|

Perancangan Kewangan Bijak

PERANCANGAN KEWANGAN BIJAK

Kesedaran mengenai perancangan kewangan bijak dalam kalangan anak muda sekarang sangat kurang.

Lebih-lebih lagi lepasan graduate yang ramai mencari keseronokan sebagai ‘self reward’. 

Tidak salah berseronok, tetapi biarlah berpada-pada.

Sekurang-kurangnya sedarlah tanggungjawab selepas tamat pengajian dan mempunyai perancangan yang jelas untuk masa depan.

Kita sekarang berada pada zaman VUCA.

Jika mahu berjaya pada zaman ini, ‘tackle’ 4 perkara ini.

1-PERLINDUNGAN

Perlindungan adalah elemen yang penting jika inginkan jaminan pengurusan kewangan yang bijak iaitu dengan mengambil Takaful.

Takaful akan melindungi pendapatan, mengekalkan aset dan menyelesaikan hutang dengan pemberian pampasan yang akan membantu kewangan seseorang.

Contohnya waris yang ditinggalkan tidak akan hilang punca pendapatan sekiranya berlaku musibah besar seperti kematian, cacat kekal/sementara akibat kemalangan seperti lumpuh dan sakit kritikal.

Takaful pada usia muda sangatlah digalakkan kerana bayaran premium adalah murah pada masa ini.

 

Berdasarkan piramid kewangan diatas, ‘perlindungan’ diletakkan paling bawah sekali.

Ini bermakna ia sepatutnya diutamakan dan diberi perhatian, kemudian diikuti dengan  financial accumulation (Simpanan, Pelaburan dan Aset) sebagai perancangan untuk mengembangkan modal.

2-SIMPANAN

Duit Simpanan adalah wang yang diperuntukkan untuk kecemasan.

Ianya perlu disediakan untuk ‘backup’ ‘in case’ berlaku perkara diluar kawalan.

Sebagai contoh kereta rosak, motor rosak atau hilang punca pendapatan yang tidak dapat dijangka.

Oleh itu, peruntukkanlah sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan.

Biasanya minimum duit simpanan ini adalah 6 bulan gaji anda.

‘Let say’ gaji RM1,500 dan 10% daripada RM1,500 adalah RM150. Jika konsisten 6 bulan maka akan menjadi RM900.

Instrument yang boleh digunakan untuk simpanan ini antaranya Akaun Simpanan, Tabung Haji atau ASB.

3-PELABURAN

Investment bertujuan untuk mengembangkan wang yang dimiliki bagi suatu jangka masa yang panjang seperti persaraan, menunaikan haji atau dana pendidikan.

Kenapa pentingnya investment ini? Apa bezanya pula dengan simpanan?

Nilai duit hari ini tidak akan sama nilainya selepas 5 tahun atau 10 tahun akan datang disebabkan oleh faktor ‘Time Value of Money’.

Sebagai contoh, RM50 dahulu boleh penuh troli, tetapi sekarang nilainya hanya cukup dengan membeli beras dan susu sahaja.

Ini adalah kerana penyusutan nilai wang yang disebabkan oleh faktor inflasi.

Oleh itu, pelaburan memainkan peranan penting bagi perancangan masa depan seseorang.

Dimana Hendak Melabur?

Instrumen pelaburan yang ada di Malaysia antaranya seperti Unit Trust, Pasaran Saham, Hartanah dan Emas. Anda boleh peruntukkan 20% – 30% untuk pelan pelaburan anda.

Kemudian diversify dana tersebut mengikut instrumen yang sesuai dengan tahap risiko anda sebagai pelabur.

4-PERBELANJAAN

Kita tidak mampu untuk ‘cut’ kesemua perbelanjaan kerana perbelanjaan juga antara keperluan asas dalam kehidupan. Keperluan asas seperti makan, minum, tempat tinggal dan pakaian memerlukan kos.

Dalam pada itu, kita seharusnya mampu membezakan antara keperluan dan kehendak.

Tangguhkan dahulu kehendak dan belajar untuk bersusah sekarang daripada bersusah di kemudian hari.

Bagaimana Cara Uruskan Perbelanjaan?

Cara ini bukanlah suatu yang ‘rigid’ tetapi mungkin boleh dijadikan panduan untuk pengurusan perbelanjaan anda sebagai langkah untuk berjimat-cermat.

Antara perbelanjaan bulanan yang boleh diambil kira:

  • Minyak Petrol
  • Makan & Minum
  • Sewa
  • Bil utiliti
  • Bil Handphone (Data/Topup)
  • Hutang ptptn
  • Ibu Bapa
  • Keperluan harian

Kemudian, peruntukkan anggaran kos sebulan bagi setiap perbelanjaan tersebut.

Kawal supaya tidak melebihi had anggaran yang telah ditetapkan. Cara ini secara tidak langsung akan melatih untuk disiplin dan berjimat cermat dalam berbelanja.

Setiap orang pasti mempunyai anggaran kos yang  berlainan mengikut keperluan tersendiri.

Lain orang lain style hidup mereka. Biar pun berbeza, selagi mampu berdisiplin dan mengawal kehendak, itu sudah memadai dan cukup baik daripada tiada perancangan langsung.

Similar Posts