Personal FB Maher Alias #1 : Remisier

Intro

Walaupun saya seorang remisier tapi sebenarnya saya suka menulis. Dan dalam masa yang sama ada banyak cerita nak dikongsikan, idea, pandangan dan progres berkaitan Mahersaham.

Namun saya tak dapat nak peruntukkan satu post yang panjang terus untuk artikel.

Jadi saya nampak, mungkin dengan saya update sedikit demi sedikit di Facebook Personal saya, Maher Alias semua post saya minggu itu yang berkaitan saya akan ‘compile’ kan dan letak di website ini.


13 Ogos
Manusia

Fokus pada manusia, interaction dengan manusia.
Sebab manusia masih lagi manusia sampai kiamat.

Kita tak mengharapkan teknologi untuk mengambil alih tugas manusia sepenuhnya, tapi untuk meningkatkan taraf hidup, level kebolehan manusia ke tahap yang lebih tinggi.

To be the best that we can be.

https://www.facebook.com/hishamguru/videos/1755127941190541/

Market

Seperti biasa, kita buka laptop pagi-pagi dan kita cuba mencari peluang untuk entry dalam mana-mana kaunter saham.

Salah seorang team mate mencadangkan EDARAN. Masa tu harga 47sen.

Tapi banyak kaunter saham rugi berbanding untung.
EDARAN berpotensi, tapi kita masih menunggu signal yang lebih kuat.
Dan kita memang terlepas entry.

Tak letak alert. Bukan rezeki kita.
Tuptap harga 71sen setengah masa closing. Lebih kurang 50% kenaikan.

saham edaran


Fokus

Ditanya tentang pelaburan saham dan pelaburan hartanah.
Yang mana lebih menguntungkan dan patut kita pilih?

Saya tak tahu. Masing-masing dengan teknik masing-masing. Be open. Flexible.

Apabila nampak teknik yang menjadi, data cukup, fokus dan tumpukan kekuatan, usaha dan modal dekat teknik yang menjadi tersebut.

Sebab mungkin peluang atau ‘special moment’ tersebut datang hanya sekali.


Unseen

Intern suarakan pemerhatian, tanya kita ni memang lebih ke arah teknologi yang boleh mantapkan bisnes ke?Hmm.


Seorang lagi team mate menyuarakan perkara sama, pada awalnya tak menyangka Mahersaham ada sisi teknikal yang tak disangka-sangka.

Front end. Back end. Dua perspektif yang berbeza.

Takpe, slow-slow. Certain skill yang kita develop hari ini insyaallah akan berguna pada masa akan datang.

14 Ogos
Anak

Anak itu anugerah, juga boleh jadi satu pelaburan untuk masa hadapan.
Masa yang kita peruntukkan, perhatian dan didikan, memang tak nampak hasilnya sekarang. \

Seperti mana pelaburan lain, ia memerlukan keyakinan dan percaya untuk masa depan.

Hari ini terbaca cerita anak dikelar oleh ayahnya. Memang sayu….

 

Market Cantik

Time market cun, sembang kaunter semua pun boleh terbang.
Yang sayunya semalam kita pergi jual position sebab emosi.

Mengandaikan yang hari ini akan jatuh lagi.

Tapi lebih 60% kaunter saham kita cadangkan kat dalam group premium pagi ini pulak yang naik meletup.

Nasib badan……

 

15 Ogos
Kegagalan

Tak sempat nak menghadam berita kegagalan malam semalam. Pagi ini kita baca balik emel yang tertulis

“Kami kesal untuk memberitahu anda tidak lulus exam….”

Mereka yang kesal atau saya yang kesal?

Sayalah yang patut kesal kerana mungkin tidak belajar bersungguh-sungguh.

Perhatian untuk awal tahun ini banyak dihabiskan dengan belajar programming excel VBA, kemudian Python – semuanya dalam usaha untuk mencari ‘Holy Grail’ – teknik pasti untung dalam saham.

Sudahnya teknik pasti untung masih tak kelihatan.

“Kegagalan adalah peluang untuk mencuba lagi, dengan lebih bijak”
-seorang tokoh

“Jatuh 7 kali, bangun 8 kali”
– peribahasa dunia

Jangan mudah mengalah, nanti kita cuba lagi.

Tapi, sekarang ini terjebak pula dalam mempelajari digital marketing dengan lebih dalam… ugh

 

Website

Dalam bahasa Melayu dipanggil laman sesawang. Sarang labah-labah.
Seolah-olah memberitahu, sesiapa yang melawat website pasti akan terperangkap.

Pelawat website adalah mangsa, manakala pembuat website adalah pemangsa.
Zaman sekarang, jangan sebarang lawat website, nanti akan terperangkap.

 

Pemangsa

Namun keadaan tak semestinya perlu jadi hubungan mangsa-pemangsa. Penjual servis atau produk boleh memilih untuk tidak jadi ‘scammer’. 

Tugas mereka adalah hasilkan produk/servis dengan jujur, yang boleh membantu orang lain.

