Popular Candlestick Pattern & Cara Mencari Pattern Guna Tradingview
Assalamualaikum dan Hai. Apa khabar anda semua? Moga sentiasa sihat sejahtera. Artikel kali ini saya akan share dengan anda semua berkaitan popular candlestick pattern di tradingview
Korang boleh baca artikel berkaitan asas candlestick terlebih dahulu untuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai candlestick
Sebelum nie Mahersaham pernah share artikel berkaitan asas pembentukan candlestick dan jenis-jenis bullish candlestick untuk pengetahuan asas anda mengenai candlestick
Kalau dah belajar mengenai asas candlestick jom kita belajar mengenai popular candlestick pattern di tradingview
Sebelum kita pergi dekat tradingview, kita recap balik jenis-jenis bullish candlestick
Untuk artikel ni kita akan fokuskan kepada bullish candlestick
Jenis-jenis Candlestick
- Bullish Engulfing
Untuk candlestick yang pertama adalah Bullish Engulfing

Bullish Engulfing adalah apabila berlaku downtrend, kemudian anda jumpa satu candle yang besar yang memakan candle sebelumnya.
Maksudnya candle hijau memakan candle merah.
Ini menunjukkan bahawa market nak berubah arah daripada downtrend nak naik menjadi uptrend dan ia kan berlaku reversal
2. Morning Star

Yang kedua pula ialah Morning Star.
Keadaannya sama juga dengan bullish engulfing. Jika sebelum nie berlaku downtrend maka ia akan menjadi uptrend.
Apabila anda jumpa 3 candle seperti dalam gambar di atas maksudnya kemudian dia akan reverse naik ke atas menjadi uptrend.
3. Bullish Harami

Untuk candle yang ketiga adalah bullish harami.
Apa maksud harami nie?
Maksud harami dalam bahasa Jepun adalah pregnant woman
Kalau korang lihat candlestick tu pun ia berbentuk badan dan perut yang agak sedikit ke depan.
Untuk harami nie pun sama je, apabila dia downtrend dan korang jumpa 2 jenis candlestick seperti di atas maka ia akan berubah membentuk uptrend.
4. Hammer
Untuk yang last sekali adalah candlestick hammer.
Candlestick hammer nie paling famous sebab dia paling senang nak jumpa.
Apabila dia tengah downtrend dan korang jumpa satu candlestick yang berbentuk seperti hammer/penukul maka ia akan berubah menjadi uptrend

Cara Mencari Candlestick di Tradingview
Okey kita dah habis untuk stage yang pertama.
Seperti yang korang tahu, terlalu banyak kaunter yang berada dalam Bursa Malaysia ni.
Jadi agak sukar untuk korang yang dah belajar candlestcik pattern ni untuk cari candlestick tersebut dalam satu-satu kaunter yang terdapat di Bursa Malaysia.
Jom saya bantu untuk memudahkan anda cari kaunter mana yang menunjukkan signal candlestick-candlestick tersebut
Pertama sekali buka tradingview anda.
Kemudian pergi dekat bahagian hujung bawah sebelah kiri. Klik penyaring saham seperti yang saya tunjuk dalam gambar di bawah.

Ok lepas korang klik penyaring saham dia akan keluar seperti gambar di bawah.

Persoalannya, macam mana nak cari kaunter apa yang ada signal bullish engulfing?
Okey klik pada penapis/filter

Selepas korang klik pada penapis ia akan keluar seperti gambar di atas.
Search corak dekat penapis carian dan anda boleh select bullish engulfing atau pattern lain yang korang nak buat kajian.

Lepas korang dah select candle bullish engulfing dia akan keluar nama syarikat/kaunter yang mempunyai signal bullish engulfing.
Macam yang korang dapat lihat, syarikat KPJ dan BPLAI untuk hari nie mempunyai candlestick bullish engulfing.

Gambar di atas berlakunya bullish engulfing.
Candle merah pertama dan yang kedua candle hijau yang memakan candle sebelumnya.
Memakan tu maksudnya body dia atas close dan open lebih besar daripada close dan open candle sebelum ni
Namun, untuk candle bullish engulfing tu lebih significant dan kuat ia haruslah get down terlebih dahulu di mana open lebih di bawah dan close lebih di atas.
Shortcut

Untuk memudahkan kerja anda, anda boleh klik dekat ruangan sebelah penapis tu dah cari untuk simpan saringan sebagai
Dekat sini korang boleh simpan untuk candlestick yang korang berminat untuk buat kajian sebagai contoh candlestick hammer.
Jadi lepas ni korang dah tak payah search candle hammer. Korang cuma perlu klik simpan saringan sebagai hammer
Dan ia pun akan keluar kaunter/syarikat yang mempunyai signal candle hammer
Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Kesimpulan
Kesimpulannya kaedah ini akan memudahkan anda untuk mencari kaunter/syarikat mana yang ada candlestick yang anda nak kaji.
Anda tidak perlu untuk lihat satu-satu kaunter untuk cari candlestick tersebut.
Jom lihat video Youtube Mahersaham di bawah kalau anda nak kefahaman yang lebih mendalam mengenai tajuk popular candlestick pattern ini.
Moga artikel kali nie bermanfaat untuk anda semua.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.