Pine script: Melihat Timeframe Berbeza di TradingView
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Haiiiii, korang apa khabar? sihat?
Semoga kekal sihat sentiasa bersama keluarga.
Hari ini saya akan terangkan mengenai Pine script: Melihat Timeframe Berbeza di TradingView.
Artikel yang perlu di baca:
Apa itu Timeframe?
Timeframe (kerangka waktu / tempoh masa) merujuk kepada tempoh masa dalam saat, minit, jam, harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan.
Di mana sepanjang tempoh masa ini berlaku aktiviti iaitu pergerakan harga saham dalam pasaran bursa.
Pergerakan harga sudah semestinya sama ada naik atau pun turun.
Jadi hari ini kita akan belajar bagaimana untuk menggunakan pine script melihat timeframe yang berbeza.
Pinescript dalam Tradingview
Macam biasa langkah yang pertama adalah korang access dalam tradingview.
Lepas dah login korang klik pine editor.
Tak tahu kat mana?
rujuk gambar di bawah ini.

Bila klik, akan ada ruangan untuk korang taip script.
Bagi yang baru dengan pine script jangan risau kalau korang tak tahu nak taip apa.
Kami akan berikan script tersebut.
Teruskan scroll sehingga penghujung artikel.
Apa yang korang kena taip pertama sekali adalah tajuk yang korang nak belajar.
Contoh sekarang korang nak belajar mengenai timeframe yang berbeza, jadi tulis yang itu dahulu.

Seterusnya, kita akan taip script untuk indicator terlibat (boleh guna apa-apa indicator yang anda suka).
Kali ini kita akan menggunakan indicator MACD.
Cumanya kita akan guna kriteria MACD fast dan MACD slow sahaja.
Korang taip yang ni pulak.

Itu adalah script untuk MACD.
Kemudian kita akan taip script berdasarkan time frame yang kita nak.
Tak kisahlah nak seminit, 2 minit atau sejam dua.
Terpulang kepada anda.
Ikut kajian yang anda minat.
Jadi nak taip apa ni?
Korang rujuk gambar di bawah.

Macam mana nak tahu kita guna timeframe berapa ?
Korang nampak tak baris pertama yang bertulis defval=”10″
Hahhhhh, kat situ lah korang ubah kalau nak guna timeframe yang berbeza.
10 merujuk kepada 10 minit.
Kalau sejam korang taip defval=”60″
kenapa 60?
Sebab sejam ada 60 minit.
Kalau nak guna timeframe satu hari korang taip sahaja defval=”D”.
Merujuk kepada sehari (Day).
Korang tak perlu tukar kepada minit pulak (24 jam x 60 minit=1440)
Sama jugak dengan mingguan (weekly).
Korang hanya perlu taip defval=”W” dan defval=”M” untuk timeframe bulanan(monthly).
Pastikan bila korang nak gunakan timeframe, korang menggunakan huruf besar bagi huruf D, W, dan M bagi daily (D), weekly (W) dan monthly (M).
Kalau tak, nanti tak valid.
Lepas dah taip semua tu, pastikan korang save.
Dah siap…
Korang okay tak tu?
Macam biasa, jangan risau kalau belum jelas lagi dengan pine script.
Team Mahersaham ada menyediakan video untuk korang.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.
Semoga bermanfaat!
Kalau korang newbie dalam saham dan betul-betul berminat mendalami ilmu saham boleh subscribe Mahersaham starterpack.
Mahersaham Starterpack adalah penyelesaian terbaik untuk anda terus ‘familiar’ akan selok belok pasaran saham di Bursa Malaysia.
Ia sesuai untuk yang dari zero dan ingin mula trade di BURSA MALAYSIA sebelum ke ADVANCE ANALYSIS.