Perkara Wajib Tahu Mengenai Share Split

Apa Itu Share Split?

Share split merupakan salah satu daripada corporate exercise. Di mana corporate exercise ni ada dua kategori:

  • 1.Mandatory corporate exercise -Semua terlibat, tak ada pengecualian.
  • 2.Voluntary corporate exercise- Boleh pilih nak subscribe atau tidak.

Share split berlaku apabila sesebuah syarikat ingin menggandakan bilangan sahamnya.

Share Split

Di mana saham kita akan bertambah mengikut nisbah yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut.

Sebagai contoh anda ada 200 unit saham, maka apabila berlakunya share split dengan nisbah (lama:baru) 1:2, unit saham korang telah menjadi 400 unit.

Wowwwwwwwww.

Tetapi ianya jarang-jarang berlaku, hanya syarikat yang tertentu mampu buat perkara ini.

Apa Akan Berlaku?

1. Menggandakan bilangan saham

Macam yang saya terangkan kat atas tadi, saham korang akan bertambah.

2. Menurunkan harga

Sebagai contoh korang mempunyai 100 unit saham yang berharga RM1 seunit.

Setelah berlaku share split dengan nisbah (lama:baru) 1:2, harga menjadi 50 sen dengan jumlah saham sebanyak 200 unit.

3. Tidak mengubah jumlah market capital

Market Capital = Jumlah Saham X Harga Saham 

• Berbeza dengan share consolidate

Kenapa Syarikat Lakukan Share Split?

Tujuan share split ialah untuk merendahkan harga saham.

Mengajak lebih ramai pelabur terutama pelabur runcit macam kita untuk membeli saham syarikat tersebut.

  • •Saham dalam market menjadi semakin banyak
  • •Lebih cair (mudah untuk didagangkan)
  • •Harga seunit saham akan semakin rendah.

Perkara Penting Dalam Share Split

  • 1. Bila ex date?
  • 2. Berapa conversion?
  • 3. Bilangan saham?
  • 4. Harga saham?

Bila ex date?

Apa makna ex date ni?

Bonus Issue

Ex date bermakna hari terakhir pengiraan saham sebelum dikenakan split share.

Contoh ex date adalah pada 1 Disember 2020.

Jadinya kalau korang membeli saham semasa dan selepas 1 Disember 2020 maka korang tak dikenakan split share.

Berapa conversion ratio?

Covertion ratio terpulang kepada sesebuah syarikat, kebiasasannya ratio (lama:baru) adalah 1:2 atau 1:3.

Bilangan saham?

Sekiranya pegangan saham korang sebanyak 100 unit dan ratio (lama:baru) yang ditentukan oleh syarikat tersebut sebanyak 1:2, maka bilangan saham terbaru korang sebanyak 200 unit.

Jika ratio (lama:baru) sebanyak 1:3 pula, maka bilangan saham terbaru korang adalah sebanyak 300 unit.

Harga saham?

Seperti yang saya terangkan tadi, harga saham akan turun.

Kesan Selepas Split Share

  • •Bilangan saham akan bertambah
  • •Harga saham akan berkurangan
  • •Selepas kejatuhan ‘biasanya’ harga saham naik balik

Apabila harga sesuatu saham menjadi rendah, lebih ramai yang berpeluang untuk membeli saham tersebut kerana harga yang didagangkan masih mampu dimiliki oleh golongan rakyat marhaen seperti kita.

Semakin ramai yang beli saham tersebut maka harga saham pun akan meningkat.

Tapi apapun yang berlaku, paling penting adalah korang kena buat kajian sebelum membeli atau menjual saham.

Semoga bermanfaat!


Korang dah follow/like/join media sosial Mahersaham???

Follow sekarang untuk mengetahui informasi terkini mengenai pasaran saham

Jom tonton video yang kami sediakan.

Semoga bermanfaat!

Similar Posts