gula prai
| | |

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gula Prai

Gula Prai, Gula No. 1 di Malaysia

Siapa yang tidak kenal gula yang cukup popular di Malaysia iaitu Gula Prai.

Gula ini terkenal dengan ‘trademark’  warna hijau pada bungkusannya.

Tahukah anda, dianggarkan 18.6 juta rakyat Malaysia menjadikan Gula Prai sebagai pilihan mereka seterusnya menjadikan Gula Prai sebagai pilihan nombor satu di Malaysia.

Menariknya lagi syarikat Gula Prai ialah salah satu pengeluar gula bertapis tunggal terbesar di Asia.

Syarikat MSM tersenarai di Bursa Malaysia

MSM Malaysia Holdings Berhad ialah syarikat pengilang gula di Malaysia di mana operasi perniagaan tersebut berasaskan proses penapisan gula.

Anak-anak syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad termasuklah MSM Logistics, MSM Prai, MSM Perlis, MSM Sugar Refinery, MSM Trading International dan MSM trading & Distribution.

Syarikat MSM menghasil, mengedar dan menjual produk gula halus.

Produk mereka dipasar dan dijual dalam pelbagai pilihan pembungkusan di bawah jenamanya, Gula Prai.

Produk-produk ini mempunyai tiga gred gula iaitu kasar granulated, granulated halus dan caster.

MSM Malaysia Holdings Berhad (5202) telah disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di bawah sektor ‘Consumer Products & Services’.

MSM juga merupakan salah satu syarikat yang mendapat status saham patuh syariah di pasaran Bursa Malaysia.

FGV pemegang terbesar pegangan saham MSM

Bersumberkan laman web BursaMarketPlace, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) merupakan pemegang saham terbesar MSM Malaysia Holdings iaitu sebanyak 51%.

Berikut merupakan pecahan 5 institusi pegangan saham terbesar dalam MSM:

  1. Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd – 51%
  2. Koperasi Permodalan felda Malaysia Berhad – 15.28%
  3. Permodalan Nasional Berhad (PNB) – 13.59%
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – 6.32%
  5. Urusharta Jamaah Sdn Bhd – 4.98%

MSM Di Peringkat Global

Tahun 2018 ialah tahun yang sukar buat MSM dan industri gula kerana harga gula mentah global menurun untuk pertama kalinya dalam satu dekad kepada US9.91 sen per paun.

Lebih-lebih lagi apabila pengeluaran gula dirancakkan lagi dengan pengeluaran oleh negara Thailand, India dan Kesatuan Eropah (EU).

Perkara ini menjadi lebih teruk lagi apabila pengeluaran gula dari India berlebihan sehingga 35.6 juta tan dan subsidi eksport yang diumumkan oleh kerajaan India iaitu USD 135 per tan.

Dijangka pada tahun 2019, harga gula mentah akan meningkat semula akibat penurunan pengeluaran gula dari Brazil dan Kesatuan Eropah.

Berikut merupakan 5 negara eksport terbesar bagi MSM pada tahun 2018:

  • China – 28,664 tan
  • Korea Selatan – 16, 380 tan
  • Hong Kong – 15, 015 tan
  • New Zealand – 10, 920 tan
  • Bangladesh – 9, 555 tan

Prestasi Kewangan MSM

Faktor terbesar penurunan pendapatan MSM adalah disebabkan oleh gangguan pasaran yang menyebabkan harga purata gula menurun pada tahun 2018.

Akibatnya, pendapatan turun 16% daripada RM2.6 bilion kepada RM2.2 bilion pada tahun 2018.

Terdapat perubahan dalam pengurusan syarikat di mana pendapatan operasi telah meningkat.

Hasilnya, keuntungan operasi pada tahun 2018 meningkat kepada RM94.4 juta dari kerugian sebanyak RM2.4 juta pada tahun 2017.

Pada tahun 2018, EPS bagi MSM ialah 5.07 sen berbanding kerugian sebanyak 5.17 sen pada 2017.

Gula Prai syarikat milikan Bumiputera

Seperti yang dijelaskan sebentar tadi, jelaslah bahawa pemilik utama Syarikat MSM ialah FGV kerana pemilikannya 51% sebagai pemegang saham terbesar.

Maka jelaslah status pemilikan Gula Prai, ianya dimiliki dan diusahakan oleh syarikat muslim bumiputera.

Ayuh ramai-ramai beli Gula Prai sebagai tanda sokongan #BMF.

Bagaimana, berminat mahu memiliki saham syarikat terkenal Malaysia seperti MSM, Padini, AJINOMOTO, DUTCH LADY, BONIA, PADINI,AIRASIA X, AEON dan PARKSON? Kalau anda mahu tahu, kesemua ini adalah syarikat yang patuh syariah di Bursa Malaysia.

Lebih 700 syarikat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah dan 496 syarikat daripadanya bernilai bawah RM1 seunit.


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts