Perbelanjaan Penggunaan , Inflasi Dan Kenaikan Kadar Faedah

Pengumuman kadar perbelanjaan penggunaan (consumer spending) di Amerika Syarikat pada April 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8% berbanding March 2023. Ini juga akan memberi kesan kepada kadar inflasi.

Memandangkan naik turun harga barang dipengaruhi oleh pembekalan dan permintaan. Ini menggambarkan seolah-olah kenaikan harga barang yang berlaku tidak memberi kesan kepada perbelanjaan orang ramai.

Peningkatan perbelanjaan penggunaan memberi isyarat kemungkinan kadar inflasi akan kekal tinggi atau terus naik.

Justeru pelabur menjangkakan pihak Federal Reserve akan mengambil langkah untuk mengekalkan kadar faedah yang tinggi atau terus menaikkannya untuk mengekang kenaikan harga barang.

Apakah yang anda jangkakan berlaku pada nilai matawang Ringgit berbanding Dollar US sekiranya kenaikan kadar faedah terus berlaku?

Artikel ini ditulis oleh salah seorang Marketing Representative untuk Maher Alias, beliau juga boleh dihubungi di page FB ‘ Hamd Trade

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts