Performance Screener Mahersaham App Siri 4
Assalamualaikum dan Hai. Terima kasih kepada anda yang terus setia bersama Mahersaham.
In shaa Allah banyak perkongsian dan sharing ilmu yang akan kami kongsi dengan anda semua.
Okey untuk artikel kali ni saya akan share dengan anda semua mengenai Performance Screener Mahersaham App Siri 4.
Sebelum tu.. anda semua dah download Mahersaham App?
Kalau belum daftar dengan Mahersaham App dan download app nie jadi anda perlu daftar dan download terlebih dahulu.
Ini untuk memudahkan anda semua untuk belajar mengenai pembelajaran yang akan saya share dengan anda.
Jom sediakan buku nota, pen dan fikiran yang lapang untuk membaca artikel kali nie.
Apa Itu Screener
Sebelum kita belajar jom tau apa itu screener.
Screener ni adalah sebuah alat atau sistem yang membolehkan anda untuk menapis saham-saham bagus mengikut kriteria yang telah ditetapkan sama ada dari sudut teknikal dan fundamental daripada beratus-ratus saham yang terdapat di Bursa Malaysia
Dalam Bursa Malaysia terdapat beratus-ratus syarikat. Agak sukar untuk anda membuat kajian mengenai kaunter apa yang sesuai untuk dibeli.
Waktu Penggunaan Screener
Pukul berapa yang sesuai untuk tengok screener nie? Pagi atau petang?
Okey, pada waktu pagi antara masa yang di recommend kan adalah pada pukul 10 pagi hingga ke 12 tengahari
Dan pada waktu petang adalah pada pukul 4 ke 4.30 petang. Pada waktu ni ada satu screener khas yang anda boleh guna iaitu screener BTST (Buy Today Sell Tomorrow)
Step Penggunaan
- Buka Mahersaham App
Anda boleh buka Mahersaham App dengan cara klik link https://app.mahersaham.com. Anda juga boleh download Mahersaham App ni dekat fon android atau IOS.
2. Pergi ke Screener
Anda boleh menggunakan screener di Mahersaham App nie. Ada 3 jenis pakej screener yang kami sediakan. Anda boleh menggunakan screener premium, technicals dan juga fundamental.
Untuk pembelajaran kali ni kita akan gunakan screener premium iaitu BTST (Buy Today, Sell Tomorrow)
3. Lihat last update screener yang nak digunakan
Waktu update ialah setiap 10 minit dan anda kena selalu refresh page untuk update setiap data.
4. Buka tradingview dan buat sedikit kajian.
Gunakan indikator untuk kajian yang lebih lanjut. Screener ni akan membantu anda untuk menapis dan mencari kaunter yang berpotensi
Screener MSR (Mahersaham Rempit)
Performance Screener yang akan saya gunakan pada sebelah pagi adalah screener MSR iaitu screener Mahersaham Rempit

Berikut di atas adalah screener MSR yang anda boleh gunakan untuk mencari sesuatu kaunter.
Selepas nama-nama kaunter dah keluar anda boleh membuat kajian nama-nama kaunter tersebut di tradingview.
Screener BTST
Seterusnya pula ialah screener BTST. Screener ini ialah Buy Today Sell Tomorrow.
Performance Screener ini adalah antara screener yang terbaik yang anda boleh gunakan tauuu.
Dekat sini anda boleh tengok last harga saham tersebut dan boleh bandingkan dengan harga saham pada hari semalam.
Anda juga boleh tengok by sector dan by subsector.
Screener BTST hanya boleh scan 2 kali sehari iaitu pada waktu 4 dan juga 4.30 petang.

Okey korang boleh bukak screener BTST nie macam dalam gambar dekat atas dan korang boleh pilih kaunter mana yang korang nak buat kajian dekat tradingview
Kaunter yang ada simbol S maksudnya kaunter tu patuh syariah.
Kesimpulan
Kesimpulannya korang boleh guna screener nie di Mahersaham App untuk kajian saham korang.
Performance screener ni sangat bagus, boleh kata keberkesanannya dalam 70% ke atas.
Korang juga tak perlu dah nak tengok banyak-banyak kaunter yang ada dalam Bursa Malaysia. Korang terus boleh buat kajian lepas dah scan kaunter yang berpotensi
Moga artikel kali ni bermanfaat untuk korang semua.
Terus setia bersama Mahersaham.
Jom tengok video Youtube di bawah untuk faham dengan lebih mendalam.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.
Jangan lupa KOMEN, LIKE & SHARE
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!