Perkara Wajib Tahu Tentang Right Issue

Apa Itu Right Issue

Right issue merupakan salah satu daripada corporate exercise.

Ia merupakan aktiviti mengumpul modal daripada pemegang saham sedia ada bagi syarikat yang telah tersenarai di pasaran.

Kalau sebelum tersenarai dalam bursa Malaysia, pengumpulan modal adalah melalui IPO. Syarikat dapatkan modal daripada orang awam.

Untuk pengetahuan korang, right issue adalah terbitan saham baru.

Sebagai contoh sebelum ini syarikat ABC mempunyai 1 bilion share. Bila syarikat tersebut membuat right issue, share syarikat tersebut akan bertambah.

Bertambah berapa banyak ? Itu terpulang kepada syarikat tersebut.

Terpulang kepada pemegang saham sama ada mau subscribe atau tidak.

Tetapi sekiranya pemegang saham sedia ada tidak subcribe bermakna peratusan pegangan saham terhadap syarikat tersebut akan semakin rendah.

Bagaimana boleh berlaku sedemikian?

Korang bayangkan,asalnya syarikat ABC mempunyai share saham sebanyak 1 bilion.

Ketika itu, Pegangan saham Puan Taichy sebanyak 50% atau 500 juta saham syarikat.

Namun apabila right issue dibuat oleh syarikat tersebut, jumlah saham bertambah menjadi 3 bilion.

Berapa peratusan pegangan saham Puan Taichy sekarang?

1 bilion saham = 50 %

3 bilion saham = 16.67%

Jadinya kalau Puan Taichy tak nak peratusan saham berkurangan maka dia kena subscribe.

Kenapa Syarikat Laksanakan Right Issue?

Ada beberapa sebab kenapa syarikat laksanakannya, antaranya adalah:

  • 1. Kembangkan bisnes.
  • 2. Menghadapi masalah kewangan.
  • 3. Menstrukturkan semula modal syarikat.

Kebanyakkan syarikat yang laksanakannya adalah disebabkan mereka menghadapi masalah kewangan.

Apa Yang akan Berlaku?

  • 1. Simbol –OR di platform.
  • 2. Harga rights shares biasanya ditawarkan lebih rendah daripada harga pasaran. Boleh bertindak sebagai harga lantai.

Contohnya, harga saham semasa syarikat ABC bernilai RM 1.10. Apabila syarikat ABC buat right issue ni harganya lebih murah, boleh jadi harga 90 sen atau 80 sen.

Kenapa?

Sebab mau ajak dan menarik hati pemegang saham sedia ada.

  • 3. Tiada “dilution” dalam peratus pegangan saham syarikat sekiranya pemegang saham subscribe right issue.
  • 4. Harga saham akan adjusted apabila ex-date, kerana berlaku pertambahan jumlah saham.
  • 5. EPS akan ”diluted” kerana pertambahan jumlah saham. Maka PE ratio jadi tinggi.

Perkara penting Mengenai Right Issue

  • 1. Bila ex date?
  • 2. Berapa conversion ratio?
  • 3. Jual beli rights
  • 4. Acceptance & payment
  • 5. Offer price
  • 6. Listing

Jom kita rujuk case study Green Ocean Corporation Berhad kali ini.

right issue
Kredit gambar: Bursa Malaysia
right issue
right issue
Kredit gambar: Bursa Malaysia

Info apa yang korang boleh dapat daripada gambar di atas?

Sepatutnya korang boleh dapat beberapa info daripada announcement tersebut.

1. Bila ex date?

Apa makna ex date ni?

Bonus Issue

Ex date bermakna hari terakhir pengiraan untuk melayakkan diri untuk dapatkan corporate exercise.

Berdasarkan contoh case study ini, ex date adalah pada 1 Desember 2020.

Jadinya kalau korang membeli saham semasa dan selepas 1 Desember 2020 maka korang tak layak untuk dapat right issue.

Satu perkara yang anda perlu paham, bila seseorang itu layak untuk terima right issue maka dia boleh:

  • 1. Subscribe
  • 2. Tidak subscribe
  • 3. Jual right issue kita sendiri

2. Berapa conversion ratio?

Ratio (baru:lama) = 2:1

Setiap satu saham yang sedia ada akan dapat 2 saham baru. Sekiranya pemegang saham tersebut subscribe la.

3. Jual beli rights

Di atas tadi saya ada mention di mana right issue ini boleh di jual. Tarikh tersebut berdasarkan announcement dalam bursa Malaysia.

Dalam study case kali ini, tempoh untuk jual beli right issue adalah pada 3/12/2020 sehingga 9/12/2020 berdasarkan gambar rajah di atas.

4. Penerimaan & Pembayaran (Acceptance & payment)

Bila seseorang itu bercadang untuk subscribe right issue, maka orang tersebut kena terima dan lakukan pembayaran pada 17/12/2020 (case study kali ini).

Langkah-langkah penerimaan biasanya akan diberitahu oleh registrar.

5. Offer Price

Harga yang ditawarkan oleh syarikat Green Ocean Corporation Berhad untuk right issue adalah RM0.10.

Manakala harga semasa adalah 15.5 sen. Di mana harga yang ditawarkan lagi murah berbanding yang di market.

6. Listing

Pada 4/1/2021 adalah hari listing, maka pada hari ini shares yang baru akan muncul di portfolio masing-masing.

Number of share company pun akan updated, akan bertambah mengikut announcement dalam bursa Malaysia.

Harapnya korang dapat belajar sesuatu dalam artikel kali ini.


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !

Jom tonton video yang kami sediakan.

Semoga bermanfaat!

Similar Posts