Platform i-Invest KWSP boleh labur Unit Trust sendiri
Platform i-Invest melalui portal i-Akaun KWSP
Sistem baharu platform i-Invest diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membolehkan ahli kwsp kini melabur dalam unit trust.
Platform ini menyediakan perkhidmatan layan diri dalam portal i-Akaun. Ahli kwsp hanya perlu login ke portal i-Akaun KWSP.
Pilihan 389 dana Unit Trust
Kemudian ahli boleh pilih sebanyak 389 dana dari pelbagai kategori seperti equity, mixed assets, bond, money market dan property trust.
Kesemua dana ini diluluskan di bawah Skim pelaburan Ahli KWSP. Jadi anda tidak perlu bimbang.
Kemudahan Platform i-Invest
Selain itu, platform i-Invest sangat flexible.
Ahli-ahlinya dapat membandingkan setiap dana yang ditawarkan oleh institusi pengurus dana pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Ia membolehkan ahli memantau, menguruskan dana pelaburan, mengetahui prestasi maklumat dan status dana hanya melalui i-Akaun sahaja.
Jika sebelum ini, dalam ketidakstabilan ekonomi menyebabkan ramai pelabur unit trust gelisah apabila prestasi dana mereka jatuh dan tidak menentu.
Tetapi, kini pelabur dan penasihat pelaburan tidak perlu pening kepala memikirkan hal berkenaan.
Pelabur berpeluang membuat analisa sendiri dan membuat keputusan sendiri jika mahu menjual atau beralih ke dana yang lebih baik prestasinya.
Situasi ini samalah dengan situasi bagi pelabur saham sekalipun.
Perlu ada ilmu untuk kaji prestasi turun naik saham mereka. Kemudian buat keputusan dan trading plan untuk uruskan dana supaya mendapat keuntungan.
Jadi tak rugi pun kalau anda peruntukkan masa dan tenaga untuk belajar saham disamping tahu menguruskan dana unit trust sendiri juga.
Pengurangan caj dan kos
Disamping itu, jika melabur melalui ejen caj jualan/perkhidmatan yang akan dikenakan adalah sekitar 6%.
Namun, kemudahan pelaburan i-Invest menetapkan caj jualan boleh dikatakan percuma dan lebih rendah.
KWSP menguatkuasakan had maksima adalah 0.5% berbanding 3% jika transaksi offline melalui ejen.
Kemudahan lain-lain
Malah ahli juga boleh memindahkan sehingga 30% daripada jumlah simpanan dari Akaun 1 untuk dilaburkan dalam dana-dana yang berpotensi.
Ahli-ahli boleh membuka akaun untuk melabur dalam unit trust dengan mana-mana institusi pengurusan dana melalui kemudahan sistem baharu ini.
Ketua pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias percaya bahawa KWSP akan menjadi dana pencen pertama di dunia yang menghubungkan dana persaraan anggota dengan perkhidmatan pelaburan dalam talian.
Kesimpulan
Oleh itu, ahli-ahli KWSP kini boleh melabur sendiri dalam Unit Trust tanpa melalui ejen lagi.
Tambahan pula, banyak caj atau kos dapat dikurangkan dengan kemudahan sistem baharu ini.
Maka, buatlah perancangan pelaburan yang tepat demi masa depan yang cerah.