PETRONM Dikatakan Menguntungkan Anak Tun Dr. Mahathir
Saham PETRONM Naik Selepas Berita Dapat Kontrak Kerajaan
- Petron (nama kaunter saham : PETRONM) dilantik pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan.
- Sumber di Kementerian Kewangan mengesahkan pelantikan
- PETRONM dikaitkan dengan Tan Sri Mirzan Mahathir, kerana beliau merupakan ahli ‘Board of Directors’ bagi syarikat Petron Corporation Filipina, syarikat induk bagi PETRONM.
Sumber : Free Malaysia Today
PETRONM Bukan Satu-satunya Pembekal Minyak
- Menteri Kewangan menafikan PETRON adalah satu-satunya pembekal untuk minyak kepada kenderaan kerajaan.
- Kenyataan itu dibuat selepas heboh di media sosial tentang tuduhan salah guna kuasa dan mengamalkan sistem kroni.
- Petronas dan Shell sudah pun membekal minyak sejak tahun 1997, dan akan tetap diteruskan.
- Pemberian kontrak kepada PETRON dapat menggalakkan persaingan sihat antara pembekal.
Sumber : Malay Mail
Dipacu Oleh Perkembangan Secara Organik (Organic Growth)
- Laporan RHB bertarikh 30 Ogos 2018 ini adalah berdasarkan pengumuman laporan kewangan untuk suku tahun 2Q18 yang diumumkan pada 28 Ogos 2018, dan dikatakan memenuhi jangkaan.
- RHB tetap meletakkan saham ini sebagai BUY, TP rm10.70 manakala harga semasa laporan dikeluarkan adalah RM8.02
- Target adalah menggunakan PE Ratio 11x daripada FY18F di mana FY18 adalah tahun kewangan untuk tahun 2018 dan F merujuk kepada ‘forecast’ atau jangkaan.
- Keuntungan kasar 2Q18 meningkat 132%, jualan meningkat 7.1% YoY (bandingan dengan tahun sebelumnya).
- Penyumbang kepada keuntungan adalah jualan meningkat, beban kadar faedah yang rendah. Namun demikian, keuntungan sedikit terjejas disebabkan produk bermargin keuntungan rendah iaitu crude price-driven naphta
- PETRONM berada dalam sector Energy & Petrochemicals atau kelompok yang lebih besar iaitu Energy.
- Margin keuntungan untuk ‘refining’ dijangka akan kekal sedikit/kecil memandangkan peningkatan harga minyak, yang mana merupakan bahan mentah untuk proses refinery.
- Risiko kepada BUY recommendation RHB adalah perubahan margin keuntungan pada produk/ perubahan produk serta perubahan dasar subsidi minyak oleh kerajaan.
Sumber : RHB Research
PETRONM Share Price
- Saham PETRONM masih lagi dalam keadaan sideways.
- Kemasukan volume memberikan momentum untuk percubaan mengubah trend. Downtrend sudah pun berakhir pada ketika ini – menunggu hala tuju seterusnya.
- Boleh cuba untuk short term, tetapi sangat berisiko.
- Risk Reward Ratio yang tidak sesuai untuk trading plan yang strategik – 0.68 sahaja, berbanding ideal adalah 1.5 ke atas.
1
5