Perkara Wajib Tahu Tentang Dividen

Apa itu dividen?

Dividen adalah salah satu daripada corporate exercise.

Walaupun ada sebahagian antara korang baru sahaja mengenali dunia saham ni namun saya percaya istilah dividen ni sangat familiar dengan kehidupan kita.

Perasan atau tidak istilah ini sering diguna pakai dalam masyarkat Malaysia umumnya.

Persoalannya apa itu dividen ?

Dividen merupakan pemberian sebahagian keuntungan syarikat kepada pemilik saham (shareholder) berdasarkan bilangan saham yang dimiliki.

Korang tahu tak, dalam saham ni antara keuntungan yang boleh diperolehi ialah:

  • 1. Capital gain
  • 2. Dividend

Kenapa Syarikat Beri Dividen?

Ada sestengah syarikat guna lebihan cash (keuntungan) untuk kembangkan lagi syarikat. Sama ada menambah cawangan atau membeli peralatan keperluan syarikat.

Ada juga syarikat yang beri dividend kepada shareholder.

Tapi kenapa?

Antara sebabnya adalah untuk menghargai pelabur yang telah membeli saham syarikat mereka.

Bagi mereka yang tak tahu, kebanyakkan top management sesebuah syarikat juga mempunyai jumlah pegangan saham yang agak tinggi dalam syarikat tersebut.

Oleh itu, sekiranya syarikat tersebut memberikan dividen maka top management jugak merasai keuntungan tersebut.

Jika dibandingkan dengan pelabur runcit macam kita ini, tentulah mereka lagi mendapat keuntungan yang agak tinggi melalui dividend kerana jumlah pegangan saham mereka.

Kesan Kepada Harga Saham

1. Harga saham BIASANYA (bukan wajib) akan naik lepas pengumuman akan beri dividend.

Pelabur suka syarikat yang beri dividen, sebab beri keyakinan kepada shareholder terhadap tahap keuntungan syarikat.

2. Hari ex-date, harga saham akan di adjust. Bermaksud akan ada perubahan harga saham.

Perkara Teknikal Berkaitan

1. Tarikh penting

dividen

Cum date

Cum date adalah tempoh masa antara announcement syarikat untuk beri dividen sehingga Ex date.

Dan kalau anda membeli saham dalam tempoh masa cum date, akan melayakkan anda untuk mendapatkan dividend sekiranya anda hold saham tersebut sehingga ex date.

Ex date

Ex date bermakna hari terakhir pengiraan untuk melayakkan diri mendapat dividen.

dividen
\

Payment date

Tarikh di mana shareholder akan mendapat bayaran dividend daripada pihak syarikat.

Keuntungan dividen ini akan masuk dalam akaun bank anda bukan akaun trading anda.

Bank yang mana satu?

Kena rujuk semula bank mana yang anda gunakan semasa daftar akaun CDS.

Pada hari payment date dividen automatik masuk ke dalam bank anda sekiranya anda layak.

2.Bagaimana Nak Kenal Pasti Syarikat-syarikat Yang Berikan Dividen?

Pertama : Layari app.mahersaham.com

Jangan risau kalau korang tiada akaun, sebab Mahersaham ada sediakan free account.

Korang hanya perlu sign up free account dan boleh guna secara percuma.

Setelah log in gambar rajah di bawah akan terpapar.

dividend

Kemudian klik pada butang screener dalam kotak merah. Seterusnya klik pada butang fundamental –> upcoming dividends.

Boleh rujuk gambar di bawah.

Setelah itu, paparan di screen anda keluar sebegini.

Dalam gambar rajah di atas merupakan senarai syarikat yang beri dividen.

Jika korang nak beli saham syarikat tersebut, pastikan korang rujuk ex date dan paling penting adalah korang buat analisis mengenai syarikat tersebut.

Kedua: Layari Mplusonline.com ,pastikan anda menggunakan browser internet explorer apabila access ke dalam platform.

Berdasarkan contoh di atas, jika di tepi kanan nama kaunter ada simbol C , itu adalah petanda ada cum date untuk corporate exercise.

Next step adalah korang kena right klik pada nama kaunter tersebut dan klik pada announcement.

Korang boleh rujuk gambar rajah di bawah.

https://www.mplusonline.com.my/

Setelah itu, akan terpapar announcement untuk kaunter tersebut.

https://www.mplusonline.com.my/

Jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Berdasarkan announcemnet kaunter tersebut, 3 perkara yang perlu kita tahu seperti yang saya terangkan di atas adalah cum date, ex date dan payment date.

Tarikh penting berdasarkan kaunter contoh

Cara Kira Berapa Dapat

Bayangkan korang adalah shareholder syarikat yang berikan dividen.

Pada tahun tersebut dividen yang diberikan adalah sebanyak 0.2 sen seunit dan korang mempunyai pegangan saham sebanyak 100 lot.

Berapakah nilai dividen yang orang korang dapat?

  • 0.2 sen = RM0.002
  • 100 lot = 10,000 unit
  • 10,000 unit x RM0.002 = RM20

Jumlah yang akan masuk ke dalam akaun korang adalah sebanyak RM20.

Perkara Perlu Tahu

  • Dividen boleh di bagi by quarter, first, final, special dividend .
  • Harga saham akan di adjust mengikut harga pemberian dividen.
  • Biasanya syarikat yang beri dividen secara konsisten ialah syarikat yang stabil.
  • Dividen sesuai untuk long term investor.

Korang short term investor atau long term investor?


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham

Jom tonton video yang kami sediakan

Semoga bermanfaat!

Similar Posts