Letakkan harga mengikut strategi mereka sendiri, yang kemudiannya perlu beradaptasi dengan pasaran yang dinamik.

Demand and supply akan membantu ‘price discovery’ yang optimum atau paling efisyen.

Kesimpulannya, kita boleh memilih – sama ada menjadi pemangsa, atau menjadi sebahagian daripada usaha meningkatkan taraf kehidupan komuniti kepada peringkat yang lebih tinggi.

 

18 Ogos
Kesulitan

Gambar yang saya sertakan adalah sebahagian dari luahan rasa seorang ibu dalam group Taska.


Kesulitan untuk minta cuti, bukanlah satu benda yang kecil.

Ada kawan cerita kepada saya tentang seorang doktor perempuan yang sudah berkeluarga, ada anak kecil. Namun anak kecil itu selalu jatuh sakit.

Budak kecil kalau bawah satu tahun, mudah betul batuk, selsema atau demam, lagi-lagi yang diletakkan di taska.

Tugasan seorang doktor, lagi-lagi yang terikat dengan oncall, mungkin ditempatkan di hospital daerah atau hospital ‘tertiary’, memang sibuk.
Tak cukup tenaga kerja, nak minta cuti pun susah.

Jadi untuk kes doktor perempuan ni, suami dia yang selalu terpaksa minta cuti.

Satu hari tu, stres betul agaknya, suami dia siap ugut nak campak anak luar tingkap apartment kalau doktor perempuan ni tak mintak cuti untuk jaga anak.

Begitulah tahap kesulitan yang boleh dihadapi.

‘Salute’ dekat ibu bapa yang tinggal seorang untuk jaga anak kecil, kadang-kadang lebih dari seorang anak.

Berhenti

Biarpun tak nampak yang anak kecil memang mudah jatuh sakit, cuti susah nak apply dan sebagainya.

Sedikit sebanyak niat untuk tinggal bersama dan menjaga anak di Melaka menjadi sebahagian faktor keputusan saya untuk berhenti doktor.

Setahun jadi MO (medical officer) di Klinik Kesihatan Sarikei, Sarawak. Nak minta tukar katanya kena tunggu dua tahun dulu.

Wife dah nak bersalin dah ni. Setahun ke dua tahun ke, besar bezanya tu untuk perkembangan seorang budak dari awal kelahiran.

Mungkin boleh kita minta penempatan wife selepas housemanship, ditukarkan dari Melaka ke Sarikei juga, tapi jauh di sudut hati memulakan kehidupan berkeluarga di Sarawak dalam masa yang sama keluarga terdekat tinggal di Semenanjung agak tidak selesa.

Lagipun saya tak berbakat untuk ‘further study’ dalam bidang perubatan ni. Juga walaupun Sarawak ni memang menarik, tenang, orangnya peramah, tapi, itulah dari kecil duduk semenanjung.

Manusia kan sukar terima perubahan.

Remisier

Saya berhenti bulan 9 2016, untuk jadi remisier saham.
Kenapa remisier saham?

Sebab saya hadiri sesi penerangan proses untuk jadi remisier yang dibuat oleh sifu Dzulhilman Sulaiman. Dalam sesi itu, dia beritahu jadi remisier boleh dapat gaji Rm50k sebulan. Huhu.

Dapat atau tidak, itu kita cerita lain kali.
Cuma baru-baru ni, ada seorang remisier, yang sudah agak berumur, kita panggil remisier senior.

Dia cakap kat saya,
“So how’s life jadi remisier? Wrong timing la you enter jadi remisier. Nak-nak pulak market tengah teruk ni”.

Dia cakap dengan nada berseloroh la tapi.

Hmmm….
Anda dengar cerita ini, anda rasa macam mana?
Boleh kaya ke tak jadi remisier ni?
Atau takpelah tak kaya pun, banyak masa kan nak buat urusan sendiri atau urusan keluarga?

Generasi

Generasi berbeza, pandangan mungkin berbeza.
Rata-rata generasi yang sekarang ini berumur 50-70-an pasti pernah melalui krisis ekonomi 1998-1999.

Sebelum itu pasaran saham rancak, semua nak berhenti kerja dan jadi full time stock trader atau pun remisier.
Remisier katanya masa tu, setiap hari boleh beli kereta baru.

Namun ketika market menjunam dengan teruk, banyak yang terjun bangunan.
Jalan mula basah dengan darah.

Ok dramatik sikit. Tapi kes bunuh diri sebab stock market crash memang ada.

Jadi, selepas period itu, orang mula menjauhi stock market.
Wujud ‘generation gap’ untuk kerjaya dalam stock market.

Sekian, tak tahu nak sambung apa.
Tak ada idea.
Ada soalan atau penambahan cerita?


Anda minat nak belajar saham tapi tak tahu nak mula? Nak Join kelas pulak banyak yang mahal-mahal. Jadi ramai yang buat konklusi yang saham ni untuk orang kaya-kaya je.

Padahal banyak je cara nak belajar saham dengan murah bahkan boleh belajar secara PERCUMA!

Sertai kami SEKARANG

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts