Perkara Penting Share Split
Share Split Itu Apa?

Share split merupakan salah satu Corporate Exercise bagi menggandakan bilangan saham sesebuah syarikat mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
Ianya juga menyebabkan pegangan saham shareholder turut bertambah berdasarkan nisbah yang syarikat umumkan.
Sebagai contoh kaunter MYTECH ada umumkan share split 5:1 pada November lepas. Ini bermakna setiap 1 unit saham akan pecah menjadi 5 unit saham di Portfolio shareholder.

Jadi dalam artikel ini akan menerangkan beberapa perkara penting Share Split yang anda perlu tahu dan fahamkan supaya tidak lagi pening jika ada pegangan saham anda umumkan share split.
Apa Yang Berlaku Semasa Share Split ?
1- Menggandakan bilangan saham
2- Harga saham semasa menurun (Adjusted Price)
Selepas berlaku share split, harga saham akan turun kerana ianya bertujuan untuk menarik minat pelabur runcit melabur dengan harga yang mampu milik.
3- Tidak mengubah jumlah market capital
Market Capital = Jumlah Saham X Harga Saham
Walaupun Share Split berlaku dimana bilangan jumlah saham semakin bertambah namun ia tidak mengubah market capitalization syarikat tersebut.
Kenapa Berlaku Share Split ?

Seperti yang ada disebutkan tadi, tujuan share split ini ialah untuk menurunkan harga saham.
Ianya bagi menarik lebih ramai pelabur terutama pelabur runcit untuk membeli saham syarikat tersebut.
1- Saham dalam market menjadi semakin banyak
2- Lebih cair (mudah untuk didagangkan)
3- Harga seunit saham akan semakin rendah
Perkara Penting Dalam Share Split ?
1. Ex-Date
Bermaksud hari terakhir untuk layak mendapat share split. Contoh Ex-Date 3 November. Jadi anda perlu beli sekurangnya sehari sebelum Ex-Date.
Jika anda jual pada hari Ex-date tiada masalah, masih layak mendapat share split.

Contoh tarikh Ex-Date 3 November:
- Ali beli pada 1 November dan jual pada hari Ex-Date 3 November, masih layak kerana Ali sudah beli sebelum hari Ex-Date lagi dan jual hari Ex-Date tiada masalah.
- Siti beli pada 2 November dan jual selepas hari Ex-Date 4 November juga layak mendapat share split.
- En. Lim beli pada hari Ex-Date 3 November tidak layak kerana perlu beli sekurangnya sehari sebelum Ex-Date.
- Pn Lin beli pada 4 November iaitu selepas hari Ex-Date tidak layak kerana sudah lebih dari tarikh due Ex-Date.
2. Conversion Ratio
Bergantung pada syarikat berdasarkan pengumuman yang syarikat telah tetapkan. Sebagai contoh, kaunter MYTECH tadi ratio 5:1
Jadi setiap 1 unit saham akan pecah menjadi 5 unit saham.
3. Bilangan Saham
Jumlah saham shareholder akan bertambah. Contoh ada pegang 100 unit saham dengan ratio share split 5:1 maka akan jadi 500 unit saham selepas split.
4. Harga Saham
Seperti yang telah dikatakan tadi harga saham akan turun kerana tujuan Share Split adalah untuk menarik minat lebih ramai pelabur runcit melabur dengan harga yang mampu milik.
Kesan Share Split ?

1- Bilangan saham bertambah
2- Harga saham turun (adjusted price)
3- Selepas kejatuhan ‘biasanya’ harga saham akan kembali naik
Apabila harga sesuatu saham menjadi rendah, lebih ramai yang berpeluang untuk membeli saham tersebut kerana harga yang didagangkan mampu dimiliki terutamanya kepada golongan marhaen.
Dan kebiasaannya, syarikat yang melakukan share split adalah syarikat yang kukuh Fundamental. Selepas adjusted price harga saham akan naik semula.
Kesimpulan
Untuk tahu saham pegangan anda melakukan share split atau Corporate Exercise yang lain, anda boleh semak nama saham tersebut di Portfolio bahagian news / announcement.
Seminggu sebelum hari Ex-Date biasanya akan muncul simbol X* pada nama saham tersebut – bermaksud saham itu sudah hampir dengan tarikh Ex-Date Corporate Exercise.
Jika belum ada akaun CDS Mplus boleh mulakan pelaburan saham dengan buka akaun CDS Online. Boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.