedua-dua IPC ini dapat menyumbang kepada kapasiti menyusun parcel sebanyak 500k sehari.
7. Kos dari sudut staf akan dapat dikurangkan. Pada waktu ini, kos untuk staf adalah 55% daripada jumlah keseluruhan jualan (sales).
Sumber : Hong Leong Investment Bank Research
Prestasi Keuntungan Setiap Suku Tahun
Sumber : MalaysiaStockBiz
Analisa Teknikal Untuk Kaunter Pos
Di atas kita boleh nampak bahawa peratusan kejatuhan adalah sekitar 11%.
Namun ia masih belum membentuk paras yang lebih rendah berbanding 6 bulan lepas.
Paras harga yang perlu diperhatikan adalah pada rm3.40 dan juga rm3.20, berpotensi menjadi support untuk menahan tekanan jualan.
5