Perkara Wajib Tahu Tentang Share Consolidation
Apa itu Share Consolidation
Share consolidation termasuk salah satu dalam corporate exercise.

Ia merupakan penggabungan saham dan ia adalah salah satu tindakan korporat yang menggabungkan beberapa unit saham kepada satu unit.
Perkara Penting Dalam Share Consolidation
- 1. Bila ex date?
- 2. Berapa conversion ratio?
- 3. Kena tahu berapa amount selepas consolidate?
Untuk faham lebih lanjut, jom kita terus belajar melalui study case.
Study case kali ini adalah syarikat DGB Asia Berhad.

Berdasarkan gambar rajah di atas informasi yang kita dapat ketahui adalah yang pertama mengenai ex date.
Ex date DGB adalah pada 23 November 2020.
Apa makna ex date ni?

Ex date bermakna hari terakhir pengiraan sebelum saham dikenakan corporate exercise. Kes sekarang adalah share consolidation.
Berdasarkan contoh case study ini, ex date adalah pada 23 november 2020.
Jadinya kalau korang membeli saham semasa dan selepas 23 november 2020 maka korang tak dikenakan share consolidation.
Berapa Convertion Ratio?
Kedua korang kena tahu mengenai convertion ratio.
Dalam kes ni ratio (lama:baru) sebanyak 10:1 .
Di mana setiap 10 unit saham akan menjadi 1 unit saham.
Jumlah Saham Setelah Consolidate?
Ketiga adalah antara perkara yang paling penting iaitu kena tahu jumlah amount saham yang korang pegang sebelum berlakunya share consolidation.
Korang yang mempunyai pegangan saham kena alert dengan announcement dalam bursa Malaysia.
Kenapa perkara ini penting? Kenapa perlu tahu jumlah amount saham?
Saya bagi korang contoh untuk lebih faham.
Contoh sebelum 23/11/2020 korang ada 10,000 unit dan selepas berlakunya share consolidation pada 23/11/2020 (hari ex date) jumlah saham menjadi 1000 unit.
Perlu diingatkan bahawa
Unit saham akan berkurangan tetapi harga saham akan meningkat.
Pada waktu ini mungkin ada segelintir daripada pemegang saham tidak perasaan akan berlakunya share consolidation ini.
Kemudian orang tersebut telah menjual saham mengikut jumlah unit asal iaitu 10 000 unit kerana tidak perasan. Apa yang berlaku adalah orang tersebut telah terlebih jual saham.
Tidakkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!
Apa akan Berlaku Jika Terlebih Jual Saham?
Kebanyakkan platform semasa berlakunya share consolidation, jumlah saham dalam portfolio anda masih lagi menunjukkan jumlah saham yang lama iaitu 10 000 unit instead of 1000 unit.
Bagi pengguna Mplus, sistem Mplus sekarang telah auto adjust. Korang tak akan terlebih jual lah. Fuhhhhhh selamat.
Saya terangkan bagi pengguna platform lain yang tidak auto adjust.
Contoh sebelum ex date anda beli 10,000 unit pada harga 0.03 sen bermodalkan RM 300.
Pada ex date iaitu 23/11/2020 unit anda adalah 1000 unit sahaja kerana ratio 10:1.
Tetapi pada ex date dalam portfolio korang masih lagi 10,000 unit.
Sedangkan telah berlaku share consolidation, maka sepatutnya dalam portfolio anda hanya ada 1000 unit saham.
Malangnya sistem belum update.
Anda pula merasakan untung.
Kenapa untung pulak? Kan saya terangkan tadi selepas share consolidation berlaku unit saham berkurangan tetapi harga saham meningkat.
Kat portfolio anda nampak untung RM4000 sebab 10,000 unit x 0.400 sen (harga selepas consolidated) = RM4000.
Memandangkan harga tengah naik, anda pun pergi jual semuanya.
Sedangkan anda hanya ada 1000 unit sahaja.
Dah jadi isu short selling.
Tidakkkkkkkkk!!!!!!!!!
Anda telah jual 10 000 unit maka anda telah short sell sebanyak 9000 unit.
Apa yang berlaku adalah korang telah berhutang dengan broker.
Anda kena beli 9000 unit untuk elakkan berlaku buying in(denda) pada hari tersebut.
Jika tidak beli, bursa akan membuat buying in iaitu dengan harga 10 bid lagi tinggi dari harga terakhir atau harga tutup hari sebelum.
Yang mana lagi tinggi??
Sebab tu sebelum jual saham korang kena tahu berapa kuantiti sebenar saham korang agar tidak berlaku kes short selling.
Untung Atau Rugi?
- Kena tahu sebab apa syarikat itu buat consolidation
2. Dari segi harga saham ia akan nampak lagi mahal.
3. Dari segi market capitalization tidak berubah pun
Semoga bermanfaat!
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Jom tonton video yang kami sediakan
Semoga bermanfaat.