Perang Dagang AS-China Dan Kegawatan Ekonomi
Perang Dagang AS-China
Perang dagang AS-China telah menyebabkan kegawatan ekonomi dunia.
Presiden Donald Trump telah meningkatkan cukai barangan import dari China menjadi 25% yang bernilai USD200 billion iaitu sebanyak RM828.9 billion.
Manakala China tidak mahu kalah dan membalas dengan meningkatkan 10% hingga 25% cukai barangan import dari Amerika.
Nilai cukai tersebut mencecah USD60 billion bersamaan RM248 billion yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2019 yang lalu.
Walaupun perang dagangan ini melibatkan Amerika Syarikat dengan China, namun ekonomi Malaysia akan turut merasai tempiasnya.
Hal ini kerana, China merupakan rakan dagangan utama negara kita disamping terdapat banyak pelaburan Malaysia dengan China menerusi usaha sama seperti Proton.
Faktor Perang Dagang AS-China
‘Volatility’, ‘Uncertainty’, ‘Complexity’, ‘Ambiguity’ @ VUCA telah mengeksploitasi ekonomi dunia.
Apa itu VUCA?
Ia merujuk kepada:
V – Volatility (kebolehan untuk berubah dengan cepat)
U – Uncertainty (Ketidakpastian)
C – Complexity (Kerumitan)
A – Ambiguity (Kesamaran)
Dengan cabaran pasaran global ini, penting untuk segenap rakyat Malaysia terutamanya kepada pelabur bagi mempersiapkan diri menyahut cabaran zaman VUCA ini.
Mempelbagaikan portfolio pelaburan
‘Diversify’ portfolio pelaburan ke negara berlainan untuk mengelakkan risiko kerugian akibat ketidakstabilan sesuatu negara.
Terdapat 5 pasaran saham terbesar dunia antaranya ‘New York Stock Exchange’ (NYSE) di US, ‘Shanghai Stock Exchange’ di China, ‘London Stock Exchange’ di United Kingdom, ‘Tokyo Stock Exchange’ di Japan dan ‘Hong Kong Stock Exchange’ di Hong Kong.
Mengalihkan dana ke sektor berlainan
Mempelbagaikan dana dalam sektor lain juga perlu diambil pertimbangan bagi melindungi portfolio pelaburan daripada mengalami kerugian akibat ancaman daripada sesuatu sektor.
Contohnya dalam platform Bursa sendiri terdapat lebih 10 sektor. Antaranya, ‘Consumer Products & Services’, ‘Industrial Products’, ‘Construction’, ‘Technology’, ‘Property’, ‘Financial Services’, ‘Energy’, dan banyak lagi.
Melibatkan aset yang berlainan dalam pelaburan
Dalam keadaan ketidakpastian pasaran, seseorang pelabur boleh mengalihkan dana mereka kepada pelaburan yang pelbagai seperti Saham, Bon, Hartanah, Emas dan Perak yang mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan boleh dipertimbangkan.
Pengimbangan portfolio dilakukan dengan lebih kerap
Dengan memperuntukkan peratusan dana pelaburan yang mempunyai tahap risiko berdasarkan analisis.
Jika pelabur jenis ‘Risk Lover’ mungkin boleh peruntukkan 60% – 70% dalam dana yang berisiko manakala pelabur ‘Risk Averse’ pula perlu memilih dana yang berisiko rendah.
Selain itu, dengan pengimbangan peratusan dana ini dapat mengelakkan nilai aset pegangan dalam portfolio daripada terjejas secara negatif dalam situasi ketidakstabilan.
Namun, terpulanglah pada objektif pelaburan masing-masing.
Pelaburan di pasaran saham atau pasaran pertukaran asing adalah ‘high risk, high return’ iaitu berisiko tinggi dan pulangannya juga tinggi.
Segala keputusan dan tindakan terletak pada kuasa anda sebagai seorang pelabur.