Isu-Politik-Malaysia-Tidak-Berkesudahan
|

Politik Malaysia Tiada Kesudahan

Isu Politik Malaysia Tidak Berkesudahan

Isu politik Malaysia tiada kesudahan dengan pelbagai masalah berbangkit.

Perkara ini dilihat semakin rancak selepas Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 yang lalu.

Ini merupakan sejarah buat Malaysia apabila kali pertama BN tewas sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Dengan pembentukan kerajaan baru ini banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan semula bagi mengimbangi kestabilan ekonomi negara.

Ini termasuklah masalah hutang negara yang terus meningkat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengumumkan hutang negara kini sudah mencecah lebih RM 1 Trillion.

Nisbah Kecekapan

Kajian secara terperinci berkaitan isu ini, terdapat 2 aspek yang perlu dtitikberatkan.

Iaitu dari segi jumlah hutang dan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangkakan lebih perlahan pada tahun 2019.

Kemajuan sesebuah negara bukan dilihat pada besarnya hutang yang ditanggung, tetapi sewajarnya diukur dari jumlah pengeluaran kasar (KDNK) terhadap jumlah bebanan hutang tersebut.

Secara ringkasnya, terdapat beberapa nisbah kewangan boleh diguna pakai bagi tujuan menganalisa seberapa cekap sesebuah negara itu menggunakan liabiliti untuk menjana perolehan.

Nisbah-nisbah ini boleh digunakan bagi mengesan prestasi negara.

Maka wajarlah jika kita melihat hutang bagi sesebuah negara itu melambung dengan hasil pengeluarannya juga setanding dengan jumlah hutang yang ditanggung.

Sebagai contoh, nisbah hutang terhadap KDNK Jepun merupakan yang tertinggi dunia. Namun, Jepun tidak diisytihar bankrap sama sekali.

Hal ini kerana semua sedia maklum bahawa Jepun merupakan negara pesat membangun setaraf negara maju di dunia.

Cadangan dan Idea

Sesetengah pihak mencadangkan agar Malaysia merancakkan ekonomi dengan sektor eksport bagi menangani hutang negara ini.

Melalui eksport, pertukaran mata wang asing akan dapat membantu menggalakkan pertumbuhan pendapatan negara.

Di samping itu, rakyat Malaysia juga harus mencontohi semangat cinta akan negara seperti yang ditunjukkan oleh rakyat Turki.

Nilai perpaduan rakyat Turki digambarkan dengan semangat saling bersatu padu walaupun terpaksa mengharungi sejarah hitam politik negara Turki

Kesimpulan

Secara keseluruhanya, diharapkan lawatan Tun Mahathir ke Turki bermula 23 Julai 2019 akan memberikan suatu impak positif kepada negara.

Lawatan tersebut akan membincangkan isu-isu yang berkait rapat dengan antarabangsa, perdagangan dan pertahanan.

Dalam masa yang sama mampu meningkatkan hubungan dua hala demi mencapai hasrat murni negara.

Similar Posts