PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG POWER ROOT
POWER ROOT, Kopi Tongkat Ali dan Ginseng Nombor 1 di Malaysia
Siapa yang tak kenal jenama POWER ROOT, sebuah jenama minuman tenaga seperti kopi, teh, coklat malt dan minuman herba nombor 1 di Malaysia
Kalau dulu selalu kita tengok di kaca televisyen, POWER ROOT selalu membuat iklan seperti peraduan menang RM 1 juta dan menang motor.
Di kedai mamak, kopitiam atau rumah kopi, kita boleh lihat rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda menikmati secawan kopi setiap hari sebagai permulaan hari mereka.
Antara jenama POWER ROOT yang boleh didapati di pasaran dan menjadi pilihan minuman harian rakyat Malaysia ialah Ali Cafe, Per’l Café, Ah Huat White Coffee, Ah Huat Coco, Alitea, Oligo dan EXTRA POWER ROOT yang menguasai pasaran.
Pasti anda sudah sebati dengan minuman-minuman ini, betulkan?
Syarikat POWER ROOT tersenarai di Bursa Malaysia
POWER ROOT (M) SDN. BHD kini merupakan anak syarikat dimana syarikat tersebut telah tersenarai di Bursa Malaysia iaitu POWER ROOT BERHAD (dahulunya dikenali sebagai Natural Bio Resources Berhad).
POWER ROOT BERHAD (7237) telah disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di bawah sektor ‘Consumer Products & Services”.
Syarikat ini juga merupakan salah satu syarikat yang mendapat status saham patuh syariah di pasaran Bursa Malaysia.
Tahukah anda, POWER ROOT (M) SDN. BHD. diasaskan pada 23 Julai 1999 di Johor Bahru, Johor.
Ia merupakan syarikat terkemuka untuk membangun dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkuat dengan dua herba hutan hujan utama: Eurycoma longifolia Jack atau yang biasa dikenali sebagai “Tongkat Ali” dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau “Kacip Fatimah”.
Herba-herba ini berasal dari Malaysia dan sifat-sifatnya untuk mempromosikan kesejahteraan fizikal adalah sangat dihargai oleh rakyat Malaysia.
Kejayaan POWER ROOT BERHAD di peringkat domestik dan global
Antara jurucakap bagi produk POWER ROOT ialah:
1.Ali Satar
2. Faizal Ismail
3. Rosyam Nor
4. Syafiq Farhain
5. Padin Musa
6. Safee Sali
7. Peter Davis
8. Aniu
Pasukan penyelidikan dan pembangunan POWER ROOT bertungkus lumus untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan suci demi pengguna di bawah persekitaran yang profesional dan klinikal.
Antara Quality Assurance yang berjaya dirangkul oleh syarikat POWER ROOT adalah seperti berikut :
7. Anugerah Kecemerlangan Industri 2019 dari MITI
Yang menarik tentang POWER ROOT adalah produknya bukan sahaja di pasarkan di malaysia malah ke beberapa buah negara yang lain iaitu:
2. Korea
3. Indonesia
4. Singapore
5. China
6. Hongkong
7. Taiwan
8. Japan
9. Thailand
Prestasi Kewangan POWER ROOT Berhad
Pada tahun 2019, Syarikat POWER ROOT merekodkan jualan sebanyak RM338.0 juta iaitu penurunan sebanyak 14.0% daripada jualan pada tahun lepas iaitu RM392.8 juta pada 2018.
Penurunan angka jualan ini disebabkan oleh jualan domestik dan eksport yang lebih rendah.
Tambahan lagi strategi fokus kepada ROI yang memyebabkan pengurangan bagi kos pengiklanan dan promosi.
Walaubagaimanapun, keuntungan selepas ditolak cukai (Profit After Tax; PAT) bagi 2019 meningkat 189.7% iaitu sebanyak RM28.1 juta jika dibandingkan pada 2018 iaitu RM9.7 juta.
Peningkatan PAT (Profit After Tax ) 2019 ini adalah disebabkan oleh penurunan harga inventori, susut nilai hartanah, peralatan dan loji serta pengurangan kos pemasaran.
Pengumuman dividen oleh POWER ROOT BERHAD
Untuk tahun 2019, syarikat ini membuat keputusan untuk mengagihkan total dividen iaitu 8.0 sen per unit bersamaan dengan RM31.5 juta.
Polisi dividen syarikat ini perlu mengekalkan minimum 50% dividen payout ratio.
Berikut merupakan rekod pengagihan dividen bagi tahun 2019:
- 2 Oktober 2018- pengagihan peringkat pertama dividen 1.7 sen bersamaan dengan RM6.7 juta
- 2 Januari 2019- pengagihan peringkat kedua dividen 1.7 sen bersamaan dengan RM6.7 juta
- 25 Februari 2019- pengagihan peringkat ketiga dividen 1.7 sen bersamaan dengan RM6.7 juta
- 27 Mei 2019- pengagihan peringkat keempat dividen 2.9 sen bersamaan dengan RM11.4 juta
Kesimpulan
Pada 2 Januari 2019, harga seunit saham PWROOT ialah RM1.340.
Sekarang kita ambil pada 18 Disember 2019, harga bagi seunit saham PWROOT ialah RM 2.390.
Ini bermakna, dalam masa 12 bulan sahaja kenaikan harga saham PWROOT ialah 78%.
Bagaimana, berminat mahu memiliki saham syarikat terkenal Malaysia seperti PWROOT, Gula Prai, PADINI, AJINOMOTO, DUTCH LADY, BONIA, PADINI, AIR ASIA X dan AEON?
Kalau anda nak tahu, kesemua syarikat ini adalah syarikat yang patuh syariah di Bursa Malaysia.
Sebanyak 728 syarikat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah dan 500 syarikat daripadanya bernilai bawah RM1 seunit.
Jika anda berminat untuk menjadi pemegang saham kepada syarikat-syarikat ini, ayuh buka akaun CDS.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.