|

Penggunaan Pine Script di Tradingview- Part 3

Assalamualaikum dan Hai. Moga anda sihat sentiasa. Seperti yang korang tahu sebelum nie saya dah publish artikel mengenai penggunaan pine script part 1 dan part 2.

Korang boleh baca artikel tu terlebih dahulu untuk dapatkan gambaran berkaitan penggunaan pine script.

Sebab hari ni kita akan sambung pembelajaran pine script part 3

Dah ready? Jom sediakan minda yang lapang untuk kita sama-sama belajar.

Pine Script Study

Okey untuk pine script study nie berbeza sikit dengan pine script strategi.

Study nie fungsi dia lebih kepada kita nak buat kajian terhadap sesuatu kaunter tu dengan meletakkan indikator/ simbol / reminder.

Pine script strategi pula untuk kita backtest apa yang kita dah ada.

Sebagai contoh kita buat strategi untuk detect momentum sesebuah kaunter

Jadi kita akan back testing daripada data-data atau historical yang tradingview ada

Version & Study Pine Script

pine script 3
Tradingview

Macam korang boleh lihat gambar di atas, dalam pine script part 3 ni korang kena pakai version=4, yang paling latest dalam pine script ni.

Dan letak study bukannya strategi. Untuk study letak “Basic Pine Script” dan shorttitle “BPS”

Shorttitle BPS nie penting untuk dia muncul dekat tradingview anda nanti. Kalau letak nama panjang takut akan menutup indikator atau chart anda

Seterusnya overlay=true.

pine script 3
Tradingview

Menggunakan overlay=true perkataan detected itu akan muncul di atas chart/ candlestick.

Tapi kalau anda letak overlay=false jadi perkataan tu akan muncul di bawah bukan di atas candlestick.

Ia akan menghasilkan satu lagi layout seperti dalam gambar di bawah.

Jadi pilihlah overlay=true

Tradingview

Variable

pine script 3
Tradingview

Cuba korang tengok gambar di atas, yang nak cari tu adalah variable, apa benda yang anda nak cari.

Dekat situ saya letak nak cari close iaitu merujuk kepada harga saham pada hari nie dan tolak dengan harga open yang mana drpd hasil penolakan tu value dia lebih drpd kosong.

Bermaksud candlestick tu adalah hijau

Atau korang boleh letak close > open = candlestick hijau.

Syarat

Antara syarat yang anda perlu letak dalam pine script ni adalah:

  1. Candlestick Hijau
  2. Volume hari nie lebih besar drpd average volume 10 hari yang lepas
  3. Close pada hari ni lebih tinggi/besar daripada average harga 20 hari yang lepas

Volume: volume hari ni lebih besar daripada average volume 10 hari yang lepas. Jadi kita guna sma 10 hari yang lepas.

Basically kita gunakan simple moving average (20,50 & 200)

Filter : filter = (close[1] != open[1])

Untuk filter pula saya letak close(1) maksudnya close pada harga semalam.

Dan simbol tanda seru tu maksudnya tak sama

Jadi kita nak cari harga close sama dengan harga open semalam. Candlestick nie adalah merujuk kepada bentuk doji.

Dimana pada hari tu mungkin transaksi hanya sedikit.

Function & Condition

Seterusnya function, function nie memudahkan anda untuk dapatkan value berdasarkan condition yang kita letak.

fnc(x, y) =>
if ( x and y)
true

Saya letak x dan y untuk dapatkan result true.

Kedua-duanya haruslah true.

Pine Script Results

Parameter yang akan saya letak adalah nak_cari, filter

result = fnc(nak_cari, filter)

Dekat result nie saya akan dapat true kalau x dan y tu true

Plotshape

Akhir sekali dalam pine script part 3 nie kita akan buat plotshape. Plotshape nie akan plot bentuk apa yang kita nak.

Tradingview

Macam yang korang dapat lihat dlm gambar di atas, banyak element yang terdapat dalam plotshape nie.

Antaranya adalah series, title, style, location, colour, transp, offset, textcolour, editable, size, show last & display

Dibawah nie adalah script yang korang boleh follow:

plotshape(nak_cari, title=”3M + Vol”– untuk tajuk kalau boleh simple dan sweet

location=location.abovebar– perkataan detected akan berada di atas bar chart

Tradingview

style=shape.triangledown– akan menghasilkan bentuk triangle ke bawah seperti dalam gambar di atas.

textcolor=result ? color.green : color.red– menghasilkan candlestick berwarna hijau dan merah. Kalau result true maka candlestick akan berwarna hijau dan begitu juga sebaliknya.

text=”detected”– muncul perkataan detected di atas triangle. Boleh juga kalau korang nak tukar dengan perkataan lain seperti “jumpa”

size=size.auto– supaya tak menutup beberapa features yang lain.

Dah siap! Last sekali save dan add to chart. Maka siaplah pine script part 3 anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya anda boleh menggunakan pine script untuk memudahkan kajian saham anda. Senang je, kalau tak faham anda boleh buat ulangkaji yang berterusan.

Di bawah nie saya berikan script jadi anda boleh follow saja.

//@version=4
study(“Basic Pine Script”, shorttitle=”BPS”, overlay=true)

nak_cari = ((close – open) > 0) and (volume > sma(volume, 10)) and (close > sma(close, 20)) and (close > sma(close, 50)) and (close > sma(close, 200))
filter = (close[1] != open[1])
doji = (open == close)

fnc(x, y) =>
if ( x and y)
true

result = fnc(nak_cari, filter)
plotshape(nak_cari, title=”3M + Vol”, location=location.abovebar, style=shape.triangledown, textcolor=result ? color.green : color.red, text=”detected”, size=size.auto, color=result ? color.green : color.red)
plotshape(doji, title=”Doji”, location=location.belowbar, style=shape.triangleup, textcolor=color.blue, text=”doji”, size=size.auto, color=color.blue)

Jom tengok video di bawah untuk anda lebih faham mengenai pembelajaran nie

Moga bermanfaat!

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham

Similar Posts