|

Perang Dagangan (Trade War) dan kesan terhadap Bursa Malaysia

Kita mungkin pernah dengar Perang Dunia Pertama, Kedua, Perang Vietnam dan Perang teluk. Pernah dengar tentang perang dagangan?

Dengan pemodenan dunia zaman sekarang, peperangan secara psikologi menjadi peperangan zaman dengan menggunakan polisi, strategy dagangan, kadar tukaran asing dan juga teknologi perisikan melalui aplikasi dalam telefon.

Apa yang anda perlu tahu mengenai perang dagangan ini ialah konflik ekonomi antara kuasa-kuasa besar di dunia untuk melindungi industri masing-masing.

Amerika Vs China

Contohnya Amerika Syarikat cuba untuk merendahkan kadar tukaran asing USD terhadap China. (Bacaan lanjut)

Selain itu Amerika juga mengenakan tarif besi dan aluminium terhadap Canada, Mexico dan juga Eropah.

Selain itu Amerika juga mengenakan import tarif terhadap China dimana industri yang membuat barangan mereka di China akan dikenakan tariff ini. 

Ini akan menaikkan harga barang dan akibat daripada kenaikan harga barang akan menyebabkan pengguna akan mengurangkan perbelanjaan mereka.

Ada para ekonomi turut menegaskan kemungkinan perang dagangan ini akan menyebabkan seperti mana efek ‘the great depression’ pada tahun 1929.

Kesan kepada Bursa Malaysia

Apa efek dan kesan terhadap pasaran Saham Malaysia. Malaysia antara negara-negara membangun yang turut terkena tempias akibat perang dagangan ini.

Ketika penjualan Thai Baht oleh George Soros pada tahun 1997, Malaysia turut terkena tempias kerana merupakan jiran kepada Thailand.

Oleh kerana faktor geografi dan juga rakan dagangan dalam ASEAN, hampir kesemua negara ASEAN turut terkena tempias kejatuhan ekonomi Asia.

Maka tidak dinafikan pasaran saham Malaysia turut terkena tempias ‘trade war’ ini. Kita tengok pada 25 Jun 2018 index Dow Jones telah jatuh sebanyak 1.3%  kepada 24,252 dan dijangka turun sehingga 24,000 mata.

Index bursa Malaysia pula pada 26 Jun 2018 ialah 1,678.10 mata (jatuh 16.05 mata, -0.95%) dan dijangka mengalami penurunan sehingga 1650 mata.

Namun tak semua saham yang didagangkan mengalami penurunan dan masih ada beberapa kaunter yang mendapat keuntungan khususnya kaunter-kaunter ekspot.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira ketika berdagang di masa ‘High Volatile Market’.

Antaranya Analisa Fundamental, Teknikal dan juga Analisa ekonomi dimana kesemuanya berkait rapat bagi menentukan masa berdagang dan juga strategi portfolio anda.

Hubungi kami jika berminat mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Sumber:

https://www.history.com/topics/great-depression

https://www.thebalance.com/the-great-depression-of-1929-3306033

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-06-25/china-and-europe-warn-trade-war-could-trigger-global-recession


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

 

 

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.